Logo Background RSS

Minyak tak naik. Boleh caya ke?

  • Written by IzoIzo 11 Comments11 Comments Comments
    Last Updated: February 27th, 2008

    Petikan daripada Harian Metro

    KUALA LUMPUR: “Tidak mungkin harga minyak akan naik sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyangkal andaian sesetengah pihak yang mengatakan harga bahan api akan dinaikkan selepas PRU pada 8 Mac ini.

    Ketika diminta mengulas mengenai manifesto BN, Najib berkata manifesto itu adalah pencapaian kerajaan dalam bidang tertentu secara terperinci, boleh dikatakan ia adalah Indeks Prestasi Utama (KPI) kerajaan BN selama empat tahun.

    “Di samping itu menggambarkan hala tuju kita yang akan datang secara terperinci. Jadi rakyat dapat menilai apakah yang kita sudah lakukan dan ke arah mana kerajaan BN akan membawa rakyat Malaysia.

    “Saya percaya dokumen ini boleh dipegang sebagai asas kejayaan kita selama ini dan juga landasan hala tuju kita. Ia bukan manifesto yang bersifat slogan tetapi banyak pengisian yang akan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan laporan kemajuan dan manifesto pilihan raya BN bertema ‘Selamat, Aman dan Makmur’ di sini, semalam.

    BN TETAP NAIKKAN HARGA PETROL WALAUPUN MENANG PILIHANRAYA

    Lihat ulasan daripada Husam Musa:
    Najib usah bohongi rakyat untuk tidak menaikkan harga petrol


    Copy code di bawah dan masukkan di blog atau website anda.

    IzoBlog: Apabila minyak naik maka barang-barang keperluan harian pun turut naik. Ada jugak orang yang tak berfikiran panjang, kata Pembangkang main politik. Mereka cakap apa..”minyak naik takpelah aku bukan pakai kereta besar2 pun, aku pakai motosikal/basikal je”. Berfikiran pendek. Saudara/i..pegang satu perkara je. Jika minyak naik barang2 keperluan harian pun akan turut naik. Minyak naik maka cost pengangkutan pun akan bertambah. Ingat lori yang hantar bekalan tu pakai air ke? Jadi untuk mengelakkan kerugian, maka mereka(supplier) akan menaikkan harga barang. Dah supplier naikkan harga barang, peniaga pun mesti ler nak naikkan harga juga. Takkan nak rugi. Fikir panjang ler sikit saudara/i.

    Ingat artikel nie, pastu ingat balik kata IzoBlog, minyak akan tetap naik jika BN masih memerintah. Ini bukan masalah kenaikan minyak sedunia, tapi ketamakan kroni2 untuk membolot duit rakyat. Apa hal… Malaysia negara peng’export’ minyak tetapi minyak sentiasa je naik. Ambik contoh kerajaan peng’eksport’ minyak Turkmenistan, bagi petrol free untuk rakyat dia setiap bulan. Tak bankrap pon!

11 Comments
  1. #1 Izo MALAYSIA
    February 27th, 2008 at 4:24 am

    Harga minyak tak sepatutnya naik. Kelemahan pimpinan dan rendahnya rasa prihatin terhadap rakyat menyebabkan pemimpin terlupa terhadap beban yang terpaksa rakyat tanggung.

    Cuba gak dengar cadangan Bekas Menteri Kewangan dahulu untuk turunkan harga minyak:
    http://video.google.com/videoplay?docid=2158192015727698481&hl=en

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 bukan orang minyak MALAYSIA
    March 8th, 2008 at 11:50 pm

    persoalan saya, adakah harga minyak dikawal oleh kerajaan pemenrintah dan bagaimanakah kerajaan pemerintah dapat menentukan turun naik harga minyak? setahu saya, harga minyak dikawal oleh negara2 yang mengekspot petroleum ( OPEC-org. of the petroleum exporting countries ). Menurut suatu website,
    “Commentators have attributed the price increases of this period to a variety of factors, including reports from the U.S. Department of Energy and others showing a decline in petroleum reserves[7], worries over peak oil, Middle East tension, and oil price speculation[8]. Some events have had short term effects on oil prices, such as North Korean missile launches[citation needed], the crisis between Israel and Lebanon[citation needed], tensions over Iranian nuclear energy,[citation needed] unrest in Nigeria and the declining nominal value of the U.S. dollar.”
    Untuk maklumat lebih lanjut sila rujuk website ini, ini, ini, dan
    Harap anda dapat mempertimbangkan komen saya ini dengan berfikiran terbuka. Saya tulis ni bkn kerana nk berniat politik cuma ingin berkongsi info(credits to Google).

