Pengumuman Munajat Perdana Esok
-
Pelbagai isu telah melanda negeri Terengganu yang tercinta ini lewat PRU 12 yang lalu. Isu-isu tersebut mencengkam naluri dan menimbulkan keresahan rakyat. Apatah lagi apabila pelbagai tohmahan yang tidak sepatutnya ditujukan buat KDYMM Tuanku Sultan yang dikasihi, menyebabkan hati rakyat tambah terluka. Rakyat Terengganu hanya inginkan ketenangan dan kedamaian seperti dulu, dengan dinaungi pimpinan yang diberkati Allah SWT.
Oleh itu, satu program munajat akan diadakan sepertimana berikut;
MUNAJAT PERDANA RAKYAT TERENGGANU
MEMOHON KEBERKATAN DAN KEDAULATAN
KDYMM TUANKU AL-SULTAN DAN NEGERI TERENGGANUDipimpin Oleh;
YBhg. Datuk Sheikh Ismail Mohamad Al-HafizPada : 27 Mac 2008 (Khamis Malam Jumaat)
Masa : 8.30 Malam (Solat Isya’ Berjemaah)
Tempat : Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)SEMUA RAKYAT TERENGGANU DIJEMPUT HADIR




March 26th, 2008 at 8:41 pm
Alahai ruginya ambe x bleh bersama² esok… kalaulah ambe kat Terengganu skrg dptlah sama² jemaah semua… munajat dr jauh jah nmpknya, moga² semuanya berjalan lancar dinung mlm esok, insha Allaah