RTM Gelabah, Talian Terus Di Matikan
-
Syabas Dr Mansur yang berani memperjuangkan kebenaran malam tadi. Sekalung tahniah dari saya untuk anda kerana berjaya membuatkan RTM menggelabah.“Isu Semasa” kelolaan RTM malam tadi yang membincangkan Harapan 2008 tiba-tiba “panas” apabila seorang pemanggil yang bernama Dr Mansur mengatakan Harapan 2008 nya adalah untuk bertukar kerajaan.
Lebih menghangatkan forum pada malam itu adalah kerana kelantangan Dr Mansur yang mengatakan para panel buta tuli dengan perkara yang berlaku seperti rasuah, harga barang yang naik dan skandal yang membabitkan pemimpin di pandang remeh dan Dr Mansur mengatakan yang ahli panel pada malam itu pengampu kerajaan terutama OKU yang di lantik Senator itu.
“Jangan hanya anda telah dilantik jadi “Senator” oleh kerajaan maka anda mengikut kata telunjuk kerajaan walaupun tidak benar” antara kata-kata Dr Mansur.
Dr Mansur juga mengatakan yang tindakan ahli panel mempertikaikan pembangkang dikecam oleh beliau kerana pembangkang juga memainkan peranan dalam memperjuangkan yang tidak betul.
Seperti biasa dan di duga, percakapan beliau di potong taliannya oleh RTM. Namun, dengan cepat pengacaranya berkata itulah RTM yang sentiasa mendengar pandangan samada dari pihak menyokong atau tidak. Itu semua hanya sandiwara RTM sahaja.
Sekali lagi tahniah saya ucapkan kepada Dr Mansur kerana bijak menggunakan kesempatan yang ada. Sekurang-kurangnya beliau berjaya membuat RTM menggelabah pada malam itu.
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











Peng’Komen’ Berani Mati