Logo Background RSS

Video Debat Anwar VS Shabery Semalam

28 Comments
  1. #1 Izo MALAYSIA
    July 17th, 2008 at 2:04 am

    Untuk video yang di download, anda perlukan FLV player untuk memainkan video tersebut. Atau boleh jer play dengan Windows Media Player Classic :em19:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 syakrn MALAYSIA
    July 17th, 2008 at 11:20 am

    dah download..tgk berulang-ulang kali. Tak puas rasanya tengok senyuman sinis DSAI..nampak wajah seorang pemimpin yang akan membawa kita menjadi lebih aman dan makmur. Insyallah..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 ayc-bc MALAYSIA
    July 17th, 2008 at 12:13 pm

    aku sokong saberi cik maattttiiiii cepat

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Izo MALAYSIA
    July 17th, 2008 at 2:29 pm

    Datuk Seri Anwar berhujah berdasarkan fakta..mempertahankan hak rakyat. Datuk Ahmad Shabery Cheek berhujah mempertahankan tindakan pemimpin yang korup. Tu beza dia.
    Mungkin sebab ini Anwar ditangkap keesokan harinya. Kerajaan takut pengaruh Anwar. Disebabkan debat tu dah ramai ahli2 Umno terbuka hatinya mahu berjuang bersama Pakatan Rakyat. :em19:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  5. #5 PIN PELETUP MALAYSIA
    July 17th, 2008 at 3:17 pm

    MAK MERTUA AKU YANG UMURNYA DIHABISKAN DENGAN UMNO SELAMA INI BARU TAU UMNO NIH PENIPU….SAMAPAI PAGI DIA DOK KUTUK UMNO….TQ SHABERY CHIK BERJAYA BUAT MAK MERTUA AKU NAMPAK YANG MANA JAHAT YANG MANA BAIK

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Izo MALAYSIA
    July 17th, 2008 at 3:31 pm

    Untung mak mertua ko PIN PELETUP..
    Nenek aku awal2 lagi dah lari masuk dalam bilik time debat ke udara. :em51:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  7. #7 artakus UNITED STATES
    July 17th, 2008 at 11:10 pm

    saberi cik tu asyik serang peribadi DSAI je. Fakta ntah ke mane…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  8. #8 bazlinsya MALAYSIA
    July 18th, 2008 at 12:57 am

    Semua dah blh mana betul n mana salah…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  9. #9 bazlinsya MALAYSIA
    July 18th, 2008 at 12:58 am

    semua dah blh nilai yang mana betul n y mana salah

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  10. #10 EzAM MALAYSIA
    July 18th, 2008 at 12:51 pm

    Datuk Ahmad Shabery Cheek~ hebat tol debat dia… logik gak apa dia ckp tu… :em69:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  11. #11 yayim MALAYSIA
    July 18th, 2008 at 3:36 pm

    hanya yang pekak, buta dan jumud tak akan faham penjelasan dsai. moga perjuangan dsai untuk rakyak akan menjadi mudah. dsai nampak ikhlas dan profesional semasa debat tu…tahniah

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  12. #12 By Nasir MALAYSIA
    July 19th, 2008 at 9:28 am

    Sekarang rakyat sudah nampak siapa sebenarnya negarawan ulung yang sentiasa perjuangkan kesejahteraan rakyat. Apa yang tersirat di sebalik peristiwa Baling, tragedi 1998 dan sekarang ini jelas negara kita sudah terletak di tangan kepimpinan yang salah dan sentiasa memutabelitkan fakta untuk survie. Ya Allah tunjukkan yang mana betul yang mana menyamar!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  13. #13 irsyad MALAYSIA
    July 19th, 2008 at 1:35 pm

    hidup Shabery!..org tranung tu……. :em71:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  14. #14 johnny stanfet MALAYSIA
    July 19th, 2008 at 9:20 pm

    aku heran camne harga minyak di bincangkan oleh para menteri, bagaimana dengan bijakpandai yg ada di malaysia? apa gune ade cendiakawan? harga minyak boleh turun! klu bincang sama2, runding sama2, cari jalan. klu nk harga minyak naik gak, gaji mesti tinggi ckit. cube korang pk, menteri hanya pk org yg ada kete, moto. tp klu org yg xde moto n kete? camne nk idup? jabatan kebajikan boleh bagi 200-450 je. leh idup ke camni? sudah tentu xbole..ape orang miskin nk makan? sedih aku tgk kat bersamamu..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  15. #15 wunk MALAYSIA
    July 20th, 2008 at 1:46 pm

    x dapat tgk debat ritu sepenuhnya. kena sabotaj (tukar chanel pada saat2 akhir). Anyway, tq 4 the video…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  16. #16 wunk MALAYSIA
    July 20th, 2008 at 1:48 pm

    Jakunnya pemimpin itu

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  17. #17 Izo MALAYSIA
    July 20th, 2008 at 2:13 pm

    Sama2 :em47:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  18. #18 halim saad MALAYSIA
    July 22nd, 2008 at 7:57 am

    Siapa pemenang Debat Shabery-Anwar?

    Bashir Ahmad
    16 Julai 2008

    TIADA siapa yang tewas dalam Debat Shabery - Anwar yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 9 malam 15 Julai 2008.

    Kira-kira 200 orang berada di dewan debat. Difahamkan setiap pihak boleh membawa 50 penyokong, manakala yang lain adalah jemputan biasa. Setiap kali pendebat mengemukakan hujah yang dianggap bernas, para penyokongnya akan bersorak. Apa yang berlaku, jumlah sorakan boleh dikatakan hampir sama banyak.

    Pengerusi debat Datuk Johan Jaafar berjaya mengawal ketenteraman dengan memperingatkan pendebat-pendebat sebelum sesi sejam bermula supaya tidak keluar tajuk. Para penyokong pula diminta mengawal emosi kerana sebarang luahan perasaan di luar kawalan akan mengganggu urusan rakaman kerana debat anjuran AgendaDaily itu disiarkan secara langsung oleh TV9, Astro Awani, Bernama TV dan siaran tertangguh TV3.

    Di luar pekarangan Dewan Bahasa, di pintu masuk, kira-kira 30 orang penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdemo memperotes kenaikan harga minyak. Tiada insiden buruk berlaku kerana kehadiran polis sangat ketara. Setiap orang yang memasuki dewan tempat berlangsung debat terpaksa menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum dibenarkan masuk. Hanya pembawa kad jemputan sahaja dibenarkan masuk.

    Sebelum debat bermula, Anwar Ibrahim kelihatan kurang tenang ketika berdiri di belakang rostrum. Entah apa yang difikirkannya selama dua tiga minit. Selepas seketika, barulah beliau kelihatan selesa dengan suasana.

    Shabery Cheek tampak selesa dari mula. Sesiapa yang sebelum ini meragui kemampuan Menteri Penerangan yang baru ini untuk berhadapan dengan Anwar telah membuat kesimpulan yang silap. Barangkali mereka belum mengenali Shabeery. Kini berjuta-juta penonton TV telah mengenali Shabery.

    Shabery boleh bercakap dan berhujah. Jika sebelum ini beliau menyatakan kesediaan untuk disingkir daripada jawatan menteri kabinet jika gagal, jelas sekali bahawa jawatan Menteri Penerangan akan terus kukuh dalam genggamannya. Shabery yakin diri dan Shabery menang!

    Debat ini telah menonjolkan Shabery ke khalayak umum. Beliau semakin terkenal sebagai menteri, ahli politik dan pendebat. Tentu masa depannya dalam UMNO semakin cerah. Bosnya Pak Lah tentu gembira kerana Shabery telah berjaya menyampaikan mesej mengenai kenaikan harga minyak mengikut kacamata kerajaan. Malah Shabery ketika menggulung hujah sempat menyatakan bahawa kehadiran Anwar bersamanya untuk berbahas selama sejam dan buat pertama kali mendapat liputan langsung TV di seluruh negara, adalah bukti kerajaan Pak Lah terbuka.

    Anwar juga tidak kalah. Sejak tahun 1998, bekas Timbalan Perdana Menteri ini tidak pernah mendapat peluang untuk menonjolkan dirinya semula melalui TV. Beliau mendapat kesempatan untuk mengumumkan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, esok harga minyak akan turun sebanyak 50 sen.

    Pemimpin de facto PKR itu bukan sahaja dapat mengumumkan `harga minyak Pakatan Rakyat’ tapi juga dapat menjelaskan bagaimana ia boleh dilakukan tanpa membebankan perbendaharaan negara. Sama ada pendengar boleh menerima penjelasannya, adalah soal lain. Jika anda penyokong pembangkang, sudah pasti anda akan menerima bulat-bulat apa yang Anwar lontarkan. Jika anda penyokong kuat kerajaan, sukar bagi anda untuk menerimanya.

    Untuk mengetahui penjelasan dan hujah siapa yang lebih banyak diterima, kita kena bertanya kepada kumpulan atas pagar.

    Di rumah penulis lalu bertanya kepada isteri yang turut menonton debat itu melalui TV. Si isteri adalah suri rumah sepenuh masa dan belum sekalipun pernah mengundi dalam pilihan raya. Senang cakap, beliau tidak ambil pusing sangat soal politik. Beliau menonton debat itu sampai habis kerana mahu memahami apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kenaikan harga minyak dan penstrukturan semula sibsidi bahan api.

    Penulis yang baru pulang dari Dewan Bahasa dan Pustaka terus bertanya - siapa yang menang?

    Jawab si isteri:“Dua-dua boleh diterima. Ada perkara yang Anwar cakap masuk akal dan Shabery juga begitu.”

    Nampaknya tiada siapa yang kalah. Semua menang.

    Bagi Shabery, debat itu memberikan kemenangan peribadi yang paling besar. Kini semua orang sekarang kenal siapa Shabery Cheek.

    Bagi Anwar, beliau pertama kali sejak sekian lama mendapat peluang untuk bercakap serentak kepada berjuta-juta rakyat Malaysia. Anwar cuba menggunakan kesempatan itu sepenuhnya. Perkataan `rakyat’ yang merupakan klise politiknya diulang berkali-kali.

    “ Jangan susahkan rakyat…kita mesti tolong rakyat.”

    Sasarannya ialah golongan berpendapatan rendah yang dipercayainya menjadi tulang belakang sokongan kepada Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat pada pilihan raya 8 Mac lalu. Beliau cuba memperkukuhkan dirinya dan pengaruh partinya di kalangan golongan berpendapatan rendah yang selalu diistilahkannya sebagai `rakyat’.

    Para penyokong Anwar yang hadir di Dewan Bahasa, boleh dikatakan majoriti orang PKR. Tidak nampak wajah Pas yang dikenali dan tentulah tiada laungan `Allahuakhbar.’

    Anwar juga sempat melaungkan beliau sekali lagi menjadi mangsa fitnah setelah berkali-kali difitnah. Ketika itu kedengaran pekikan “sumpah Quran” dari kelompok penyokong kerajaan. Tidak kurang 10 orang Ahli Parlimen dan Adun UMNO yang hadir. Antara mereka ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dan Khairy Jamaluddin.

    Apabila debat selesai, mereka yang keluar untuk pulang disambut oleh kumpulan demo anak-anak muda PKR yang berbaris di seberang pintu masuk Dewan Bahasa. Mereka berpekik“turunkan harga minyak…Pak Lah berhenti.”

    Buat apalah mereka terus berdemontrasi. Anwar sudah pun diberikan peluang yang sangat luas untuk menuntut penurunan harga minyak dan hujahnya telah didengari berjuta-juta rakyat Malaysia. Demo jalanan membantah kenaikan harga minyak tidak perlu lagi. Anwar dan Pakatan Rakyat perlu membatalkan segala bentuk demo.

    Kalau Pakatan Rakyat terus berdemo, itulah tandanya bahawa mereka jahat kerana menggunakan cara yang keras untuk memaksa orang lain supaya menerima kehendak mereka. Ini tidak demokratik. Suara mereka sudah didengari sejelas-jelasnya. Anwar sudah bercakap ke seluruh negara malam tadi.

    Terpulanglah kepada kerajaan untuk membuat pertimbangan. Jika kerajaan berasa apa yang sedang dilaksanakan adalah betul, maka tiada perubahan akan dilakukan. Sekiranya Anwar dan sekutunya masih tidak puas hati, tunggulah pilihan raya umum akan datang supaya rakyat yang benar-benar membuat keputusan. Jangan terlalu rakus dan gelojoh. Bersabarlah sebagaimana yang Allah tuntut dalam Quran. Jangan cuba mengetepikan takdir Allah. Buruk padahnya. - malaysiaaktif.com

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  19. #19 johnny stanfet MALAYSIA
    July 22nd, 2008 at 9:10 am

    rakyat xleh nk tahan lagi la halim…..internet makin lame makin slow…

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  20. #20 halim saad MALAYSIA
    July 22nd, 2008 at 8:35 pm

    emm.. rupa2nya masih ramai lagi org yg x faham2 ..kata x berpelajaran marah plk. ipta n ipts dah berlambak kat malaysia ni x.. msh x faham2 lagi gn realiti dunia skrg..klu dengar tul2 kata dato, sabree chik 2 tentu u semua faham ..2 lah asyik termakan gula2 anuar 2.. maslah minyak ni kan masalah dunia.global
    x kan bgi free jer..jawab merapu jer..syok sendiri…psl lama x masuk tv cam2 lah..klu cakap kat padang leh lah.
    x payah mimpi lah nak perintah malaysia..
    i fikir semua ni jenis angan2 mat jenin n syok sendiri.. x apalah..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  21. #21 Izo MALAYSIA
    July 22nd, 2008 at 9:35 pm

    Btol tu halim saad….rakyat Malaysia semuanya tak faham. Mudah ditipu oleh Anwar. Pasal tu ramai yang terpengaruh dengan Anwar. Kesian yer…yang terpengaruh dengan Anwar tu bukan calang2 orang..lepasan IPTA, IPTS, ada tu belajar dari oversea. Ada jugak cerdik pandai yang kena tipu. Kesian. :em61:

    Sepatutnya anda semua berfikirlah cam Halim Saad, baru tidak mudah ditipu :em32:

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  22. #22 johanjafar MALAYSIA
    July 24th, 2008 at 8:55 pm

    tpi skrg rakyat Malaysia semua faham. x mudah ditipu oleh UMNO dan Barang Naik.
    rasuh,kroni.u jgn samakan gn meteri2..2 naik keta x nak prdana leh tukar gn mes…bgi alasan cam2 utk menghalakan cara.

    mudah je duduk blakng sambil bca s.kabar..minyak u isi tangki penuh u x bayarpun walaupun 1 sen..minak u 2 sbsidi rakyaat..eee..cam ner gn pemimpin pemuda projejk balion2 ..klu cam ni mana sedar rakyat yg menoreh getah kat ulu..masa p.raya bru turun kata nak bela rakyaat..rakyaat x bodoh…….

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  23. #23 johanjafar MALAYSIA
    July 24th, 2008 at 8:55 pm

    tpi skrg rakyat Malaysia semua faham. x mudah ditipu oleh UMNO dan Barang Naik.
    rasuh,kroni.u jgn samakan gn meteri2..2 naik keta x nak prdana leh tukar gn mes…bgi alasan cam2 utk menghalakan cara.

    mudah je duduk blakng sambil bca s.kabar..minyak u isi tangki penuh u x bayarpun walaupun 1 sen..minyak u 2 sbsidi rakyaat..eee..cam ner gn pemimpin pemuda projejk balion2 ..klu cam ni mana sedar rakyat yg menoreh getah kat ulu..masa p.raya bru turun kata nak bela rakyaat..rakyaat x bodoh…….

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  24. #24 johanjafar MALAYSIA
    July 26th, 2008 at 10:25 am

    Siapa sebenarnya lantik Abdullah
    Dr Mahathir Mohamad
    Fri | Jul 25, 08 | 4:24:51 pm MYT
    Tiap kali saya kritik Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, “Awak yang lantik dia”. Iklan

    Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato’ Seri Abdullah sebagai pengganti saya.

    Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato’ Seri Abdullah.

    Dato’ Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan Umno diharamkan, Dato’ Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli Umno Baru yang saya pimpin.

    Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli Umno Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.

    Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato’ Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong Umno memilih Dato’ Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

    Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.

    Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato’ Seri Najib.

    Saya berpendapat Umno hendakkan kepimpinan Dato’ Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak Umno.

    Justeru itu saya kembalikan Dato’ Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

    Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato’ Seri Abdullah adalah “Bersih”, “Mr Clean”. Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato’ Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato’ Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

    Kenapa tidak dipilih Dato’ Seri Najib?

    Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato’ Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato’ Seri Abdullah pilih Dato’ Seri Najib sebagai timbalannya.

    Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ketiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

    Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong Umno mengesahkan pemilihan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.

    Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato’ Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh Umno. Tidak ada sesiapa yang membantah.

    Saya jelaskan latar belakang pemilihan Dato’ Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

    Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

    Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato’ Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir.

    Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.

    Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato’ Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato’ Seri Abdullah kepada Umno, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.

    Jika Dato’ Seri Abdullah benar-benar sayang kepada Umno, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan Umno. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab Umno dan Barisan Nasional jadi lemah.

    Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka “Mr Clean” tidak begitu clean.

    Saya percaya ahli Umno dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

    Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato’ Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno.

    Janganlah tunggu Pilihan raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Dato’ Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Dato’ Seri Abdullah.

    Jika ahli Umno hendak melihat Umno dan BN dipulih semula, paksalah Dato’ Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato’ Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

    Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato’ Seri Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri.

    Ahli Umno akan bertanggung jawab terhadap kehancuran Umno dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

    Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan BN di bawah kepimpinan Dato’ Seri Abdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggung jawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri. _

    tulisan Tun coment kpd Pak Lah

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  25. #25 johanjafar MALAYSIA
    August 3rd, 2008 at 11:37 am

    Siapa bapa Saiful?

    Perundingan perpaduan Melayu diantara Pas-Umno bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sengaja. Ianya telah dirancang dengan begitu teliti dengan matlamat untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu dan memastikan ‘pendatang’ bukan Melayu tidak akan mendominasi kuasa politik Malaysia. Sebahagian daripada perancangan ini ialah memastikan bahawa Pas akan kehilangan kepercayaan terhadap Anwar, dan kemuncak ketidakpercayaan ini ialah Pas akan merasakan bahawa masa depan Pas adalah bersama Barisan Nasional, bukan dengan Anwar.

    Anwar telah pun dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat, bukan Ketuanan Melayu. Dan Anwar juga menentang Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar yang lebih mementingkan kesamaan hak. dan Anwar juga dianggap sebagai ejen Amerika. Oleh itu, sebagai pengkhianat bangsa, Anwar mesti dihapuskan demi kebaikan bangsa Melayu.

    Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful. Satu lagi, Najib juga bersumpah dihadapan 900 ahli-ahli Umno mengatakan dia tidak pernah berjumpa ataupun mengenali Altantuya. Adakah rakyat percaya bahawa Najib bercakap benar bila dia bersumpah? Adakah sumpahnya itu mampu mengubah persepsi rakyat?

    Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah ‘ibu angkat’ Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.

    Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah ‘anak angkat’ kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.

    Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.

    Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau. Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.

    Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.

    Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya. Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.

    Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera. Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.

    Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan Pas menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar Pas nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.

    Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan ‘jawatankuas memusnahkan Anwar’ dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.

    (Ramai daripada member-member yang terlepas cerita ini. Dan ramai juga yang meminta aku terjemahkan cerita ini supaya senang difahami.)

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  26. #26 Izo MALAYSIA
    August 3rd, 2008 at 3:00 pm

    Tak yah cerita panjang2…Download dan lihat dulu video penjelasan muzakarah Pas dan Umno.

    http://www.izoblog.com/isu-semasa/penjelasan-ustaz-nasharuddin-berkenaan-isu-muzakarah

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  27. #27 soul of silence MALAYSIA
    August 19th, 2008 at 4:47 am

    aku ni xlah pandai sgt politik tp aku curious..

    ada sesapa x siasat dr mana anwar memperoleh dana utk berkempen sana sini, bercuti sana sini, berubat sampai ke luar negara sedangkan beliau dulu lama dlm penjara? isterinya bkn usahawan, anaknya jg begitu.. dr mana anwar dpt duit yg byk sekelip mata? nik aziz pemimpin yg punya ramai pengikut jgk, tp hidupnya sgt berbeza ngn anwar.. adakah cara berfikir yg membezakan hidup mrk?

    sbg contoh, osama laden tu semmgnya dr keluarga yg kaya, punya begitu byk rangkaian perniagaan walaupun byk diuruskan org2 yg tiada kaitan langsung dgnnya.. jd kalo dia memberontak pun, beli senjata ke, buat apa2 pn dia ada duit utk buat semua tu. tp anwar..??

    ntahlah pening kepala aku fikirkn org2 tertentu nih.. nk sgt jadi the ‘great leader’! rasulullah dulu pun waktu pertama kali dpt wahyupun masih lg gementar shinggakan terpaksa ditenangkan oleh khadijah.. bkn senang nk jadi pemimpin..

    seperti kata EZRA TAFT BENSON dlm buku dr henry cloud yg bertajuk “9 things you simply must do to succeed in love and life” - BE HUMBLE ; PRIDE IS CONCERNED WITH WHO IS RIGHT, HUMILITY IS CONCERNED WITH WHAT IS RIGHT.

    wallahualam..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: IzoBlog- Ikatilah ilmu dengan menuliskannya » Harga petrol ikut harga dunia mulai 1 Sept MALAYSIA Trackbacks
  • Leave a Comment
    This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

    • :em45:
    • :em01:
    • :em12:
    • :em29:
    • :em54:
    • :em69:
    • :em67:
    • :em60:
    • :em07:
    • :em03:
    • :em19:
    • :em22:
    • :em28:
    • :em09:
    • :em27:
    • :em10:
    • :em34:
    • :em02:
    • :em43:
    • :em20:
    • :em42:
    • :em62:
    • :em17:
    • :em35:
    • :em55:
    • :em33:
    • :em44:
    • :em04:
    • :em48:
    • :em58:
    • :em47:
    • :em26:
    • :em39:
    • :em32:
    • :em24:
    • :em50:
    • :em61:
    • :em64:
    • :em16:
    • :em63:
    • :em51:
    • :em46:
    • :em18:
    • :em65:
    • :em06:
    • :em25:
    • :em23:
    • :em31:
    • :em15:
    • :em05:
    • :em11:
    • :em38:
    • :em13:
    • :em53:
    • :em71:
    • :em21:
    • :em36:
    • :em56:
    • :em57:
    • :em70:
    • :em37:
    • :em40:
    • :em08:
    • :em66:
    • :em14:
    • :em41:
    • :em52:
    • :em68:
    • :em49:
    • :em30:
    • :em59: