Tragedi Batu Buruk: SU Politik PM Dalangnya!
-
Oleh Intan Abdullah
HarakahdailyInsiden berdarah di Pantai Batu Buruk 8 September lalu adalah hasil konspirasi jahat dan provokasi pihak polis yang dipergunakan oleh Umno-BN. Maklumat tersebut disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustapa Ali dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut tengahari ini.
Jelasnya, beliau mendapat maklumat daripada Adun Wakaf Mempelam, Abdul Wahid Endut yang menyatakan bahawa terdapat saksi yang telah menyatakan bahawa ia adalah ‘pre-plan’ yang melibatkan antara Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Dato’ Wan Farid, Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Wan Hisham.“Maklumat tersebut menyebutkan bahawa kira-kira jam 3 hingga 4 petang pada 8 September lalu, sewaktu satu kursus diadakan, seorang polis yang mengendalikan kursus tersebut telah menerima satu panggilan yang memaklumkan bahawa satu ‘huru-hara’ akan berlaku menjelang malam nanti di pantai Batu Buruk dan pegawai polis bertugas yang tidak beruniform dikehendaki memastikan identiti dengan memakai riben,” jelasnya.
“Jika fakta ini dipertikaikan, dia boleh soal siasat saya,” ujarnya menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kenyataan tersebut.
Polis roboh pentas bila tuan rumah tiada
Menceritakan kronologi kejadian tersebut, ujar Mustapa oleh kerana ia adalah ‘pre-plan’ atau usaha terancang, pihak polis telah bertindak berjumpa dengan tuan rumah yang menjadi premis ceramah Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk memujuk tuan rumah agar tidak membenarkan pihak Bersih mengadakan ceramah pada malam itu.
Tuan rumah tersebut diminta untuk menandatangani sepucuk surat pada 7 September yang tidak mengizinkan Bersih meneruskan hasrat mereka.
Namun, tuan rumah yang enggan berbuat demikian menyatakan bahawa rumahnya adalah premis tetap pembangkang mengadakan ceramah sejak tahun 1990-an lagi.
Polis telah meneruskan usaha yang sama pada keesokan harinya, 8 September jam 3 petang namun usaha mereka gagal.
Dua jam kemudian, pihak polis telah datang ke rumah tersebut sewaktu ketiadaan tuan rumah lalu bertindak merobohkan pentas ceramah yang akan diadakan ceramah malam nanti.
Ujarnya, penganjur telah membuat rayuan untuk meneruskan ceramah, dan telah dipanggil untuk berunding pada jam 5 petang, tetapi mereka tetap tidak memberikan kelulusan.
Pada jam 9 malam, Yang DiPertua Kawasan Batu Buruk, Abdul Wahid Endut telah menghubungi Ketua Polis Terengganu untuk merayu agar membenarkan ceramah tersebut diteruskan namun gagal.
Kemudian pada jam 9.40 malam beliau bersama-sama pemimpin Bersih telah pergi ke rumah tersebut bagi menjelaskan kedudukan sebenar status ceramah tersebut kepada tuan rumah, tetapi mereka telah dihalang dari masuk ke kawasan rumah terbabit.
Tembak membabi buta
Setelah perbincangan dibuat, polis masih tetap berkeras untuk tidak memberikan keizinan kepada pihak penganjur di saat orang ramai telah berhimpun kira-kira setengah kilometer dari tempat kejadian.
Kemudian, FRU mula menembak ‘water cannon’ dan gas pemedih mata secara membabi buta ke arah orang awam yang berterusan hingga jam 1.30 pagi.
Salah seorang anggota polis yang tidak beruniform didapati telah melepaskan beberapa das tembakan di tengah-tengah orang awam, dan telah terkena kepada Suwandi Abdul Ghani, 37, yang menembusi paru-parunya, serta Muhammad Azamn Aziz, 21, yang terkena pada lehernya.Sementara itu, pihak polis juga telah bertindak menangkap beberapa pimpinan PAS yang dimulai oleh Exco PAS Terengganu yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Haji Shukrimun.
Orang awam yang turun bagi menghadiri ceramah tersebut juga cuba menangkap pegawai polis yang tidak beruniform setelah menyedari kehadiran dan tindakan mereka yang mencurigakan.
Dalam keadaan yang tidak terkawal tersebut, polis telah berjaya menangkap 23 orang awam, berpuluh-puluh orang awam telah tercedera dan empat parah.
Mustapa kesal dengan perancangan yang dibuat oleh polis dan Umno-BN mencetuskan provokasi yang menyebabkan kekecohan terjadi.
Bahkan beliau percaya terdapat campurtangan Umno kerana ada pihak yang melihat ada beberapa ‘orang yang tidak dikenali’ muncul setelah kejadian tersebut membawa bendera Umno serta membakarnya.
“Kemudian, mereka menuduh pembangkang yang mencetuskan provokasi tersebut disebabkan adegan membakar bendera tersebut,” katanya tegas.
Terdapat tiga orang wartawan yang ditangkap serta semua jurugambar juga dirampas kamera mereka.
“Sebab itu kita lihat hampir semua akhbar menyiarkan gambar yang sama, kerana sumber maklumat serta gambar itu adalah daripada polis yang bertugas, bukan daripada wartawan dan jurugambar yang bertugas,” tegasnya lagi.
PAS tubuh ‘legal team, hantar memorandum pada Suhakam
Ini adalah kali pertama pihak polis menggunakan peluru hidup dalam majlis ceramah bagi menyuraikan orang ramai yang hadir dan bertentangan dengan prosedur polis.
Katanya, PAS juga telah membuat laporan polis bagi pihak mangsa yang ditembak.
Beliau menyerahkan tugasan untuk menyiasat kejadian tersebut kepada pasukan ‘legal team’ yang diketuai oleh AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin
PAS juga ujarnya, akan mengemukakan satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam), Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Terengganu berhubung insiden tersebut.
Sidang media yang diadakan bertujuan memperbetulkan maklumat yang telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik yang menyatakan bahawa pembangkang telah bertindak.
Sidang yang dipengerusikan oleh AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman dimulai dengan penjelasan Dato’ Mustapa Ali yang diikuti oleh kenyataan beberapa pimpinan Barisan Alternatif lain iaitu, Setiausaha Agung Keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim; Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Arutchelvan; Jurucakap Bersih, Ronnie Liu; Ahli Parlimen Seputeh, Theresa Kok dan Jurucakap Suaram, Yap Swee Seng.
Dalam sidang tersebut, beliau menyatakan kebimbangan terhadap orang ramai yang telah mempunyai persepsi buruk kepada penganjur iaitu PAS sebagai tuan rumah yang mengadakan program Bersih ini sebagai tidak melakukan proses yang sepatutnya menurut undang-undang.
“PAS telah mengemukakan permohonan untuk mengadakan program tersebut berdasarkan bukti surat yang bertarikh 30 Ogos,” ujarnya sambil menunjukkan lampiran surat yang dikemukakan.
Pihak polis ujarnya menjawab permohonan tersebut, bahawa ia tidak diluluskan pada 6 September yang lalu kerana semua alasan ini tidak boleh diterima kerana ia tidak benar.
Turut hadir, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaafar; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Anuar Tahir; Dato’ Abu Bakar Chik; Dr Dzulkifli Ahmad; Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar; Sekretariat Bersih, Faizal Mustafa; Hanipa Maidin dan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin.
Sidang media kira-kira dua jam tersebut mendapat liputan yang meluas daripada seluruh media serta pegawai-pegawai polis yang diarahkan datang bertugas untuk mendapatkan maklumat. – mks.
Berita LainSidang media penjelasan keganasan Polis di Batu Buruk
Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan sidang media khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini pada jam 1 petang hari ini bagi menerangkan insiden serangan/ keganasan polis yang berlaku di Batu Buruk,Terengganu sabtu lalu.
klik sini
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.









September 11th, 2007 at 8:45 am
waa, ini lagi satu versi cerita.. special edition ke? harap2 berjaya lah usaha hangpa smua untuk buat org percaya cerita ni. makin lama org anggap pas ni tak berwibawa, kalau time kes macam ni pun boleh ada mcm2 cerita berlainan dikalangan pengikut hangpa sendiri. kalau semalam hangpa menafikan itu bukan ceramah pembangkang, tp ceramah ugama, hari ni kluaq pula media statement mengatakan ceramah pembangkang, siap nyatakan lagi itu markas tetap pembangkang. kalau dah lagu tu awat nak nafikan sebelum ni, cakap je la terus terang itu ceramah pembangkang, tak rugi pun. bila jadi mcm ni kan problem beb. bersihkan imej pas seblum org ramai langsung tak percaya pada pas lagi. kalau nak aku pangkah bulan la hahaha.. kalau tak nak kluaq mengundi pun malas, duk rumah tido best.
September 11th, 2007 at 10:53 am
Jangan salahkan PAS sahaja. Kalau dah segala-galanya asyik ditekan oleh UMNO, buat ini tak boleh, buat yang itu pun tak boleh, permit ditarik, masjid dirobohkan dan dll. Ibarat dipermain-mainkan. Kalau UMNO terus begini, tidak teragak-agak lagilah Semangat macam OSAMA BIN LADIN pun boleh timbul di Malaysia ni. Pada masa itu, jawablah kamu yang anti Menegakkan Islam yang sebenar. Apalah guna hidup dalam kemewahan tetapi anak-anak gadisnya hilang malu. Mundurnya sesebuah negeri itu apabila wanita di dalamnya masih lagi ramai yang tidak menutup aurat. Jadi, dimanakah kemajuannya jika akhlak makin mundur? Jadi dari mana datangnya Barakah dari Allah?
Kalau nak beri komen janganlah ikut emosi. Ikutlah akal fikiran yang diberi. Dari bahasa yang digunakan, orang lain dapat menilai bahawa orang itu berilmu atau pun tidak. Janganlah nak menang sahaja yer… ;)
September 11th, 2007 at 12:27 pm
ahaks, beremosikah aku? semua komen aku ada marah ke? lagi nak tergelak ada la tgk gelagat hangpa smua. kelam kabut nak cover imej pas bila pengikut buat hal.
aku nak tanya la kan, apa guna ceramah serata tempat, dan dlm masa yang sama anak2 muda berkeliaran kat tempat lain, takde pulak korang pegi berdakwah kat sana. sbb apa? sbb korang hanya berminat utk bermain politik, tp taknak berusaha membanteras maksiat.
aku mmg dgr mcm2 cerita dari pantai timur ni, masjid kena roboh la, apa la. tp kat sini ok je, bukan roboh, tapi berlambak2 masjid dibina. cuma jemaahnya je yg kurang. dan kalau betul anda memperjuangkan islam, apa usaha anda utk membawa umat islam kembali beribadah di masjid, buat ceramah utk kutuk kerajaan, itu je lah. ingat, kita perlu beragama dlm berpolitik, tp bukan mempolitikkan agama. dan kalau betul berlandaskan agama, takkan ada satu umpatan pun dalam ceramah2 anda. ditegaskan, sepatutnya TAKKAN ada kata mengata, apatah lagi lain2. yang dtg malam tu pun mat sabu, sape tak kenal, satu malaysia popular mengalahkan PM hahaha.
tak baik woo tuduh org anti-menegakkan agama. anda yakin ke saya menentang menegakkan agama? pernah kah saya kata saya tak suka org yang memperjuangkan agama, saya tak ingat apa saya post sebelum ni, kalau ada saudari boleh tunjukkan ayat tersebut yang mana saya yakin takkan ada.
September 11th, 2007 at 12:50 pm
Saya ada cakap ceramah agama ke? Check balik ler…
Saya cakap ceramah anjuran BERSIH untuk ketelusan pilihanraya.
September 11th, 2007 at 1:14 pm
Yer ker PAS tak berwibawa? Masa HIMPIT dibuat di Ruslia baru2 nie 26 ekor lembu dikorban kan tapi masih ramai yg tak dapat makan tgh hari aritu tu. Kalau PAS tak berwibawa mesti takde org yg nak dtg kan ;)
Kamu baper ringgit UMNO bayar hehehe :D
September 12th, 2007 at 8:34 am
ada ke ckp umno byr aku. buat apa umno nak bayar aku. lain la aku tolong berkempen utk dia ke. takde untung apa2 pun umno nak bayar aku. tp kalau dia nak bayar ok jgk. baru 26ekor pun bangga, bnyk sgt ke tuh. bagi korang bnyk giler2 lah tu hahaha.. sblum ni mmg takde org pnh buat korban lebih dari 26ekor ek, knp hangpa tak apply masuk malaysia book of records wakakaka..
September 14th, 2007 at 4:28 pm
mula2 ckp2 kosong…
pas tu tuduh-menuduh…
itu dah dikira fitnah…
x ke dosa tu…
September 16th, 2007 at 9:25 am
assalamualaikum ditujukan khas kpd matKdh…
matKdh…aku harap ko baiki sket gaya bahasa ko? nampak sangat kurang profesional..
September 18th, 2007 at 5:27 pm
Lelaki..
Jika itu tuduhan bermakna si penuduh itu boleh didakwa. Kenapa kerajaan tidak berani mendakwa Dato’ Mustafa Ali? Atau takut terbuka pekung di dada?
September 18th, 2007 at 5:35 pm
Tak perlu orang lain nak membuktikan percakapan awak tu Matkdh. Baca balik dan teliti bahasa yang awak gunakan dan cara awak memberi komen. Nampak sah sungguh awak tidak bersikap professional malahan awak ikut emosi. Dan dari sudut pandangan saya, awak ada sentuh empunya blog peribadi. Kita bukan persoalkan peribadi Tuan blog ini tetapi kita mempersoalkan Tragedi yang berlaku di Batu Buruk. Tak ke begitu Encik Matkdh? :)