Logo Background RSS

Kuasa undi masyarakat Cina gerunkan polis – Husam

  • Written by IzoIzo No Comments Comments
    Last Updated: September 12th, 2007

    KUALA LUMPUR, 11 Sep (Hrkh) -Kuasa undi masyarakat Cina dan sensitiviti politik mereka menggerunkan polis tetapi tidak dua pemuda Melayu dari negeri yang rakyatnya adalah kedua termiskin di Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

    “Peluru hidup dilepaskan mengenai dua pemuda yang kini dirawat di dua hospital. Usaha asal polis ialah mengelakkan perhimpunan yang boleh mengganggu keamanan tetapi kerana salah urus polis, berakhir dengan hilang keamanan,” katanya.

    Beliau melihat apa yang berlaku itu sebagai dua gambaran yang berbeza, tetapi kedua-duanya sama buruk.

    Di Melaka, katanya, tindakan tidak matang pemimpin kerajaan Melaka memaksa babi ternakan dimusnahkan dalam tempoh relatif singkat tanpa satu perundingan dengan persetujuan muktamad, hanya menampakkan sikap tidak cermat menangani isu itu.

    Selepas bertahun-tahun membiarkan kandang babi berkenaan mencemarkan persekitaran, katanya, satu langkah pintas hendak diambil dengan menggunakan kekuatan FRU.

    Akhirnya, ketegangan yang tak diingini telah berlaku dan meninggalkan imej negatif yang berpanjangan ke atas polis dan polis berundur secara menikus, kata beliau.

    “Penternak berjaya. Kerajaan Melaka nampak lemah dan tidak matang. Polis terperangkap. Persepsi negatif masyarakat Cina wujud.

    “Belum reda usaha pemulihan imej polis yang kurang bijaksana dalam menasihatkan kerajaan Melaka tentang potensi isu seperti itu meletup menjadi isu masyarakat Cina dikasari polis, polis melakukan ‘reverse’ PR yang sangat buruk,” kata Husam.

    Berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka itu, tindakan polis di Batu Buruk, katanya, menyebabkan rakyat berkata “Jika dengan masyarakat Cina polis kecut, lain pula dengan orang Melayu. Polis tunjuk berani”

    “Rata-rata itulah komen spontan yang saya dengar sepanjang hari ini,” kata Ahli Exco Kerajaan Kelantan itu.

    Beliau menyifatkan polis tidak bijaksana dalam perhitungan dan tindakan mereka.

    “Jika perhimpunan itu dibiarkan, sudah hampir pasti keadaan kecoh seperti dilaporkan tidak akan berlaku. Namun, polis memilih untuk menyekat perhimpunan itu sekalipun polis hampir pasti ia boleh mencetuskan keadaan yang tidak diingini.

    “Jika dalam kes di Bukit Beruang, polis boleh menghentikan gempuran mereka dan keadaan kembali damai, mengapa tidak polis mengambil tindakan yang sama di Batu Buruk?

    “Pilihan polis ialah untuk memantau dan mengawal ceramah itu atau untuk menyekat perhimpunan, menggempur dan menyerbu? Mana satu yang secara logiknya boleh menghasilkan suasana aman?,” tanya beliau.

    Husam mempersoalkan, adakah kesan perhimpunan di Batu Buruk itu begitu buruk sehingga tidak ada toleransi boleh ditimbangkan?

    “Berapa banyak perhimpunan serupa di seluruh negara berjalan dengan aman. Apa istimewanya polis Terengganu untuk tidak mengambil sikap seperti rakan polisnya di seluruh Negara?

    “Jika hanya 500 hingga 750 orang sahaja pendengar yang hadhir, apa sangat yang perlu dirisaukan oleh polis?

    “Apa perlunya polis meruntuhkan pentas tempat ceramah itu dijadualkan diadakan dan tidakkah itu boleh dikira di luar bidang tugas polis?

    “Jika keadaan telah begitu kecoh, tidakkah lebih baik polis berundur dan membiarkan ceramah itu berlangsung?” beliau seterusnya bertanya.
    Beliau menyifatkan babi lebih beruntung kerana terus menikmati kebebasan mereka ketika rakyat Terengganu terpaksa menerima tembakan untuk mendapat kebebasan berhimpun mereka.

    Mengenai tembakan peluru hidup, beliau mempersoalkan, tidakkah tembakan amaran ke udara perlu dibuat untuk menyekat sebarang tindakan oleh dua pemuda itu, jika benar mereka bertindak seperti yang dilaporkan?

    “Adakah polis berkenaan telah melepaskan tindakan amaran ke udara? Kenapa tembakan terus dihalakan ke dada pemuda berkenaan?” tanya beliau

    Beliau juga membangkitkan kenyataan saksi kejadian yang sama sekali berbeza dengan dakwaan Ketua Polis Terengganu.

    Antara lain, seorang saksi yang melihat dari jarak dekat peristiwa itu menyatakan, “Polis tembak Suwandi sambil berdiri!”

    Seorang saksi yang lain menyatakan, “Kami nampak percikan api keluar dari pistol polis”

    Kenyataan tersebut sama sekali berbeza dengan apa yang diterangkan oleh Ketua Polis Terengganu.

    “Siapa benar? Itulah sebabnya satu Suruhanjaya Siasatan diperlukan,” tegas Husam.

    Beliau mempersoalkan, jika benar bahawa anggota polis berkenaan dibelasah hingga terjatuh ke tanah, adakah Suwandi yang mengejar beliau?

    “Kedua mangsa tembakan dijangka sembuh dan mereka boleh memberikan keterangan,” katanya.

    Beliau seterusnya mempersoalkan, jika Suwandi yang mengejar anggota polis berkenaan seperti yang didakwa, mengapa pula polis menghantar hamper kepada Suwandi semasa beliau di rawat di hospital Kuala Terengganu sebelum di bawa untuk pembedahan di HUSM Kubang Kerian?

    “Tanda simpati? Tanda kesilapan tembakan? Tanda persahabatan?” tanya beliau.

    Husam mengulangi penegasan bahawa PAS tidak ingin bermusuh dengan polis tetapi tembakan peluru hidup ke atas orang awam dalam satu majlis yang sepatutnya berjalan aman jika tidak wujud gangguan seperti yang telah berlaku, adalah satu peristiwa serius yang tidak boleh dibiarkan berulang.

    “Biarkan kebenaran mengambil tempat dengan satu siasatan bebas dan mana-mana pihak tidak harus dibiarkan menjadi ‘raja’ untuk bertindak sesuka hati,” katanya.

    Beliau juga mengingatkan, polislah yang perlu membetulkan imej mereka dan tidak perlu menuding jari kepada pihak lain.

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: