Kes adik Nurin Jazlin - Kerajaan patut laksanakan hudud
-
Pengertian HUDUD dan TA’ZIR:
HUKUM HUDUD ertinya hukum-hukum yg telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al-Quran dan Hadis kadar hukumannya(seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu yg tidak boleh manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya.
Adapun kesalahan-kesalahan jenayah yg ALLAH tetapkan ini adalah tidak banyak. Bukan semua jenis kesalahan jenayah yg manusia lakukan itu ditetapkan bentuk hukumannya oleh ALLAH. Lebih banyak dari jenis-jenis kesalahan itu yg ALLAH serahkan kpd kebijaksanaan tuan hakim untuk menjatuhkan bentuk hukuman. Dengan syarat pesalah itu dimalukan atau disusahkan sepadan dgn kesalahan yg dilakukannya.
Hukum jenis ini dinamakan hukum ta’zir. Bahkan kesalahan-kesalahan yg sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta’zir atau buang kes. Biasanya hukum ta’zir ini lebih ringan dari hukum hudud. Kesalahan yg sama oleh orang yg berbeza mungkin pula bebeza pula hukum ta’zirnya. Sebab taraf dan kedudukan orang tidak sama, jadi cara memberi malu juga tidak sama. Hal inilah yg sangat memerlukan kebijaksanaan hakim. Agar setiap pesalah benar-benar rasa malu terasa atau susah atau sakit sepadan dgn kesalahan supaya dia insaf dan kesal dgn perbuatannya.
Tapi kesalahan-kesalahan jenayah yg dihukum hudud, tidak boleh berbeza-beza hukumannya walaupun siapa pun yg terlibat. Tujuan ALLAH menurunkan hukum hudud dan hukum ta’zir ialah untuk menyelamatkan kebaikan yg telah diusahakan oleh majoriti masyarakat manusia drpd diganggu atau dirosakkan oleh segelintir penjahat.
Sebab kejahatan tidak dapat dihapuskan 100% melalui ilmu dan pendidikan. Sebahagiannya hanya dapat dibaiki dgn hukuman. Sebab itu hukuman didatangkan sebagai jalan penyelesaian terakhir kpd segelintir masyarakat. Hukuman-hukuman ALLAH sama ada hudud atau ta’zir, jangan dipandang lahirnya yg menyakitkan. Tetapi lihat kebaikannya yg menyeluruh kpd masyarakat. Sepertilah bila doktor mahu membedah pesakitnya atau mahu potong anggota pesakit yg kencing manis/diabetis, jangan dilihat lahirnya yg menakutkan. Tetapi lihatlah natijah(hasil) baiknya yg penuh keselamatan bagi anggota-anggota yg lain.
Sejarah telah membuktikan bahawa hukum HUDUD adalah satu peraturan yg bijaksana, adil, mampu mengawal kebaikan dan telah memberi jalan keluar kpd masalah manusia. Di zaman kegemilangan Islam yg lampau orang kafir pun menerimanya.
Hukum hudud bukan bermaksud menyeksa. Ia lebih bermaksud untuk mendidik orang-orang yg tidak terdidik dgn nasihat dan tunjuk ajar. Bila ia sakit, malu dan susah, baru dia faham yg sikapnya itu tidak baik dan tidak patut. Baru dia dapat berfikir tentang perasaan dan keperluan orang lain. Sebagaimana dia tidak sanggup disusahkan, dimalukan dan disakiti, begitulah orang lain. Keinsafan ini hanya akan timbul kalau hukuman yg dikenakan benar-benar menyakitkan dan seimbang. Tidak lebih dan tidak kurang. Kalau kurang, ia tidak menakutkan dan menginsafkan. Kalau lebih, akan jadi zalim dan kejam. Siapakah yg lebih bijak dari ALLAH dalam menetapkan lebih atau kurangnya sesuatu hukuman?
Apa gunanya mengatakan beriman kepada Allah (seperti dalam rukun iman) jika kita sendiri tidak yakin dengan apa yg telah Allah S.W.T syariatkan. Sejak drpd kita kecil kita diajar Rukun Iman ada 6 perkara. Yang pertama PERCAYA kepada Allah. Sebenarnya kita silap, percaya sahaja tidak mencukupi. Sepatutnya ayat tu kita kena tukar kpd YAKIN kepada Allah.
Antara percaya dengan yakin amat berbeza sekali. Sebagaimana kita diminta percaya akan kewujudan Allah dan berasa yakin dengan kekuasaan-kekuasaanNYA. Ramai di antara kita, apabila ditanya apakah percaya kepada ALLAH, dengan spontan mereka menjawab “percaya”, dan apabila ditanya apakah yakin dengan kekuasaan-kekuasaan Allah, dengan spontan juga mereka menjawab “yakin”. Tetapi apabila disuruh membuktikan keyakinan itu ramai yang gagal.
Bleh baca kisah antara percaya dan yakin di sini.




September 23rd, 2007 at 11:46 am
Saya setuju dengan cadangan itu.
October 7th, 2007 at 6:25 pm
saya juga….tdak patut tangguhkn perkara yg sptutnya dlakukan
October 8th, 2007 at 1:38 am
Baru2 nie ada seorang peguam yang mencadangkan supaya kerajaan menjalankan hukum hudud disebabkan tidak berkesannya hukum yang telah sedia ada. Tapi tidak dipandang lansung oleh PM kita.
Hudud nie kalau ikut bahasa arab drpd perkataan Had. Bermakna sempadan. Jama’ dia Hudud. Hudud ialah sempadan yg telah ditetapkan oleh Allah. Barangsiapa yang berani melanggar sempadan tersebut maka bererti mereka mengundang bala.
November 12th, 2007 at 9:01 pm
MALAYSIA BUKANLAH sebuah NEGARA ISLAM kerana TIDAK MELAKSANAKAN HAK ALLAH yakni HUDUD…
November 12th, 2007 at 9:05 pm
KETUA PUTERI UMNO bercakap tentang HUKUM ISLAM tapi RAMBUT cantik je NAMPAK, siap ADA WARNA PERANG lagi… dah sebijik ORANG KAFIR YAHUDI dah ana tengok..