Tindakan Pilih Kasih MBKT Bawa Padah
-
KUALA TERENGGANU: Tindakan sekumpulan 150 pengikut PAS cuba menghalang 40 anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menurunkan bendera parti itu yang dipasang di tempat larangan di Bulatan Batu Enam di sini nyaris mencetuskan pergaduhan.Dalam kejadian pada 11 pagi Selasa itu, kumpulan penyokong PAS kelihatan menyerbu anggota penguatkuasa ketika mereka hendak menurunkan bendera parti yang dipasang di tengah-tengah bulatan dan di kerangka besi.
Malah, sebelum itu, enam anggota penguatkuasa wanita dikejar ketika cuba mencabut bendera parti itu menyebabkan mereka terpaksa menyelamatkan diri dengan menaiki semula kenderaan penguatkuasa.
Keadaan dapat dikawal hasil tindakan pantas sepasukan anggota polis.
Datuk Bandar Datuk Mat Razali Kassim ketika dihubungi berkata bahawa pada 14 Feb lepas, MBKT telahpun mengadakan pertemuan dengan semua parti bagi memaklumkan tentang lokasi-lokasi yang tidak boleh dipasang sebarang bendera dan poster, dan ini termasuk Bulatan Batu Enam, Bulatan Sultan Omar dan Bulatan Ladang kerana dikhuatiri akan mengganggu keselamatan pengguna jala raya.
Katanya mana-mana parti yang telah berbuat demikian diberi tempoh sehingga Isnin malam untuk menurunkan bendera masing-masing tetapi PAS terus berdegil menyebabkan MBKT terpaksa mengambil tindakan.
Via mSTAR Online: Penyokong PAS kejar penguatkuasa wanita MBKT
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
IzoBlog – Menurut berita dari penduduk Terengganu, sebelum ini UMNO sudah pun memasang poster mereka di sana tetapi tiada sebarang tindakan dibuat. Namun setelah PAS memasang poster mereka. MBKT mula buat tindakan. Lantaran itu, penguatkuasa MBKT adakan lari pecut lompat pagar apabila dikejar penyokong PAS. :D Takbir !!!
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











February 20th, 2008 at 7:46 am
Nye buleh nok wat mmain ngan set2 Batu 6. Dulu FRU mari wat kcau time ceramah, ngan FRU sekali kena hambat. :)
February 27th, 2008 at 9:28 am
itu nak kabo org pas ganas mcm yahudi.licik dan tak adat dan perikemanusiaan.undang2 ada tak nak ikut.undang2 sendiri tak pandai ikut.
February 27th, 2008 at 6:09 pm
Antara ganas dan memepertahankan yg hak tu lain bro weh! Yang pasti mempertahankan hak tu adalah wajib… lainla orang yang roboh masjid bujal & rampas tanah rakyat! Tu baru betul² geng yahudi & orang utan… Bro lu cakap mcm nk telan ludah sendiri la, dulu umno cakap demonstrasi bkn budaya konon, last² baru² ni puak² ko jugak yang buat demonstrasi… apa da!
February 27th, 2008 at 7:58 pm
Yang sepak YB Pas kat sidang dun Kelantan tu tak ganas ke?
Atau yang mengamuk ngan Parang kat Marang tu coz marahkan petugas Pas pasang bendera, tak ganas ke?
Atau yang tembak orang kat Batu Buruk tu tak ganas ke?
Maliki..aku tak paham sangat istilah ganas dalam kamus Umno/BN nie. :D
March 6th, 2008 at 1:05 pm
cakap ikut sedap mulut dan tiada fahaman agama la awak ni.polis sendiri yang jaga keselamatan yb pas memang jenis manusia tak bersyukur.sebenarnya masjid itu pas sengaja dirikan atas tanah kerajaan dan tiada kelulusan.pas sengaja cari isu dan sudah agak puhak berkuasa tempatan akan robohkannya dan membuat cerita tak betul.sultan pun pas sanggup hina.ini kan hadis buat sendiri dan kata tuhan itu samseng.bertaubat lah wahai pemerintah pas.anda hampir mendekati ajaran sesat.sesungguhnya Allah maha berkuasa keatas umatnya.
Izo Reply: Yang nie plak bagaimana
http://www.youtube.com/watch?v=7lgDxzobREA
March 6th, 2008 at 1:13 pm
satu lagi pasal polis tembak orang tu yang nama suwandi kan.dia hampir cederakan seorang kanak-kanak.polis itu cuba lindung kanak-kanak dan ibu kanak-kanak tersebut.polis dan tentera dah tolong lindung negara.nak jadikan anwar itu sebagai pemerintah,negara kena jual maruah tergadai.tak pandai fikir ke guna akal fikiran yang Allah bagi.suka sangat bertindak ganas.islam mengajar erti sabar tapi anda penyokong pas langsung tak ada perikemanusiaan.memang orang yang salah tak akan mengaku dirinya salah.tapi hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.bertaubatlah ke jalan yang benar.bawa sahaja parti pas amda ke jalan yang benar.jangan menjadikannya hampir ke arah jalan yang sesat.saya sebenarnya sayangkan saudara seislam kita.kita sepatutnya berganding bahu menentang musuh islam tapi anda memusuhi saudara islam anda semata-mata ingin meraih undi sahaja.kata umno kafir.bukti ada ke atau buat sendiri.ingat, dosa menfitnah lebih besar daripada membunuh.wasalam
Izo Reply: Cuba dengar pula saksi kes Batu Buruk
http://www.youtube.com/watch?v=bGvl_69G1vI
Anda kata pembangkang ganas, yang ini apa kata anda:
http://www.youtube.com/watch?v=uU8a3WtsAR4
http://www.youtube.com/watch?v=rwM1WXXCaRI
http://www.youtube.com/watch?v=1kJTsqJvA6Y
March 6th, 2008 at 1:19 pm
satu lagi ,cari la dalam kamus dewan bahasa dan pustaka istilah ganas.umno tiada terbitkan kamus pun.tengok muka haji hadi tiada sinar langsung.asyik nak marah je.peluk dengan kafitr.salam dengan orang islam sendiri pun tak nak.tapi cara anda pancing undi ni ganas sangat la.sapa la nak pangkah pas kalau perangai manusia jenis ni tak kan berubah.asyik pandai menghasut adalah.jadi duri dalam daging.
Izo Reply: Peluk dan bersalam dgn orang Cina Lelaki salah ke? Cuba datangkan dalil? Jangan pakai ikut sedap mulut jer kata. Jangan buat2 tak nampak yang ini pula:
http://i29.photobucket.com/albums/c280/izo4ever/izoblog/bahankempen/paklahhadhariwa4.jpg
http://www.izoblog.com/isu-semasa/another-five-years-of-same-old-promise
March 6th, 2008 at 1:32 pm
hey bro….
muka ko ader nampak sinar ke…..???
nak cakap org…ko ilmu stakat maner….
kalo laki sama laki salam..
takder masalah kafir ke tak…
yang pak lah hadhari ko tuyg dok pegang pompuan yang bukan muhrim…x per lak…
cam tu rupanya islam had-hari…
sentuh laki sama laki…haram…
sentuh pompuan …halal lak…
boleh masuk syurga hadhari…
biler nak buat upacara pecah tanah???
March 6th, 2008 at 1:36 pm
saya sedih perjuangan anda dalam parti sekarang sudah banyak terpesong.lari dari akidah islam yang sebenarnya.dah la pemimpin anda selalu keluarkan kenyataan yang bertentangan akidah.langsung tak fikir akibat mulut badan binasa.kenyataan selalu mengarut.tapi yang peliklah kenapa anda sokong dan percaya seratus peratus kenyataan pemimpin anda?kenapa tak nilai sendiri kenyataan beliau tu?kenapa harus setuju?kenapa harus bermusuh?kenapa tidak mahu kemajuan dalam islam?kenapa ingin bergaduh?siapa yang mangsa sebenarnya?anda tahu tak ini lah penjajahan yang sebenarnya yang telah berlaku dalam negara.penjajahan minda.minda kita dikawal oleh kenyataan mengarut pemimpin pas.tapi kalau anda ada akal,fikirlah secara logik dan praktikal.dan satu lagi betulah,anda benci keamanan yang di bawa oleh umno yang dahulunya penat lelah memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu.suharto sendiri menentang malaysia di bentuk.ini kan anda yang ingin mewujudkan negara kebajikan yang akan menyebabkan rakyat sengsara.fikir lah secara jauh.jangan sempit sangat.melayu takkan hilang di dunia tapi sanggupkah tengok orang melayu di jajah lagi?jawapan anda pun saya dah tahu.orang umno jahat lah,dengkilah,perompak lah,kata lah awak.alhamdullillah.moga2 Allah memberkati doa anda.sedar lah.diri hampir di jajah badan.inikan minda anda sudah di jajah oleh pemimpin anda yang memperjuangkan untuk kepentingan diri sendiri sahaja.takpe,saya tahu jawapan anda.anda orang yang setia.itu dah bagus kerana hormat orang tua.kalau tak ada polis,motor anda kena curi pun katok orang umno.tak ada askar,bunuh orang umno.jadi nak wujud negara yang tiada undang2?tahniah kepada anda.terima kasih
Izo Reply:
1- Pemimpin kami selalu keluarkan kenyataan yang bertentangan akidah, atau anda yang jahil agama? Maaf yer kasar sikit :)
Yang nie plak apa kes:
http://www.izoblog.com/isu-semasa/khairy-hari-khiamat-hanya-dacing-yang-tinggal
2- Kami sokong 100% peratus bukan membuta-tuli, tapi kami orang2 yang mengkaji dan belajar. Rasululullah ada bersabda:
“Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.
3- Anda kata “anda benci keamanan yang di bawa oleh umno yang dahulunya penat lelah memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu”
Yerker Umno saje yang memperjuangkan kemerdekaan? Jangan sembunyi fakta. Sebagai mengenang perjuangan yang panjang ini, suka saya mengingatkan kembali bahawa kelompok yang pertama bangkit menongkah penjajahan bukanlah golongan nasionalis, sebaliknya para ulamak dan pejuang Islamlah yang terawal menyatakan peri pentingnya kemerdekaan ini. 450 tahun sebelum penubuhan UMNO, para ulamak sejak 1511 telah berjihad untuk mengembalikan kemerdekaan negara. Penglibatan para ulama dari seluruh nusantara seperti Demak, Ceribon, Japara, Champa dan Acheh terpahat dalam sejarah perjuangan untuk membebaskan Melaka.
Nama-nama syuhada’ terkenal seperti Adipati Yunus, Raja Haji Marhum Teluk Ketapang, Sheikh Abdul Samad al-Falembani, Sheikh Mas’ud al- Banjari, dan Tok Janggut semuanya dari kalangan ulamak. Bahkan, pada abad ke-19 penjajah berusaha keras untuk menyekat gerakan kemerdekaan yang dipimpin oleh Sheikh Ahmad Al-Fathoni yang berpusat di Mekah. Daripada kebangkitan di Mekah inilah tumbuhnya kesedaran menyeluruh melalui madrasah-madrasah dan pondok- pondok, kemudian membentuk inteligensia Melayu yang menaja pemikiran pembaharuan yang membawa gagasan kemerdekaan.
Kita tidak mungkin mengenal majalah al-Imam atau Madrasah al- Mashoor jika tidak kerana gerakan ulamak. Pada 1948, semua kesedaran untuk merdeka ini telah bersatu di Maahad Al-Ihya’ as-Syariff, Gunung Semanggol untuk melahirkan Hizbul Muslimin dengan matlamat merdeka dan Darul Islam. Daripada cita-cita Hizbul Muslimin inilah PAS dilahirkan pada 23 Ogos 1951.
Kita juga tidak mungkin boleh melupakan gerakan yang dianggap “kiri” oleh penjajah dalam usaha meniupkan semangat kemerdekaan. Sepertimana sejarah yang tidak boleh dibohongi, buku Memoir Ahmad Boestamam – Merdeka dengan Darah dan Api sepatutnya menjadi khazanah yang perlu didedahkan sebagai fakta dalam usaha para sejarawan kita menulis semula sejarah kemerdekaan negara.
Pada hari ini UMNO bertempik di sana sini bahawa merekalah pejuang sebenar kemerdekaan. Walhal mereka adalah anak didik penjajah yang tidak berani berkata tidak kepada British ketika Natrah dimurtadkan pada 1950. Walaupun UMNO ditubuhkan pada 1946, tetapi merdeka bukanlah matlamat mereka. UMNO dipimpin oleh aristokrat Melayu yang berpendidikan Barat yang berasa terjejas ekoran penyisihan kuasa Raja-raja Melayu dalam Malayan Union. Selepas 1951 iaitu setelah kemasukan bekas-bekas ahli Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), barulah UMNO berani bercakap soal kemerdekaan.
Sudah tentu sebagai anak didik Barat, mereka dicaturkan untuk mengambil alih kepemimpinan negara dari tangan British. Lord Gladstone, bekas Perdana Menteri Inggeris berucap dalam parlimen Britian bahawa ”lambat laun negara-negara yang ditakluk oleh Inggeris akan dimerdekakan tetapi kita perlu pastikan mereka yang mengambilalih kuasa adalah anak didik kita sendiri”. Penjajah tidak mahu kepentingan mereka terjejas jika kemerdekaan ini diserahkan kepada golongan Islamis yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin al-Helmy. Semua golongan yang anti penjajah menganggap Dr Burhanuddin adalah ketua mereka, melainkan pengikut UMNO yang pro penjajah sahaja berketuakan Tunku Abdul Rahman. Bahkan, pengasas UMNO, Dato’ Onn Jaafar sendiri menerima Dr Burhanuddin sebagai ketua rakyat Tanah Melayu dalam merangka kemerdekaan.
Malangnya, di bawah pemerintahan UMNO, setelah 50 tahun Tanah Melayu merdeka, kemerdekaan ini tidak diisi dengan falsafah negara- bangsa merdeka yang sebenar. Orang-orang Melayu sebagai peribumi asal semakin terpinggir, tidak menguasai budaya dan kekayaan negara, merempat di negara sendiri dan terjebak dalam pelbagai kancah kebejatan sosial, bahkan lebih teruk daripada ketika di bawah penjajahan.
Walaupun secara fizikal, wujudnya pembangunan yang dibangga- banggakan, tetapi ia tidak memberi apa-apa erti kerana jiwa dan pemikiran rakyat terus dipenjara dalam sistem demokrasi yang berbau kuku besi oleh UMNO/ BN. Keretapi laju dan bangunan mencakar langit hanya kosmetik di sebalik kerakusan pemimpin BN menindas dan menzalimi rakyat. Allah SWT memberi kita ingatan tentang pembangunan yang lompang nilai dalam firman-Nya:
“Tidakkah engkau (wahai Muhammad) perhatikan, bagaimana Tuhanmu melakukan terhadap Kaum ‘Add (yang kufur). Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan yang tinggi tiangnya. Yang belum pernah dibina sepertinya (besar dan kukuh) di mana-mana negeri (pada zamannya). Dan (terhadap) Kaum Tsamud yang memahat batu-batu besar di lembah. Dan(terhadap) Firaun yang menguasai bangunan- bangunan yang kukuh. (Semua itu adalah) orang-orang yang bermahajaralela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri itu. Dengan demikian, Allah mencurahkan ke atas mereka pelbagai paluan azab”. (Surah Al-Fajr: 6-13 )
March 6th, 2008 at 1:38 pm
saya tahu kamu yang sebar gambar itu.kita orang siber tahu la.
March 6th, 2008 at 2:21 pm
Anda orang siber, saya pun orang siber ;)
March 7th, 2008 at 2:28 am
Tuan Guru Kata: “Minda yang waras takkan menolak kebenaran!” Sedarlah Bro… Ambe dpt agak Bro ni “cyber troppers” umno nih! Izo & saing² BA kita pakat jgn layan sgt org² upahan gining.
March 9th, 2008 at 9:12 am
kena layan jugak.apa yang kamu nak sebenarnya?apa yang tak puas hati sangat.dah tahu perjuangan awak agak bertentangan,kenapa tak ubah strategi perjuangan awak.saya kesian jugak kat awak semua ni.kenapa percaya sangat hal pengundi hantu ni.kan diorang pengundi berdaftar.rakyat malaysia yang berhak.orang semua nak negara aman.tapi awak cakap macam ulamak,tapi perangai langsung tak macam ulamak.bertempik sana sini.saya akui memang umno macam tu jugak.tapi kenapa harus ikut.saya tahu tulisan saya ni agak biol ckit.tapi cuma nak tahu maksud perjuangan negara kebajikan ni.nak buat apa dengan negara yang dah aman ni.kalau saudara la kerja kat luar dari kelantan atau terengganu katakan.balik kampung nak mengundi kampung sendiri,kira pengundi hantu ke?yang pergi katak ke bas orang,ambik kad pengenalan orang,nak jadi apa?tak ada masalah tapi cari masalah.asal menang buat demontrasi.baik duk rumah tidur lena dengan aman.tapi saudara langsung tak sedar kita aman pasal apa.kalau askar tak jaga sempadan?kalau polis tak tangkap orang bersalah?kalau jalan raya tak di buat?kalau malaysia tak di kenali dunia?kalau pelancong tak datang untuk stabil kan ekonomi?tapi emosi memakan diri.perjuangan yang belum tentu membawa kebaikan pada orang lain tapi yang pasti negara aman sejahtera.rakyat dapat makan sedap.ada duit derma ke negara yang memerlukan.satu lagi masjid kristal ni.boleh sembahyang.nak sembahyang jumaat macam mana penduduk tetap tiada di pulau wan man.masjid untuk pengunjung.kalau tak nak sembahyang kat situ pun,tak payah bising la nak samakan masjid dengan jin.rumah Allah tu kan.kan ada dalam islam ada jugak masjid tak digunakan untuk jumaat.masjid kat kampung kan ada.apa susah.dah runtuh konon kamu kata masjid kat kemaman.kan dah ada balik.buat kat tanah orang.doh la mat sabu mulut jahat.nasib baik kalah cni.
March 9th, 2008 at 9:22 am
emo jer Bro…takperlah baru hilang 5 negeri. Tunggu lima tahun lagi pupus terus BN di Malaysia. :D
March 9th, 2008 at 9:23 am
panjangnya ayat.marah ke?rusuhan banyak bos.kenapa ni bos.sedarlah woi!!!!!!!!!!!!!bangun tidur!!!!!mimpi apa benda lagi yang dok puas hati?ingat puak mu tu baik sangat?!!dok tahu benda!!sedar lah untuk anak2 mu gok kekgi.biar gok orang lain yang nak keamanan dapat hidup selesa.yang mu nak buat musnah na buat benda!!!!!!!!!!!dok sedar diri lagi.orang kabo sekadar nak sedar ke mu.tapi kepala saudara sekalian nampaknya kena membus doh.dok rok cetong doh mu.bye
March 9th, 2008 at 9:24 am
kalau pupus nampaknya malaysia kena jual la.bagus perjuangan awak.
March 9th, 2008 at 9:26 am
Nak jual ape…pembangkangkan ada :D
Yang jadi negara kena jual coz BN yang memerintah.
March 9th, 2008 at 9:29 am
we only want peace and calm.harmony too.you guys don’t get it huh?sellfish…think what you want and get after what u got.nothing peacefull man.just war beyween us.so long.goodbye.i really like u know.u just don’t wake up.so long……
March 9th, 2008 at 9:32 am
Di Kelantan, dah 18 tahun lebih Pas memerintah, takde rusuhan pun. Malah Pas masih lagi meneruskan pemerintahan. Yang jadi rusuhan coz ada yang mencetuskan provokasi…saper lagi kalau bukan parti *tuuut* :D
Pastu m’p'gunakan plak polis ngan FRU
March 9th, 2008 at 9:33 am
ikut mu lah.dok sedar doh kami yang berjuang untuk tanah air ini sahaja yang sedar.saya tentera.saya susahnya nak jaga negara sekarang.assalamualaikum….
March 9th, 2008 at 1:09 pm
No matter what, Tuan Guru Nik Aziz has won and conquered the Kelantan. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Allah swt, the Almighty is always near those people who’re patience in overcoming all kind of tribulations. And these are the result that being shown. We have to fight for the rights and we must stand for it all because of Allah. I was smiling from ear to ear after watching channelnewsasia. Well, I’m not trying to boast around or what but this is base on fact. ;)
March 9th, 2008 at 1:14 pm
Ini adalah pengajaran. Lain kali jangan cakap takabbur, ingin “Sapu Bersih di Kelantan”. Ini semua kan urusan Allah swt. Perancangan manusia lain, Ketentuan Allah jualah yang sebenar-benarnya. ;)
March 9th, 2008 at 2:24 pm
Sellfish?? :shock:
Sellfish = jual ikan
Kalau Selfish = baru penting diri sendiri
Cakap Melayu lebih manis dan lebih elok dibaca. Kalau Bahasa Inggerisnya ikut emosi jadi tidak tersusun dan berlainan makna. Takut jadi bahan tertawa orang yang membaca. ;)
March 10th, 2008 at 3:48 pm
muslimah.u bad girl.we dont care about that.they dont want peace so just let it be girl.u are get out!!!!!
March 10th, 2008 at 6:25 pm
Urm… Seems that you’re too emo pink. You may call me any names you wanna cuz I don’t mind at all. :mrgreen:
March 15th, 2008 at 1:11 am
what should i care about that.emo or what u think i’m elmo?just face that.i read about that soldier man.u dont ever know how hard him to make peace to our malaysia.u just think of your self.dont care any feeling at all.Poor u.just get wrong turn.u have 2 admit it.selamat,aman,makmur.apa benda yang salahnya menifesto tu.saham hampir jatuh.asal pas dapat memerintah dengan baik sudah.kawan saya orang terengganu dah rasa menderita dulu.tengok menang je di selangor terus bakar tadika.terengganu apa kurangnya.yang pergi halau budak tadika apa ke hal.eh…bodoh betul kerja.budak2 tahu apa politik.buat jadi mangsa pulak.sedarlah muslimah.jangan buat perkara yang merugi diri sendiri.memang kita tak sedar.dosa pahala tangan tuhan.yang kau kata balasan kat kelantan?eh!kau tuhan ke yang sedap je jatuh hukuman tu.dah orang kelantan tak nak kepimpinan bn biarlah.saya sebenarnya dulu orang puteri pas jugak.tapi saya ada akal nak berfikir.saya keluar dari parti tu.tak ada guna la.saya tak nak tengok negara kita jadi macam palestin.itu yang negara musuh malaysia nak.melayu tidak bersatu padu.kat pulau pinang melayu hampir menjadi mangsa dah.perak saya harap tak.saya cuma bagi peringatan sahaja.parti pas perlu pembaharuan.bukan cakap mengarut sahaja.dan bertindak macam pihak berkuasa.rampas ic orang.baling batu orang nak mengundi.itu islam yang ajar ke?saya dulu pernah baca harakah.pas buat doa sendiri suruh bulan gelapkan mata orang bn.sedih betul saya dengar.macam ajaran ayah pin.ha…ha…ha…
March 15th, 2008 at 1:24 am
pink.bagus.betul jugak cakap awak.pas nak kerajaan campuran dengan dap dengan keadilan.tahu kenapa wujud keadilan.anwar nak keadilan untuk dia sahaja.anwar di katakan boleh membahaya malaysia sekarang.dap memang macam komunis.nak hapus kan ekonomi orang melayu.saya terbaca akhbar hari tu.nik aziz sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk hapuskan bn.teruk betul la.tapi tak mungkin dia buat la.dia cuma kata walaupun dengan syaitan.nak menurun ke macam tok bomoh?macam2 lah.dah tak ada kesedaran dah.harap dia bertaubat percakapan dia tu.dan henti buat spekulasi yang mengelirukan umat islam yang lain.umpat dibolehkan,kata orang boleh,dulu paling mengarut.perempuan hodoh kahwin dengan yang lelaki kaya.cantik pulak kahwin dengan yang miskin.tapi dah lama dah kan.tapi saya teringat lagi dan rasa kelakar kenyataan dia tu.jodoh di tuhan bukan di tangan bapak!
March 15th, 2008 at 1:27 am
tak tahu pulak yang tu.mungkin saya masih kecil lagi.saya bergaduh dengan muslimah tadi.bukan sedih,geram diaorang ni.dah tak perlu nasihat dah.
March 15th, 2008 at 1:30 am
sudah lah tu pink.tak payah ambil hal lah.diorang nak kata apa itu diorang punya suka.ada kebebasan kan untuk bersuara.jangan di layan sangat.buat sakit hati adalah kan.saya dah malas nak bergaduh.itu bukan budaya kita sebenarnya.biar kan diorang.okay.assalamualaikum w.b.t….
March 15th, 2008 at 1:32 am
waalaikumussalam….baik.saya tak nak layan dah pun.buat sakit hati je.bye
March 15th, 2008 at 2:32 am
Just nak bertanya:
tengok menang je di selangor terus bakar tadika
Uish bakar.. yer ker? Bahaya tu. Tapi ada bukti ke? Jangan buat tuduhan melulu. Saya pun boleh kata yang membakarnya itu puak2 Umno coz mereka cemburu tak dapat menang di Selangor. Saja nak buat kecoh biar nampak Barisan Rakyat nie teruk. Leh datangkan bukti yang itu memang daripada PAS/PKR? Setakat pakai baju PAS/PKR tu sape2 pun boleh beli.
terengganu apa kurangnya.yang pergi halau budak tadika apa ke hal
Boleh tak datangkan bukti? Saya dapat maklumat itu hanya gimik puak2 Umno masa tu.
http://www.izoblog.com/isu-semasa/rakyat-ditipu-video-halau-tadika-kemas-adalah-lakonan-sahaja
saya sebenarnya dulu orang puteri pas
Nie ambe musykil :em49: Biler pulak Pas tubuhkan Puteri Pas? Puteri Umno adalah. Dalam Pas takde. Yang ada hanyalah Muslimat Pas.
saya tak nak tengok negara kita jadi macam palestin
Inilah coz terlalu dimanjakan dengan berita RTM dan TV3 “Ini bukan budaya kita”. Rakyat Palestin berjihad di jalan Allah. Sebenarnyanya itu bukan budaya Umno :em66: . Itu budaya orang Islam yang beriman. Cian kat Palestin..
dan bertindak macam pihak berkuasa.rampas ic orang.baling batu orang nak mengundi.
Mereka rampas yang hantu punya IC. Rancangannya lepas abis waktu mengundi bagi balik. Tapi polis datang wat hal. Ingat orang tak cam ke ada Indo(kununnya Melayu) yang menyamar, ada bangla(kununnya orang India) dan ada jugak pelajar2 luar yang turut turun mengundi. Kita tak kesah jika mereka betul2 orang Ganu. Tak kirelah mereka nak undi apapun. Itu hak mereka. Ini orang luar. Ibubapa ngundi di Selangor anak ngundi di Ganu. Pelik tu. Tgk gaya pun cam orang baru..nak pergi sekolah tmpt buang undi pon tak kenal.
Di Ganu semua tmpt yang ada rusuhan Pas menang. Rusila, Bukit Payung, Manir dll. Yang takde rusuhan semuanya kalah. Hantu dapat masuk. Kalau takde yang provokasi tak mungkin ada rusuhan. Lebih2 lagi nampak sangat polis dipergunakan.
dulu paling mengarut.perempuan hodoh kahwin dengan yang lelaki kaya.cantik pulak kahwin dengan yang miskin.tapi dah lama dah kan.tapi saya teringat lagi dan rasa kelakar kenyataan dia tu.jodoh di tuhan bukan di tangan bapak!
Saya ada dengar kenyataan Tuk Guru berkenaan ini. Takde salahnya kata2 dia. Mungkin anda yang tak faham.
dan henti buat spekulasi yang mengelirukan umat islam yang lain.umpat dibolehkan,kata orang boleh
Ish..ish..ish..part nie yang aku paling sedih. Bile yang takde ilmu mahu cuba menegur ulama’.
Rujuk pendapat 2 ulama besar Imam Ghazali di dalam buku Bimbingan Mukminin, dan Imam Yusuf Qardhawi didalam buku Halal Dan Haram Dalam Islam. Anda boleh rujuk kitab2 tersebut. Jangan asal yang pelik sikit pada fikiran kita tak betul. Sebenarnya kita tak belajar, bukan perkara tu tak betul.
March 15th, 2008 at 6:16 am
Izo ambe igt bro, pink, sedih ni orang yang sama je… guna nama lain²… biase lah cyber troppers upahan umno… jangan layan sangat. Pejuang konon, sedihnya ambe kat depa nih… Anak² penjajah nak bercakap pasal perjuangan… please!
March 15th, 2008 at 8:32 am
Pink… are trying to tell me those thing without any evidence to it? U’ve been talking about PAS this and that. But I don’t see any evidence to it. I guess the same way as Maliki. Why? Because the way u and bro spoke English is very similar. Wanna deny it? Please don’t be too emotional ok. You’re just an army in Malaysian. Not even in Palestina or Iraq there. Are you telling me u wanna cry here? Oops :em42: Sorry Pinkiesh. I though u’re bro. :em32:
March 15th, 2008 at 8:43 am
To the owner of this blog, I’m so sorry if you find my words harsh here. Oh ya, to Pinkiesh, don’t be too angry. They have the rights to make the right choices. It’s ok for the Opposition Party to win this year. :em69: So that those from BN party will open their eyes wider. Is time for them to wake up and stop being a Liar anymore. Even though I stayed and studied in Singapore doesn’t mean I can’t give any feedback or any comment about this topic. Urm, FYI I’m from Jay Bee. So, I’m gonna give a comment base on fact. I guess, you’re the right person to make any decision for me to get out. I’m not sure where to. (As what you mean) :em42: Oops! Not again. Sorry.
March 15th, 2008 at 8:45 am
Oops! :em42: I miss something… You’re NOT the Right Person to make any decision for me to get out. Get it Ms/Mr Pinkiesh? :em21:
March 15th, 2008 at 8:49 am
Tujuan bukan ingin memberi komen yang membina atau ikhlas tetapi tujuan nak torture orang lain. Tidakkah begitu? :em12:
March 15th, 2008 at 9:12 am
Dah tu bijak pula tu berlakon. :em62:
January 15th, 2010 at 10:06 am
kenapa tok guru benarkan orang kristian pakai Allah dalam akhbar diorang sedangkan ramai orang pas menentang?
January 15th, 2010 at 10:07 am
sedihnya :em10:
January 15th, 2010 at 10:21 am
apa motif tok guru tu sebenarnya.tak fahamlah.sanggup jugak dia kata Allah itu samseng.doakan orang lain dapat bala.dalam islam tak pernah di ajar sebegitu.sedangkan Nabi Muhammad S.A.W bangun beri penghormatan kepada orang yahudi yang telah mati ni kan orang yang masih hidup dan mempunyai pemikiran yang berbeza.politik banyak permainan kotor dalam kehidupan.baik pas mahupun umno.semua mahukan kepentingan masing-masing.tak boleh nak bersatu padu nak amankan negara malaysia.tak senang duduk tengok orang bahagia.bila kemarahan memuncak kadang-kadang harta benda awam rosak.diri tergadai dan habiskan wang ringgit untuk benda yang tak berfaedah.tapi kalau dilihat perjuangan keAdilan seperti untuk adil seorang diri sahaja.tapi orang lain jadi mangsa keadaan.sanggup ke mana sahaja anak bini tergadai,sampai yang sanggup buang anak kerana tak ikut parti yang mak ayah ikuti.dunia yang semakin berusia bumi yang semakin panas dan berkembang dan akhirat semakin menghampiri.semua nak kan keamanan.tapi tak pandai mencari keamanan.fitnah berleluasa.meracuni pemikiran dan yang paling hebat menjadi batu api nak tengok bangsi bertelagah.bangsa lain bertepuk tangan tengok melayu paling bodoh diperbodohkan bila setiap kali rusuhan parti,orang melayu lah yang paling ramai.yang lain tunggu peluang jadi macam hitler je.jerman tergadai dek penangan orang yang gila kuasa hingga ramai rakyat yang tergadai nyawa.salam
January 15th, 2010 at 10:32 am
jerman.hitler.sory mimi.i tak sanggup tengok.malaysia yang kita duduk ni dah aman dah.alhamdullillah.cukup apa yang ada dan sejahtera je bumi malaysia ni.palestin pun.kalau yang jenis batu api tu tak tahu lah apa yang terjadi jika malaysia tergadai.baru nak menyesal jika bumi kita bergolak.ahli keluarga terbunuh dek peperangan akibat mulut orang kita sendiri yang tak sayang mulut.mulut lebih tajam daripada pedang.syaitan dah berjanji akan menghasut anak adam sampai hari kiamat.kita berdoa je lah agar malaysia aman makmur dan semua kaum bersatu padu.dan bab islam agama kita.sampai ke titisan darah terakhir saya perjuangkan.