Logo Background RSS

Stupid Fatwa OR they just don’t understand?

  • Written by IzoIzo 19 Comments19 Comments Comments
    Last Updated: November 11th, 2008

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Video ini dirakam oleh Media Malaysiakini pada 7 November 2008 yang lalu (masih fresh lagi). Cukup menyedihkan apabila kelompok manusia seperti berani mempertikai institusi fatwa kebangsaan. Bukan sekadar mencabar fatwa tetapi menyebarkan kefahaman Sister In Islam iaitu hak kesamarataan lelaki dan perempuan yang dilaung-laungkan mereka sebagai satu slogan.

    Umat Islam seharusnya sensitif dengan isu seperti ini. Gerakan mencabar institusi Islam tidak pernah mati khususnya di Malaysia. Mereka akan cuba mencari jalan untukk mempertikaian Islam , kononnya hak mereka dicabar. Berdasarkan video diatas kebanyakkan bukanlah daripada perempuan Muslim namun mereka begitu berani mempertikaikan fatwa.

    Laungan “Stupid Fatwa Everywhere” disebut-sebut oleh mereka seakan-akan bangga dengan ucapannya itu. Kebijaksanaan & kelicikkan gerakan ini ialah speaker bagi demostrasi ini ialah orang bukan Islam. Oleh itu mereka secara bebas boleh mengatakan apa sahaja yang mereka ingin nyatakan tanpa batas dan sempadan.

    Adalah dimaklumkan, tindakan seperti ini jelas menghina Islam dan mereka berbangga dengan aktiviti yang mereka jalankan. salah seorang daripada speaker ialah mahasiswa Universiti Malaya. Sungguh berani kamu.

    Mereka tidak langsung berasa bersalah malah bermegah. Namun bagi kita sebahagian umat Islam, untuk melakukan perkara baik pun berasa salah lagikan mahu mnyampaikan Islam. Inilah umat Islam akhir zaman, perkara baik dirasakan salah dan perkara yang berdosa dirasakan bagus dan perlu dibanggakan. Inilah kesedihan yang menghantui umat Islam kini.

    Sedarlah wahai saudara Islamku, ketika mereka melakukan kerja untuk menjatuhkan Islam, apakah yang sedang kita lakukan kini? Adakah kita pernah terfikir?

    Source: Tintaku Dinamika RMD 56

    Ini pula jawapan daripada blog Roslan SMS

    Cabar Majlis Fatwa: Jangan jolok sarang tebuan

    Saya mungkin tersilap tetapi seingat saya tidak pernah dalam sejarah negara ini mana-mana pihak, samada masyarakat Islam, lebih-lebih lagi yang bukan Islam berani secara terbuka menentang apa-apa fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa tempatan. Dalam posting saya sebelum ini saya telah menegaskan bahawa fatwa-fatwa yang dikeluarkan ini adalah untuk makluman, rujukan dan tindakan umat Islam, ianya tidak ada kena mengena dengan penganut agama lain.

    Kalau ada orang Islam yang tidak dapat menerima atau menolak satu-satu fatwa sekalipun, biasanya ia akan hanya berdiam diri kerana isu agama adalah sensitif, yang jahil sekalipun tidak mahu dilihat menolak apalagi menentang ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama.

    Tetapi semalam satu sejarah telah tercipta dalam negara ini. Semalam menurut laporan akhbar, dan liputan oleh Malaysiakini, satu perhimpunan telah diadakan untuk menentang keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang mengharamkan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki dan minat kepada kaum sejenis, istilah semasa yang digunakan adalah “pengkid”.

    Menurut keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa yang ke 83 pada 23 Oktober lalu, perbuatan seumpama ini melanggar tabii serta fitrah oleh itu jelas bertentangan dengan Islam.

    Jadi apakah mesej yang mahu dibawa oleh himpunan semalam? Menurut Malaysiakini himpunan yang disertai kira-kira sedozen peserta itu terdiri dari wakil-wakil dua kumpulan iaitu “Katagender” (yang mempromosi kesaksamaan gender) dan satu lagi kumpulan yang dikenali “Food-not-bombs”. Dan menurut Malaysiakini jurucakap ini adalah seorang bukan Islam bernama Lee Wei San.

    Menurut akhbar The Star jurucakap ini mempersoalkan mengapa tubuh wanita selalu dijadikan bahan pertikaian bagi menetapkan nilai moral masyarakat? Salah satu kain rentang yang dibawa oleh kumpulan inis emalam berbunyi:

    “Lawan semua fatwa menindas perempuan”

    Apa sudah jadi dengan masyarakat kita? Apakah yang telah kita lakukan sehingga apa pun isu dalam negara ini dipolitkkan sehinggalah keputusan Majlis Fatwa yang hanya melibatkan orang Islam pun mahu dipolitikkan dan dijadikan bahan cabar-mencabar?

    Bagi saya kumpulan ini jelas telah masuk ke lembah larangan, mereka tidak sedar yang mereka membakar api kemarahan umat Islam dan cuba mencetuskan ketidakpuasana hati serta mengadu-domba dalam hal-hal yang tidfak pernah dipertikaikans ecara terbuka sebelum ini.

    Saya berharap pimpinan kita samada dari mana parti sekalipun akan menasihatkan kumpulan ini agar jangan menjolok sarang tebuan. Negara kita kini berhadapan dengan masalah yang lebih besar yang perlu kita tangani bersama, umpamanya krisis ekonomi dunia yang sedang memberi kesan kepada negara, jangan cetuskan masalah baru! Jangan sampai majoriti masyarakat Islam pula nanti bangkit mencabar tindakan kumpulan kecil yang tidak bertanggungjwab ini.

19 Comments
  1. #1 Sue Dara MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 1:51 am

    Saya ingin bertanyakan beberapa soalan:

    1.
    “Bukan sekadar mencabar fatwa tetapi menyebarkan kefahaman Sister In Islam iaitu hak kesamarataan lelaki dan perempuan yang dilaung-laungkan mereka sebagai satu slogan.”

    Apakah kesamarataan antara lelaki dan perempuan sesuatu yang tidak patut?

    2.
    “Umat Islam seharusnya sensitif dengan isu seperti ini. ”

    Apakah yang dimaksudkah dengan kenyataan ini dan mengapa umat Islam harus sensitif dengan isu seperti ini?

    3.
    “Adalah dimaklumkan, tindakan seperti ini jelas menghina Islam dan mereka berbangga dengan aktiviti yang mereka jalankan. ”

    Bagaimanakah aktiviti ini menghina Islam?

    4.
    “Sedarlah wahai saudara Islamku, ketika mereka melakukan kerja untuk menjatuhkan Islam, apakah yang sedang kita lakukan kini? Adakah kita pernah terfikir?”

    Siapakah yang sedang melakukan kerja untuk menjatuhkan Islam dan bagaimana?

    Harap mendapat jawapan.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 fikirkan MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 2:14 am

    apa ini cabar cabar ini? Beberapa orang saja yang buat protes ini dianggap ‘jolok sarang tebuan’? Lagipun kalau mereka betul-betulnya bodoh dan tidak tahu apa yang dilaungkan ataupun tidak bertanggungjawab, perlukah kita menggangap ini ‘menjatuhkan islam’ dan perlu bangkit mencabar? Umat Islam seringkali melaungkan ‘islamaphobia’, tetapi reaksi beginilah yang apa-apapun dengan cepatnya dikatakan islam dicabar, yang mengekalkan persepsi ini.
    Adakah kita pernah terfikir? Bagaimana boleh berdialog supaya orang bukan islam boleh memahami islam? Mengapa mereka menganggap hak mereka dicabar? Orang bukan islam juga perlu memahami persepsi umat islam, dan cuba berdialog bersama. Hanya cara yang aman dan pemahaman yang betul boleh dihormati.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Hyper_End MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 6:53 am

    bangang…
    kan allah melaknat perempuan yang menyerupai lelaki…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 yana MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 9:29 am

    kita hanya perlu berdialog dgn org yg cuba utk faham.golongan seperti ini bukan jenis kelompok yg boleh berdialog kerana mereka ini,benda yg simple pun tak leh paham…buang masa.
    ingatlah wahai kaum hawa : Islam memberi nikmat dan penghormatan kepada kaum wanita. Masa zaman jahiliyah dulu..dimana kita? Adui…muka buruk takpe.Jgn perangai buruk. Jgn otak beku.
    :em41:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  5. #5 irsyad MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 11:06 am

    respon kepada sue dara…

    1.
    kesama rataan lelaki dan wanita ada batasnya. Eg; wanita boleh makan, lelaki pn boleh makan.. tapi
    wanita tak leh masuk toilet laki n laki lak xleh masuk toilet wanita. hahaha :em47:
    same gak isunya dalam PEMAKAIAN..

    klu sume same, ape gune Allah ciptakan lelaki dan wanita..Sebab ape ad perbezaan?

