Nak ‘umpat’ atau nak ‘merempat’ ?

February 29, 2008 – 3:16 pm

Dollah betul-betul marah apabila dikatakan bahawa TG Hj Hadi membenarkan rakyat mengumpat. Kononnya kenyataan itu adalah FATWA terbaru Pemimpin pas itu. Tuduhan itu membuktikan bahawa UMNO dan BN sudah kelam kabut dan terdesak membuat fitnah. Ianya bukan lah FATWA sebagaimana yang digembar gemburkan. Haji Hadi tidak langsung terbabit dengan Majlis Fatwa yang bertindak mengeluarkan FATWA. Manakala, Sejauh mana Barisan Nasional mengikuti undang undang Islam pula? Nampaknya keadaan itu boleh dirujuk dengan tuduhan tuduhan rasuah, bunuh, letup bom dan isu kehakiman VK lingam.

Nak kata macam mana lagi. Bimbang kerajaan bukan kepalang. Telah beberapa kali di sebut oleh puak pemimpin Barisan Nasional bahawa mereka tidak bertindak menyerang individu, tetapi sebaliknya Dollah Badawi di dalam tidak sedar dan hilang ingatannya telah mencemuh peribadi TG Hj Hadi. Dimanakah pendirian sebenar UMNO dan Barisan Nasional di dalam memberikan syarat serta melaksanakan kata kata?

Nampaknya permainan politik kedua dua parti semakin rancak. Serang bila diserang. Siapa yang menyerang dan siapa yang diserang? Ada yang kepanasan, siang, pagi petang malam kerana nyawa dihujung tanduk. Tanduk akan tunggu masa untuk terkehel.

Kata dulang paku serpih, kata orang dia lah yang lebih. Alang alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan dan tanya diri masing masing …… NAK MENGUMPAT atau NAK MEREMPAT? Rakyat buat keputusan.

UBAH SEBELUM PARAH.

IzoBlog: Bleh rujuk juga posting saya sebelum ini: http://www.izoblog.com/agama/mengumpat-yang-dibolehkan. Mendedahkan penyalahgunaan kuasa, adakah itu mengumpat? Mendedahkan amanah rakyat yang dikhianati adakah itu dikira mengumpat? Membela rakyat yang dizalimi, adakah itu dikira mengumpat? Dalam al-Quran Allah tidak suka berterang-terangan menyatakan perkara yang tidak baik kecuali bagi mereka yang teraniaya.

Firman Allah bermaksud; “Allah tidak menyukai ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Sponsor:

  1. 5 Responses to “Nak ‘umpat’ atau nak ‘merempat’ ?”

  2. Bila otak tak digunakan untuk berfikir, inilah jadinya. Orang suruh belajar agama taknak…

    Teruskan perjuangan ya akhi..

    By soulof99 MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Feb 29, 2008

  3. Komen Tuan Guru Nik Abdul Aziz tentang perkara ini:
    http://www.tvpas.com/material.php?id=5771&cat=berita

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Feb 29, 2008

  4. Semalam saya pegi dengar ceramah Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Tuk Guru cakap mereka2 yang Islam di dalam Umno tu harap dapat menimba lagi ilmu agama sebanyak mungkin sebelum mengeluarkn kata2 yang memecah belahkan umat Islam.

    Ada kena mengena dengan isu dakwaan Abdullah Badawi, berkenaan ‘fatwa’ Haji Hadi membenarkan mengumpat di dalam Islam.

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Mar 1, 2008

  5. igtlah, selagi paklah dan khairy nya berkuasa selagi tu lah rakyat binasa. pepatah mengatakan jika kita hendak mengata orang lain, baik cermin diri anda dahulu, dan kepada Paklah sila lah cermin anda dahulu jika anda mahu bercakap tentang agama islam. mengapa sy berkata sedemikian? kerana, jika kita lihat isterinya, adakah dia memakai tudung seperti Raja Permaisuri Agong? cuba anda cari gambar isteri paklah dan cari gambar ister agong kita yang sekarang dan gunakan otak anda secara bijak,telus,kreatif,agama anda dan nilai serta bezakan isteri siapakah yang patut berckap psal islam? jawapan ditangan anda! hanya anda menentukan siapa yang layak dan siapa yang buat lawak……

    By johnny stanfet MALAYSIA Windows XP Safari 525.12 on Mar 2, 2008

  6. Agung sekarang (Sultan Mizan) memang rapat dengan bekas MB Terengganu dulu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi. Kalau saudara/i masih ingat Permaisuri Agung dulu tak pakai tudung. Tetapi mungkin tarbiyah berterusan drpd kerajaan negeri di bawah pimpinan Tuan Guru, maka terbuka hatinya mahu bertudung sampai sekarang.

    Saya dengar orang BN sendiri cakap, Sultan Mizan nie cenderung ke arah PAS. Pasal tu cam tak baper join jer ngan Derih Jusoh

    By Izo MALAYSIA Windows XP Mozilla Firefox 2.0.0.12 on Mar 2, 2008

Post a Comment

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59:


::Untuk meletakkan gambar anda di sebelah komen, anda boleh register email anda di sini.