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo MALAYSIA
    March 9th, 2008 at 12:40 am

    Persoalan seperti saudara cakap tu sering berlegar2 di fikiran kita, termasuk saya juga dulu. Saya malas nak tulis…saudara dgr sendiri penjelasan Anwar camner cara nak turunkan harga minyak:

    http://video.google.com/videoplay?docid=2158192015727698481&hl=en

    Jangan kita lupa…Malaysia pun negara pengeksport minyak. Jika harga pasaran minyak dunia naik, maka negara kita pun akan mendapat keuntungan yang tinggi.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Izo MALAYSIA
    March 9th, 2008 at 12:46 am

    Atau bleh tgk tulisan kat blog Dato Husam Musa
    http://www.husammusa.com/modules/news/article.php?storyid=452

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  5. #5 johnny stanfet MALAYSIA
    March 9th, 2008 at 12:48 am

    urm. anwar ckp kite turun kan untung petronas. kasi harge turun!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  6. #6 bukan orang minyak MALAYSIA
    March 9th, 2008 at 1:12 am

    Via Wikipedia,
    “The Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) is a large group of countries[1][2] made up of Algeria, Angola, Indonesia, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Saudi Arabia, the United Arab Emirates, Venezuela, and Ecuador (which rejoined OPEC in November 2007). The organization has maintained its headquarters in Vienna since 1965, hosting regular meetings between the oil ministers of its member states.
    OPEC’s influence on the market has been called into question. Several members of OPEC alarmed the world and triggered high inflation across both the developing and developed world when they used oil embargoes in the 1973 oil crisis. OPEC’s ability to control the price of oil has diminished somewhat since then, due to the subsequent discovery and development of large oil reserves in the Gulf of Mexico and the North Sea, the opening up of Russia, and market modernization. OPEC nations still account for two-thirds of the world’s oil reserves, and, in 2005, 41.7% of the world’s oil production, affording them considerable control over the global market. The next largest group of producers, members of the OECD and the Post-Soviet states produced only 23.8% and 14.8%, respectively, of the world’s total oil production.[4] As early as 2003, concerns that OPEC members had little excess pumping capacity sparked speculation that their influence on crude oil prices would begin to slip.”
    [Read more here: http://www.opec.org/aboutus/history/history.htm

    Mengenai blog Dato Husam Musa tu, mungkin seseorang yang paakar dlm bidang ekonomi lebih layak memberi komen tentang harga petroleum ini. Bagi saya, obviously kalau suatu negara tuh kaya dengan buah epal, sudah pasti harga epal di negara tu murah (perumpamaan).

    p/s:Penat saya search (walaupun cuma search kt Google aje, at least saya menggunakan masa dan tenaga utk cari), at least rujuk la dulu pd link yg saya bagi sblm trus bg reply.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Izo MALAYSIA
    March 9th, 2008 at 1:28 am

    Saya baru baca link yang saudara bagi..tapi saya nie kurang mahir skit berbahasa Inggeris, paham sikit2 jer. :D

    Yang saya faham mmg harga minyak sedunia mmg dikawal oleh OPEC. Tetapi jika kerajaan yang bijak, mesti ada idea camner untuk mengurangkan harga minyak dgn pengurusan dana kewangan yang betul. Seperti mana dijelaskan oleh Anwar pada video yang saya post kat atas. Lihat balik video di atas.

    Anwar ada pengalaman menjadi Menteri Kewangan sebelum nie…mungkin ada benar kata2nya

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  8. #8 bukan orang minyak MALAYSIA
    March 9th, 2008 at 12:59 pm

    kalau x faham, bleh tanya saya. saya bleh tolong terjemah mana2 part yg tak faham….

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Jutaan Tahniah kepada pengundi Barisan Nasional MALAYSIA Trackbacks
  • Trackback: IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Harga petrol ikut harga dunia mulai 1 Sept MALAYSIA Trackbacks
  • Trackback: IJN bakal diswastakan? | IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya MALAYSIA Trackbacks
  • Leave a Comment
    This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

    • :em45:
    • :em01:
    • :em12:
    • :em29:
    • :em54:
    • :em69:
    • :em67:
    • :em60:
    • :em07:
    • :em03:
    • :em19:
    • :em22:
    • :em28:
    • :em09:
    • :em27:
    • :em10:
    • :em34:
    • :em02:
    • :em43:
    • :em20:
    • :em42:
    • :em62:
    • :em17:
    • :em35:
    • :em55:
    • :em33:
    • :em44:
    • :em04:
    • :em48:
    • :em58:
    • :em47:
    • :em26:
    • :em39:
    • :em32:
    • :em24:
    • :em50:
    • :em61:
    • :em64:
    • :em16:
    • :em63:
    • :em51:
    • :em46:
    • :em18:
    • :em65:
    • :em06:
    • :em25:
    • :em23:
    • :em31:
    • :em15:
    • :em05:
    • :em11:
    • :em38:
    • :em13:
    • :em53:
    • :em71:
    • :em21:
    • :em36:
    • :em56:
    • :em57:
    • :em70:
    • :em37:
    • :em40:
    • :em08:
    • :em66:
    • :em14:
    • :em41:
    • :em52:
    • :em68:
    • :em49:
    • :em30:
    • :em59: