Logo Background RSS

Simpati mencurah-curah ke blog Nurin

  • Written by 9 Comments9 Comments Comments
    Last Updated: September 23rd, 2007

    Blog beralamat http://nurinjazlin.blogspot.com itu dibuat dan dikendalikan oleh bapa saudara Nurin sendiri, Jasni Abdul Jalil, sejak 27 Ogos lalu, seminggu selepas Nurin dilaporkan hilang.

    Nama blog tersebut — asalnya In Search of Nurin Jazlin (Pencarian Nurin Jazlin) — kini ditambah dengan kata-kata “In Memory of Nurin Jazlin” (Nurin Jazlin Dalam Kenangan) selepas ujian DNA mengesahkan mayat di dalam beg yang ditemui di Petaling Jaya pada Isnin adalah mayat Nurin.

    Di ruangan sisi laman blog itu, di atas foto mangsa, tertera perkataan Confirmed Murdered (Sah Dibunuh) dengan dakwat merah setelah mayat gadis sunti tersebut dituntut oleh bapanya Jazimin Abdul Jalil hari ini dari Hospital Kuala Lumpur.

    Jenazah Nurin Jazlin selamat disemadikan dalam suasana pilu

    ImageKedua ibu bapanya Jazimin, 33 dan ibunya Norazian Bistaman, 35, serta adik beradik dan keluarga terdekat menyirami air mawar di atas kuburnya selepas selesai pembacaan talkin.

    Walaupun cuaca panas terik, orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang yang mengiringinya tidak berganjak dari kawasan perkuburan tersebut.

    Malah pihak media sama ada elektronik dan cetak tidak ketinggalan membuat liputan.

    Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, turut sama mengiringi Norazian yang berjubah dan bertudung hitam untuk memberi semangat dan mententeramnya.

    Suasana pilu turut menyelubungi perkuburan apabila Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berkopiah putih memeluk isterinya agar menerima kematian anak mereka sebaik selesai pengkebumian.

    ImageSementara itu sebelum dibawa ke tanah perkuburan jenazah Nurin disembahyangkan di Surau Darul Saadah, Seksyen 1, Wangsa Maju oleh kira-kira 500 orang termasuk saudara mara terdekat.

    Sebelum itu jenazahnya diziarahi kira-kira seribu orang dan kemudiannya selepas solat Jumaat, jenazahnya disembahyangkan oleh kira-kira 1000 jemaah.

    Sementara itu, pagi tadi jenazah Nurin dituntut oleh keluarganya dari Hospital Kuala Lumpur.

    Biarpun sebelum ini, bapanya menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu setelah keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan ia adalah Nurin.

    Dalam pada itu, keluarga Nurin melahirkan rasa kesal di atas laporan TV3 malam tadi yang mengaitkan kematian Nurin dengan Along.

    Salah seorang ibu saudara Nurin, berkata, satu Malaysia tahu mengenai tuduhan tersebut sedangkan keluarga terbabit tidak ada langsung berhutang dengan Along.

    Image“Kami tidak mahu buat apa-apa kepada TV3 tetapi mereka orang yang berijazah, ada master, ada PHD, sepatutnya fikirlah kesan dari apa yang disiarkan. Kami yang menanggung malu,” katanya ketika ditemui di surau berkenaan.

    Undang yang ada tidak menjamin keselamatan

    Sudah sampai masanya kerajaan khususnya Perdana Menteri sendiri menilai semula kesesuaian undang-undang hari ini sama ada ianya sesuai atau tidak memandangkan keselamatan bukan sahaja orang dewasa bahkan kanak-kanak sudah tidak lagi terjamin.

    Ustazah Nuridah Salleh yang ditemui di perkarangan Unit Forensik di Hospital Kuala Lumpur semalam berkata, ibu bapa pada hari ini takut dengan keadaan yang berlaku yang boleh dikatakan setiap hari berlaku pembunuhan yang mengerikan.

    “Saya minta kerajaan secara rasional fikir balik dan jangan takut-takut untuk kembali kepada ajaran dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah kerana undang-undang ini adalah yang terbaik,” katanya.

    ImageBeliau juga mengecam perbuatan manusia bertopengkan syaitan yang membunuh Nurin dengan kejam dan tragis.

    “Orang yang seperti ini tidak harus diberi pembelaan lagi dan seharusnya dihukum keras oleh pihak kerajaan,” katanya.

    Setiausahanya, Aiman Athirah Al Jundi melahirkan perasaan marah atas perbuatan manusia gila tidak berhati perut menyiksa adik Nurin semata-mata untuk memuaskan nafsu serakahnya.

    Katanya, orang yang menyiksa Nurin itu terlalu kejam sehingga membuatkan wajah kanak-kanak itu sukar dikenal pasti oleh kaum keluarga mereka.

    “Ini bermakna Nurin memang menerima seksaan yang perit daripada si pembunuh, kerana wajahnya berubah sama sekali sehingga keluarga sukar mengenali anaknya,” katanya.

    Apabila berlaku seperti ini, kita berharap tindakan tegas daripada pihak kerajaan sebab persekitaran pada hari ini memang tidak selamat lagi buat kanak-kanak dan wanita.

    Image“Inilah yang sebenarnya mengancam keselamatan negara serta zuriat-zuriat rakyat Malaysia,”tegasnya ketika ditemui.

    Kerajaan dituntut laksana undang-undang Islam

    Sementara itu dalam kenyataan yang berasingan Dewan Muslimat PAS Pusat mengingatkan kerajaan BN supaya segera melaksanakan undang-undang Islam memandangkan masalah jenayah terutama terhadap kanak-kanak bertambah kritikal.

    Timbalan Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, undang-undang Islam itu perlu dilaksanakan memandangkan negara sudah tidak selamat setelah 50 tahun merdeka jenayah semakin hari semakin meningkat.

    Menurut beliau, setiap hari media elektronik dan akhbar perdana melaporkan tentang berita pembunuhan sehingga menimbulkan ketakutan dikalangan ibu bapa.

    Bagaimananpun, katanya, kerajaan seolah-olah tidak bersungguh dalam menangani kes pembunuhan kejam atau penderaan seksual terhadap kanak-kanak.

    ImageIni kerana tambah beliau, kehilangan Nurin sejak 20 Ogos tetapi Polis hanya menubuhkan pasukan khas pada 3 September dan mayatnya ditemui pada 17 September.

    Beliau berkata, setelah mayatnya ditemui barulah Menteri Pembangunan Wanita, Dato’ Shahrizat Abd Jalil membuat kenyataan untuk melaksanakan akta baru bagi menghukum penjenayah.

    “Sekarang ini semua menteri sibuk membicarakan hal yang sama tetapi setelah beberapa bulan kes ini senyap begitu saja,” katanya.

    Wan Hasrina berkata, setakat ini tidak ada satu undang-undang ketat bagi memberi kesan kepada penjenayah dan mereka yang bersubahat supaya tidak mengulangi kes yang sama.

    Katanya, apakah kerajaan mahu menunggu ramai lagi kanak-kanak perempuan menjadi mangsa penderaan seksual dan pembunuhan kejam.

    Image“Kita boleh lihat bagaimana penderitaan yang ditanggung oleh Nurin daripada mula diculik sehingga akhir hayatnya melalui wajah mayatnya,” kesal beliau.

    Beliau mendesak pihak polis supaya bertindak cepat dan pantas bagi mengesan dan menangkap penjenayah yang tidak berperikemanusian itu.

    Katanya, jika pihak Polis berjaya mengesan dengan cepat orang yang disyaki terlibat dalam rusuhan di Batu Buruk, Terengganu mengapa dalam kes pembunuhan Nurin tidak boleh dilakukan.

    Tambah beliau, bukankah pihak Polis mempunyai satu unit yang hanya fokus dalam kes jenayah.

    “Ibu bapa trauma dengan apa yang berlaku pada hari ini kerana setiap hari media melaporkan anak hilang. Polis perlu memberi perhatian terhadap kes kehilangan kanak-kanak,” tegasnya.

    Beliau berkata, Dewan Muslimat PAS Pusat akan membuat kunjungan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta supaya ibu bapa Allahyarham bersabar serta tabah menghadapi ujian daripada Allah SWT.

    Klik sini untuk baca ulasan daripada saya>> :D

  1. #1 shazrin MALAYSIA
    October 7th, 2007 at 6:23 pm

    everything happen for a reasons……………… terima dgn hati yg terbuka dan redha…..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Nadia MALAYSIA
    October 7th, 2007 at 9:13 pm

    iTs complicated kes. kebenaran ssh utk dicari. kejahatan senang untuk dikuasai. mana pergi pihak yg berkuasa? reda, reda dan reda………? sampai bila? God will help us to find da truth. But not today……. Al fatihah………….

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Izo MALAYSIA
    October 8th, 2007 at 1:27 am

    Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sebelum kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 ito MALAYSIA
    October 10th, 2007 at 9:46 am

    Pihak Polis gagal bertindak segera selepas aduan dan rayuan dibuat keluarga mangsa. Tindakan hanya datang selepas sambutan merdeka. Mungkin sibuk dengan jadual ketat sambutan 50 tahun atau mungkin kekurangan anggota kerana ramai yg terbabit dalam perarakan pada hari itu sehingga ramai yg terpaksa meninggalkan solat subuh demi untuk berada diawal pagi untuk berarak. Sungguh sedih dan kecewa. Mengapa sesudah menjadi mayat baru nak bertindak.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Izo MALAYSIA
    October 10th, 2007 at 3:14 pm

    Polis lebih sibukkan diri dengan rusuhan di Batu Buruk aritu :D

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  6. #6 asa_manda MALAYSIA
    October 24th, 2007 at 1:40 pm

    saya sedih sangat kecewa kerana nurun meninggal dunia.saya harap pihak polis dapat menangkap penjahat itu.byeeeeeeeeeeeeeee

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Maliki xp UNITED STATES
    October 24th, 2007 at 7:41 pm

    polis buat mende ntah…. tangkap suspek mcm real… last² bkn pun… cam nk cover jer…. kalu jumpa oyak jumpa senang… ning mcm wat sandiwara plak… polis oh polis!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Izo MALAYSIA
    October 24th, 2007 at 7:55 pm

    Bab rusuhan kat Batu Buruk aritu derah pulak dapat kesan sapa hok terlibat..Ker gane Maliki? :D
    Heran gok aku ngan polis nie kadang2. Bab Nurin Jazlin siap mintak tolong CIA lagi. Bab pembakar bendera masa rusuhan aritu, dok payah rujuk CIA & dok payah siasatan rapi..terus jer dituduh pembangkang.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  9. #9 anne MALAYSIA
    January 10th, 2008 at 9:10 pm

    setiap yang berlaku ada hikmahnya.. dan kita sebagai manusia biasa tidak mampu melawan takdir yang telah ditetapkan. dan apapun sama-samalah berdoa agar aRWAH ADIK NURIN di cucuri rahmat. Al-Fatihah… Dan sama2 berdoa agar tidak ada perkara yg buruk berlaku kepada adik sharlinie

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: