NostalGia Di Parlimen – TG Hj Hadi Vs ZAM & Raja Ahmad Zainuddin
-
Assalamualaikum,
Post kali ini ingin saya kongsi bersama sedutan dari Parliman (yang tidak disiarkan oleh RTM) bagi sahabat2 semua membuat penilaian mengenai isu yang di utarakan. Isu ini sudah lama sebenarnya. Tetapi disebabkan baru-baru ini timbul balik kenyataan Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein bahawa kerajaaan akan menangguhkan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada 2008, saya rasa apa yang PAS perjuangkan selama ini adalah betul. Rupa-rupanya isu ini sudah pon di tegur oleh ketua pembangkang dalam sessi Parlimen 1999-2004 yang lalu. Namun itulah UMNO…..
Segmen Nostalgia di Parlimen. Saksikan YB anda berhujah dalam ISU…
Tuhan Samseng
Penjelasan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan isu “Tuhan samseng” oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan yang diputarbelitkan oleh BN-UMNO.
Sains, Matematik dalam BI
Kita terkejut dengan kenyataan Menteri Pelajaran, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein bahawa kerajaaan akan menangguhkan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam mata pelajaran Sains dan Matematik pada 2008.Apa sudah jadi dengan dasar BN/Umno yang haru biru. Pada kita ini adalah kerana satu petanda aras bahawa pilihan raya semakin dekat. Mereka takut jika tidak mendapat sokongan terutama daripada pengundi Cina. PAS daripada awal menentang pelaksanaan itu.Sekarang mala petaka pelaksanaan ini sudah menimpa para pelajar terutama pelajar di luar bandar. Hari ini baru pemimpin Umno sedar tentang kegagalan sistem ini yang dibuat tanpa kajian yang mendalam.
Inilah akibat dasar sombong yang hanya mementingkan projek untuk kepentingan kroni mereka. Projek yang ditentang dengan lantang oleh tokoh bahasa dan golongan cerdik pandai seperti Prof Nik Safiah Karim (UM), Prof Dr Abdullah Hassan (UPSI) dan ramai lagi termasuk pakar Matematik, Prof Dr Shahrir Mohd Zin (UKM).
Cuma yang sokong projek ini pemimpin Umno daripada atas sampai ahli JKKK yang tidak gemar baca surat khabar.
PAS daripada awal menentang usaha ini apabila mula dilaksanakan tahun 2003. PAS boleh mendabik dada terhadap rakyat yang khianat adalah pemimpin Umno bukan PAS.
Ini bukan bererti PAS menentang bahasa Inggeris sebagai bahasa yang perlu dipelajari tetapi PAS lawan kerana mereka mendakwa jika hendak pandai berbahasa Inggeris pelajar perlu belajar melalui Matematik dan Sains.
PAS serius dalam menangani isu ini sebagai contoh PAS telah memberi bantuan guaman apabila tiga pelajar daripada Perak bertindak menyaman kerajaan.
Penggunaan BI sepenuhnya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ditarik balik kerana mereka bimbang dengan pengundi Cina yang menentang pelaksanaan itu terutama persatuan pendidik Cina yang begitu sensitif dan konsistan menentang dan memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
Parti Gerakan pun apa kurang, mereka juga lantang menentang isu ini. Disebabkan ketakutan mereka terhadap pengundi Cina maka kerajaan sanggup menarik balik projek tersebut.
Berjuta-juta ringgit wang rakyat musnah disebabkan projek tersebut, yang kaya hanyalah kroni pemimpin Umno, manakala yang derita adalah rakyat biasa. Ayuh rakyat jangan kena tipu lagi pada pilihan raya umum nanti.
Incoming search terms for the article:
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.









November 5th, 2007 at 7:54 am
“DENGAR..FAHAM..FIKIR” :)
Ketawa sorang2 saya apabila dengar YB UMNO berhujah hehehe…Tak layak rasanya jadi YB. ;)
November 7th, 2007 at 10:29 pm
Bahasa Inggeris adalah bahasa perantaraan sahaja untuk Dunia. Tidak semestinya jika kita tidak fasih dalam Bahasa Inggeris itu, kita tidak bertamadun. Semua bangsa di dunia ini dianugerahkan oleh Tuhan dengan keupayaan untuk berfikir dan mencari ilmu dan pengetahuan dalam bahasanya sendiri. Seandainya bangsa itu tidak maju, maka puncanya bukan terletak pada bahasanya tetapi pada ketidakupayaan bangsa itu untuk mencipta atau mengembangkan ilmu menggunakan bahasa berkenaan.
Dengan itu, utamakanlah bahasa ibunda kita. Kalau memang ingin mendidik mereka bertutur dan belajar Bahasa Inggeris, ajarilah & didiklah mereka dari Tadika. Tidaklah macam sekarang ni. Di mana dari darjah satu hingga darjah enam menggunakan bahasa ibunda. Tiba-tiba bila naik sahaja tingkatan satu, subjek Matematik & Sains ditukarkan ke bahasa inggeris. Bagaimana mereka hendak menguasainya? Tidak ke mereka binggung? Kalau mereka mempunyai keluarga yang mewah, mungkin mereka akan menggunakan wang untuk mengambil tuisyen tutor untuk anak mereka mempelajari bahasa inggeris dengan lebih cepat. Bagaimana pula dengan keluarga yang tidak berkemampuan? Tak pernah ke terfikir tentang ni semua sebelum memulakan pelajaran bahasa inggeris di tingkatan satu? Fikirlah dahulu sebelum membuat rombakan… Jangan asal ambil jalan mudah… Yang kene tempiasnya, rakyat yang tidak berkemampuan juga… Pertahankanlah bahasa ibunda! Ini baru boleh dikatakan rasional… :mrgreen:
November 8th, 2007 at 12:38 am
Tu ler… camne UMNO bleh kata dia m’p'juangkan bangsa Melayu. :?
Hairan…hairan.
November 8th, 2007 at 7:39 am
Itu ler… Malah ramai yang keciciran akibat terkandas sewaktu di sekolah menengah. Salah satu punca darinya adalah kerana pertukaran subjek Matematik & Sains ditukarkan ke Bahasa Inggeris dengan mendadak. Adil ke tu bagi mereka untuk menerimanya? Di rumah dari kecil mereka sudah berbahasa ibunda. Dengan itu, sukar bagi mereka untuk menguasai Bahasa Inggeris dalam sekelip mata. Boleh berbahasa inggeris tetapi didik & ajarilah mereka sewaktu mereka di Tadika. Itu pun jangan didahulukan bahasa inggeris. Tetap jadikan Bahasa Ibunda bahasa pertama dalam Malaysia. Agar bahasa inggeris & bahasa ibunda sama-sama mereka dapat menguasai & mengatasinya. Mempelajari bahasa inggeris hanya untuk perantaraan sahaja bukan untuk mengutamakannya. ;)
November 8th, 2007 at 9:12 am
Apalah nak dibanggakan dengan Bahasa Inggeris? Bahasa Inggeris adalah Bahasa DUNIA. Kejarilah AKHIRAT, maka DUNIA akan kejar kita. :mrgreen:
November 10th, 2007 at 7:14 am
Hi..Izo
Sebelum tu nak ucapkan Terima Kasih kerana sudi luang masa jalan2 ke blog laling..mmm..
Menarik juga perbincangan mengenai bahasa ni yang mana mengambil konsep SPARTAN iaitu mana bangsa yang kuat ekonomi dan ilmu jadi bangsa kuat sangat jadi bangsa yg lemah kenalah ikut ataupun pilihan lain mulai sekarang Malaysia terutama bangsa Melayu Kelantan perlu berinovasi dan jadi bangsa pencipta untuk kegunaan pasaran Eropah dan USA…:D