Sambutan besar-besaran ketibaan Agong di Terengganu
March 28, 2008 – 8:09 pm
Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu akan berangkat pulang pagi Sabtu ini(esok). Kepulangan baginda menjadi tumpuan ekoran tercetusnya krisis pelantikan menteri besar Terengganu.
Baginda dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut secara besar-besaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di Seberang Takir.
Sambutan tersebut akan dianjurkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai mewakili rakyat negeri Terengganu.
Jurucakapnya, Fariz Musa berkata, kira-kira 10,000 orang dijangka berkumpul di lapangan tersebut sebagai tanda taat setia dan sokongan mereka kepada baginda sultan.
IzoBlog: Semua rakyat Terengganu dijemput hadir esok. Bukan Terengganu pun boleh juga kalau nak datang. Datang awal sikit. Kalau boleh pakai baju warna kuning sebagai tanda sokongan kita kepada Tuanku Sultan. Baju BERSIH pun tak per ![]()
Sponsor:












2 Responses to “Sambutan besar-besaran ketibaan Agong di Terengganu”
By Maliki xp
on Mar 29, 2008
By johnny stanfet
on Mar 29, 2008