    2.
    Umat ISLAM harus sensitif dengan isu ini kerana ianya jelas mencabar Islam itu sendiri. Adakah umat Islam x syngkn agamanya? Klu orang lain terang2 hina agama kamu, x kan x rasa marah kot..hehe

    3.
    Aktiviti ini menghina Islam kerana jelas orang bukan Islam mempersendakan FATWA org Islam.. Siapakah mereka? Siapakah kita nak lawan hukum2 n fatwa2 dari Ulamak. (Klu kita ni setaraf ngan ulamak xpe laa)

    4.
    i. Golongan Islam yang tidak memahami Islam.
    ii. Golongan bukan Islan yang mahu masuk campur dalan hal2 orang Islam.
    bagaimana?
    cam aktiviti yg dorg buat kat ats tu laa. mencabar hukum2 Islam, Melawan Fatwa, etc..

    *mungkin golongan di atas tak leh disalahkan 100%. dalam masa yg sama kita perlu fikir faktor2 yg menyebabkan terjadinya kes seperti di atas.huhu :em52:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Izo AUSTRALIA
    November 12th, 2008 at 1:23 pm

    Sue Dara wrote “Bukan sekadar mencabar fatwa tetapi menyebarkan kefahaman Sister In Islam iaitu hak kesamarataan lelaki dan perempuan yang dilaung-laungkan mereka sebagai satu slogan.”

    Apakah kesamarataan antara lelaki dan perempuan sesuatu yang tidak patut?

    Anda perlu faham kesamarataan/keadilan di dalam islam. Contoh yg dibolehkan:
    Seorang pelajar lelaki diberi RM20,000 untuk menyambung pelajaran. Pelajar perempuan yang ingin sambung belajar pun diberi jugak RM20,000. Ini kesamarataan yang dibolehkan.

    Tetapi di dalam membabitkan hukum-hukum agama yang telap ditetapkan maka kita kena patuh. Contoh di dalam masalah menjadi imam, hanya lelaki boleh jadi imam. Perempuan tak boleh. Tiba2 ada golongan Sister In Islam memperjuangkan kesamarataan antara lelaki dan perempuan. Maka jadinya seperti Aminah Wadud.
    http://www.youtube.com/watch?v=FwJuc4VyXfw
    (difahamkan dia merupakan pendokong SIS)

    banyak lagi contoh2 lain. :em12:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  7. #7 Izo AUSTRALIA
    November 12th, 2008 at 1:39 pm

    Sue Dara wrote “Umat Islam seharusnya sensitif dengan isu seperti ini. ”

    Apakah yang dimaksudkah dengan kenyataan ini dan mengapa umat Islam harus sensitif dengan isu seperti ini?

    Lelaki menyerupai perempuan atau perempuan menyerupai lelaki adalah haram di dalam Islam. Oleh itu setiap orang Islam wajib mematuhinya. Sebab itu apabila terdapat non-muslim yang membantah, ianya telah dikira mancampuri urusan agama Islam dalam menjalankan tanggungjawab terhadap agama.

    Sebagai contoh, sekiranya sami buddha lelaki diprotest kerana tidak boleh berkahwin, dan protest tersebut dilakukan oleh mereka yang bukan penganut agama budhha atas alasan hak kebebasan. Sudah pastinya ia menyebabkan kemarahan penganut agama buddha kerana mereka itu dianggap suci. Begitu jugalah penganut Islam kerana ia adalah kewajipan penganutnya terhadap agama.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Mr. Nice Guy MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 5:28 pm

    pandangan izo dalam respons kepada sue dara amat bernas..tetapi seandainya sue dara perlukan penjelasan lanjut leh emel kepada saya..saya leh terangkan dengan lebih lanjut.
    along_capr@yahoo.com

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  9. #9 EzAM MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 6:26 pm

    isu nie x leh main2…
    :em40: :em40:
    Fatwa dan segi istilah ialah pemberitahuan tentang sesuatu hukum syara’ berdasarkan istinbat yang dilakukan oleh seseorang mufti yang mempunyai kewibawaan Islam untuk memberi jawapan kepada sesuatu kemusykilan, walau bagaimanapun jawapannya itu tidak mengikat. :em05:
    ini bermaksud Fatwa, adalah ajaran agama dan menjadi kewajipannya di sisi Agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa..

    Mungkin perkara ni menjadi isu apabila ramai yang x tau apa dan mengapa fatwa dilaksanakan~ :em31:

    sy setuju Roslan SMS ..Fatwa ni x da kaitan ngan non muslim…
    sy x faham knp Malaysiakini menemuramah penduduk non muslim,??
    salah siapa?? Majlis Fatwa Kebangsaan?? atau pihak media?? atau mungkin juga kita yg tsalah tafsir maksud fatwa… :em28:

    **pelik gak~ kan Fatwa ni utk umat islam~ apasal yg bukan islam terkena sekali tempias nya~~ adakah fatwa kat negara kita melibatkan non muslim?? :em14: atau non muslim sengaja menimbulkan huru hara.?? :em40:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  10. #10 Chem5007 MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 8:15 pm

    Uols…ader tak kat luar sane nak pertikai fatwa Buddha dan Kirstian pulak??… erm! camaner ekk. Agama die kita diam jerk kan… erm! x leh jadik ni.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  11. #11 Chem5007 MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 8:19 pm

    So fatwa buddha yang berarak sepanjang jalan apabila ader kematian..sehingga men’jem’kan jalan..erm! kita x marah pun.. pikirlah sebelum menjaga tepi kain fatwa org lain…haha :em32:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  12. #12 Chem5007 MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 8:21 pm

    lagipun..mengapa mereka nak marah??..dey ols bukan Islam kan dan dey ols x amalkan pun fatwa Islam. Orang Islam sendiri pun x marah, dier pulak sibuk2.. :) cakap kat dey ols..xder isu ker??.. hikhik :em20:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  13. #13 EzAM MALAYSIA
    November 12th, 2008 at 8:35 pm

    dorang x salahfaham~~ sebut jew Tomboi, semua pihak yg berkenaan akan terasa (cubit paha kanan,paha kiri terasa)..x kira la apa bangsa, atau agama…patut terangkan tomboi beragama islam sahaja… :em40: ..
    :em13: No body is perfect..setiap org ada kesilapan gak.. jadi patut tukar perkataan, supaya lebih jelas…
    :em35:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  14. #14 irsyad MALAYSIA
    November 13th, 2008 at 1:04 am

    perghhh…..HOT gle topik ni..
    bagus2..masih ad yg prihatin..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  15. #15 ingintahu MALAYSIA
    December 1st, 2008 at 5:18 pm

    fatwa ni dikeluarakan untuk garis panduan umat islam dalam menjalani kehidupan ini… yg non muslim ni sibuk2 jer psl aper…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  16. #16 Zakirah MALAYSIA
    December 19th, 2008 at 9:02 pm

    Mana2 fatwa memang takde kaitan dgn yg bukan Islam, so non-Muslims, please la, jangan masuk campur. You don’t even learn about Islam, tapi you nak masuk campur. Jangan jadi bodoh sombong. Please respect our religion. We do respect yours anyway. Be fair la. Don’t flare things up when it’s got NOTHING to do with you at all.

    “Stupid Fatwa Everywhere” - this only shows their ignorance. I pity them. Very sad.

    And this comes from the bottom of my heart.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  17. #17 Zakirah MALAYSIA
    December 19th, 2008 at 9:04 pm

    Anyway I think they’ve really crossed the line. Kerajaan should take actions on them.

    Or maybe I’m too mad. That’s why I’m writing like this. *sigh* people…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  18. #18 Izo AUSTRALIA
    December 20th, 2008 at 12:27 am

    Orang yang camnie tak ISA plak? :em28:
    Apa nak jadi ngan kerajaan kita.

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: Wanita « UNITED STATES Trackbacks
  • Leave a Comment
    This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

    • :em45:
    • :em01:
    • :em12:
    • :em29:
    • :em54:
    • :em69:
    • :em67:
    • :em60:
    • :em07:
    • :em03:
    • :em19:
    • :em22:
    • :em28:
    • :em09:
    • :em27:
    • :em10:
    • :em34:
    • :em02:
    • :em43:
    • :em20:
    • :em42:
    • :em62:
    • :em17:
    • :em35:
    • :em55:
    • :em33:
    • :em44:
    • :em04:
    • :em48:
    • :em58:
    • :em47:
    • :em26:
    • :em39:
    • :em32:
    • :em24:
    • :em50:
    • :em61:
    • :em64:
    • :em16:
    • :em63:
    • :em51:
    • :em46:
    • :em18:
    • :em65:
    • :em06:
    • :em25:
    • :em23:
    • :em31:
    • :em15:
    • :em05:
    • :em11:
    • :em38:
    • :em13:
    • :em53:
    • :em71:
    • :em21:
    • :em36:
    • :em56:
    • :em57:
    • :em70:
    • :em37:
    • :em40:
    • :em08:
    • :em66:
    • :em14:
    • :em41:
    • :em52:
    • :em68:
    • :em49:
    • :em30:
    • :em59: