Logo Background RSS

X-File : Sekeping Gambar Palsu!

  • Written by 4 Comments4 Comments Comments
    Last Updated: September 18th, 2007

    Baru-baru ini, negara digemparkan dengan isu pembakaran Jalur Gemilang sewaktu tragedi Batu Buruk 12 September 2007. Semua media arus perdana menuding jari kononnya ia perbuatan ahli PAS, dan lebih mendukacitakam Polis Malaysia tanpa usul periksa mempercayai kejadian itu seolah-olah benar-benar berlaku.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengulas mengenainya begitu juga ahli-ahli Parlimen dengan nada dan konotasi marah sehingga ada yang menyatakan pembakar bendera itu perlu dibuang negara.  Pemuda UMNO negeri Terengganu juga tanpa usul periksa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) konon ingin mengadakan kempen memungut tandatangan secara besar-besaran bagi mengutuk “perlakuan ” tersebut.

    b

    Persoalan kini, gambar itu siapa yang merakamkannya yang disiarkan secara meluas untuk mengkambinghitamkan PAS dan juga BERSIH selaku penganjur ceramah? Pemuda yang membakar bendera itu siapa namanya dan dari mana datangnya? Apa sebenarnya niat polis pula yang secara membabi buta mempercayai gambar itu dan akhirnya bagaimana mentaliti pemimpin UMNO dan ahli parlimen yang mempercayai bulat-bulat sekeping gambar yang tidak diketahui asal-usulnya itu?

    Penelitian halus terpaksa dilakukan keatas gambar tersebut dan nantinya kita akan mendapati ia adalah sebenarnya gambar yang dilakukan secara “super-imposed” dibikin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab serta mempunyai niat jahatnya yang tersendiri.

    Cuba kita amati gambar itu.

    a1) Suasana yang ada seolah-olah pemuda yang bertopi keledar itu bersendirian dengan tindakannnya membakar bendera.  Tiga pemuda di sebelahnya seperti “tak ambil kisah” terhadap perbuatannya begitu juga pemuda-pemuda yang di atas jalanraya di belakangnya.

    Ini bererti perlakuan pemuda yang membakar bendera secara solo itu adalah pelik sehingga tidak ada sesiapa pun ambil kisah terhadap perlakuannya.

    Justeru itu ada dua kemungkinan, pertama hanya orang gila biasanya yang tidak akan dipedulikan oleh sesiapa. Kedua imej pemuda yang membakar bendera itu sebenar dilukis kemudian. Saya lebih berat dengan alasan yang kedua. Cuba kita telitikan lagi dengan lebih terperinci terhadap imej itu.

    2) Kita lihat gambar bendera yang dipegang oleh pemuda itu. Ia jelas satu lukisan bukan satu imej bendera sebenar. Tone warna bendera itu sekata dan ini amat tidak realistik memandangkan suasana ketika itu adalah waktu malam. Warna jalur merahnya, robekan bendera di sebelah bawah, lambang bulan-bintang berlatarbelakangkan biru dan asap apinya juga tampak jelas semuanya adalah dilukis dan rekaan semata-mata kerana satu hal yang tidak logik malah tidak mungkin sebaran asap itu mempunyai bentuk kaku yang tidak realistik. (lihat kawasan yang ditandakan dengan garis)

    b

    3) Kita lihat pula pemuda yang mencangkung seraya membakar bendera itu. (rujuk foto di atas)

    Imej pemuda itu jelas ditampal kerana kecacatan yang wujud di sekurang-kurangnya 3 tempat:

    A. Tempelan adalah ketara di tangan pemuda itu dengan imej seluar  dan kain pelikat dua orang pemuda di belakangnya.

    B. Apabila imej itu diteliti dengan resolusi yang tinggi kita akan dapat melihat kesan tampalan di aliran badan pemuda yang mencangkung itu.

    C. Kedudukan bayang-bayang pemuda itu salah kerana aliran cahaya dari hadapan tidak memungkinkan bayang-bayang untuk berada terpat di atas objek.

    d

    Ada banyak lagi kecacatan foto berkenaan seperti warna tambak yang patching salah sehingga menjelaskan kepada kita ia bukan foto sebenar.

    (rujuk foto di atas)

    Justeru itu dengan bukti yang ada saya berpendiran bahawa foto berkenaan telah direka dan “doctored” dengan teknik “superimposed” bukan bukannya foto asli.

    Kita tidak tahu berapa banyak lagi foto yang direka untuk memburukkan parti pembakang dan berapa ramai pula yang tertipu hasil dari niat dan muslihat yang tidak jujur ini. Kutukan ke atas tangan dan diri orang yang mereka-reka serta mengada-adakan perkara yang tidak ada.
    Dan lebih memalukan lagi Polis Di Raja Malaysia mengambil foto ini sebagai asas untuk mendakwa tentang wujudnya perlakuan tersebut tanpa memperdulikan kesahihan foto berkenaan. Atau ada apa-apakah tujuan PDRM bertindak sedemikian?

  1. #1 Izo MALAYSIA
    September 18th, 2007 at 12:26 am

    Dah lama dah rasa gambar nie palsu coz yg saya confuse asap yg kuar drpd bendera tu. Asap tu cam asap effect dgn menggunakan photoshop bukannya asap tulen. Mungkin dia buat asap tu dgn menggunakan brush tools :D

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Muslimah SINGAPORE
    September 18th, 2007 at 4:56 pm

    Dah banyak kali saya teliti gambar ini. Yang menampakkan kelainan yang ketara pada gambar ini adalah sewaktu Pemuda ini membakar bendera. Di mana orang yang berada di situ seolah-olah tidak tahu akan perbuatannya yang terang-terangan membakar bendera. Itu sudah menunjukkan pemuda itu tidak berada di situ. Dah memang sahlah gambar ini hasil edition dari Adobe Photoshop. Lebih-lebih lagi yang empunya Blog ini telah pun membuktikan hasil penipuan pada gambar ini, dah ternyata ini adalah sebuah Fitnah. Astaghfirullah Halazim. Saya tidak menyokong mana-mana pihak tetapi kenalah siasat dengan terperinci. Jangan asal main tuduh sahaja untuk menampakkan keburukan Parti PAS & orang-orang yang tidak bersalah. Allah SWT Maha Melihat akan kebenaran itu. ;) Terima kasih kepada Tuan punya Blog ini atas kerajinan memberi informasi-informasi yang cukup bernas. SYABAS!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  3. #3 Muslimah SINGAPORE
    September 18th, 2007 at 4:57 pm

    Dah banyak kali saya teliti gambar ini. Yang menampakkan kelainan yang ketara pada gambar ini adalah sewaktu Pemuda ini membakar bendera. Di mana orang yang berada di situ seolah-olah tidak tahu akan perbuatannya yang terang-terangan membakar bendera. Itu sudah menunjukkan pemuda itu tidak berada di situ. Dah memang sahlah gambar ini hasil edition dari Adobe Photoshop. Lebih-lebih lagi yang empunya Blog ini telah pun membuktikan hasil penipuan pada gambar ini, dah ternyata ini adalah sebuah Fitnah. Astaghfirullah Halazim. Saya tidak menyokong mana-mana pihak tetapi kenalah siasat dengan terperinci. Jangan asal main tuduh sahaja untuk menampakkan keburukan Parti PAS & orang-orang yang tidak bersalah. Allah SWT Maha Melihat akan kebenaran itu. ;) Terima kasih kepada Tuan punya Blog ini atas kerajinan memberi informasi-informasi yang cukup bernas. SYABAS!

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
  4. #4 irsyad MALAYSIA
    September 21st, 2007 at 1:39 am

    salam…
    klu tgk dari gambar ni, sy selaku seorg yg x tau menahu photoshop pn dapat kesan sedikit cacat celanye..

    1. yg pling ketara, orang lain buat tak tau je die bakar bendera. malah, seolah-olah x de orang pn yang bakar bendera kat c2. orang lain sume pandang kat lain.

    2. dahlah dia bakar bendera di tengah-tengah jalan. gila ke ape, tak takut orang marah ke. tak halang lalu-lintas ke.

    3. tanye lah diri kita sendiri,
    SANGGUPKAH BAKAR BENDERA MALAYSIA DI DEPAN ORANG RAMAI???ratus-ratus orang tengok, takkan tak rase ape2..

    Current score: 0
    Post ReplyPost Reply
Leave a Comment
This is a Gravatar-enabled website. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.com

  • :em45:
  • :em01:
  • :em12:
  • :em29:
  • :em54:
  • :em69:
  • :em67:
  • :em60:
  • :em07:
  • :em03:
  • :em19:
  • :em22:
  • :em28:
  • :em09:
  • :em27:
  • :em10:
  • :em34:
  • :em02:
  • :em43:
  • :em20:
  • :em42:
  • :em62:
  • :em17:
  • :em35:
  • :em55:
  • :em33:
  • :em44:
  • :em04:
  • :em48:
  • :em58:
  • :em47:
  • :em26:
  • :em39:
  • :em32:
  • :em24:
  • :em50:
  • :em61:
  • :em64:
  • :em16:
  • :em63:
  • :em51:
  • :em46:
  • :em18:
  • :em65:
  • :em06:
  • :em25:
  • :em23:
  • :em31:
  • :em15:
  • :em05:
  • :em11:
  • :em38:
  • :em13:
  • :em53:
  • :em71:
  • :em21:
  • :em36:
  • :em56:
  • :em57:
  • :em70:
  • :em37:
  • :em40:
  • :em08:
  • :em66:
  • :em14:
  • :em41:
  • :em52:
  • :em68:
  • :em49:
  • :em30:
  • :em59: