Rayuan Kepada Semua Pengundi Di Kuala Terengganu !
-
Posting daripada seorang sahabat yang tertekan dengan bayaran balik duit PTPTN yang dikenakan faedah 3 peratus kepada mahasiswa yang membuat pinjaman. Sebut faedah orang tak takut, tapi kalau sebut riba semua orang takut. Riba tu kan salah satu daripada dosa besar. Faedah tu samalah dengan riba. Nama jer lain.
”
Saya merayu kepada anda semua agar tidak memangkah calon bernama Datuk Razali Ismail yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Beliau adalah pengerusi PTPTN yang mengenakan faedah sebanyak 3 peratus kepada mahasiswa yang membuat pinjaman.Ini sudah cukup jelas menunjukkan beliau seorang yang tidak prihatin kepada hal ehwal mahasiswa. Sekiranya beliau gagal membela nasib mahasiswa apatah lagi masyarakat Kuala Terengganu sekiranya beliau terpilih menjadi Ahli Parlimen!
Isu faedah PTPTN sebenarnya bukanlah isu yang kecil.Jika faedah itu terlalu sedikit, mengapakah sebanyak 200,000 individu masih tidak membayar semula pinjaman mereka? Dan satu lagi persoalan adalah mengapa PTPTN bertindak begitu zalim dalam menangani masalah tersebut?
200,000 tak bayar PTPTN dilarang ke luar negara
KUALA TERENGGANU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan senarai 200,000 individu yang ingkar membayar balik pinjamannya kepada Jabatan Imigresen bagi menghalang mereka ke luar negara, termasuk untuk mengerjakan haji atau umrah.
Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail, berkata pihaknya sudah meminta Jabatan Imigresen tidak membenarkan penama dalam senarai itu ke luar negara sebelum merujuk mereka kepada perbadanan berkenaan.
Senarai nama peminjam ingkar itu juga akan dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan mengenakan tindakan tatatertib terhadap mereka jika bertugas sebagai kakitangan awam.
Sumber : Berita Harian 17/01/08
Ini adalah suara rintihan daripada mahasiswa. Kami hanya mampu mengharapkan anda semua untuk menghantar mesej protes kami kepada calon ini. Ingatlah, pertolongan anda semua amat bermakna buat semua mahasiwa dan graduan di Malaysia ini. Akhir kata, tolonglah jangan biarkan kami terus sengsara.
IzoBlog: Saya pun turut sama merasai apa yang anda rasa. Kalau dulu pinjaman untuk saya belajar, diberikan potongan oleh kerajaan Pas Terengganu (masa tu time Pas). Jumlah sebenar RM20,000. Setelah dipotong jumlah yang perlu dibayar adalah RM6,000, selebihnya duit zakat. Yang saya jadi geram tiba2 apabila saya pulang ke Malaysia, kerajaan sekarang(BN) naikkan balik jadi RM20,000. Itu yang buatkan saya nak marah nie. Kawan2 saya yang masih belajar pun punya masalah juga di sana. Anda boleh tengok blog salah seorang drpd mereka: http://mykebenaran.blogspot.com




February 28th, 2008 at 5:19 pm
Besor perkataan TEMBERANG
memang saboh doh ngn Barang Naik
PTPTipu ni kapiltalis UMNO… sokong la BA, insha Allaah tiada lagi mende² bodoh gini!