Logo Background RSS

» Artikel

  • Surat Ayang untuk Abang
    March 9th, 2010 | 2 Komen2 Comments Comments

    surat-ayang-untuk-abangDear abang

    Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini…. kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam….. abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

    Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

    Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

    Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

    Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance…ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

    Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

    Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

    Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

    Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
    ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG

    :biggrin: :heart: :getlost:

  • Beza Erti Muhrim dan Mahram
    February 7th, 2010 | 2 Komen2 Comments Comments

    Sering kali saya terdengar orang ramai di sekeliling mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas. Ejaan kedua-duanya di dalam bahasa arab adalah sama محرم . Cuma yang membezakan ialah barisnya.

    Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

    MUHRIM
    muhrim
    Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah. Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

    MAHRAM
    mahram
    Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

    Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

    Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.

  • Selamat Tahun Baru 2010
    January 1st, 2010 | 5 Komen5 Comments Comments

    Tahun 2009 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 dapat dijadikan sempadan dan teladan. Apabila tiba di penghujung tahun, biasanya salah satu tema yang pasti hangat ialah mengenai azam tahun baru. Dimana-mana pun orang berbicara mengenai azam tahun baru.

    Jadi sebelum kita membuat azam baru, adalah elok kita nilaikan dulu pencapaian azam kita pada tahun yang lepas (tahun 2009). Adakah kita betul-betul sudah berjaya melaksanakan azam tahun lepas atau pun tidak?

    Percayakah anda jika saya katakan sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan semata-mata. Hinggakan ada yang segan bila ditanya apakah azam mereka untuk tahun baru nanti, walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. Orang memasang azam, kita juga mahu. Lantas semua yang diucap itu berbentuk mimpi di siang hari.

    Tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita. Tapi, jangan kita lupa.. mengatasi kelemahan diri itu pun merupakan suatu azam yang amat dituntut.
    Sama-sama kita bermuhasabah.

    Akhir kata Selamat Tahun Baru 2010. Kullu Sanah Wentum Toyyibiin wa Kullu ‘Aamin Wentum Bikhairin.


    Masa lalu adalah kenangan.
    Hari ini adalah goresan.
    Hari esok adalah harapan.
    Selamat tahun baru 2010.
    Selamat tinggal kenangan.
    Selamat datang harapan.

  • Berapa laju anda pandu kereta??
    October 10th, 2009 | 7 Komen7 Comments Comments

    Soalan 1:
    Berapakah speed yang paling laju yang anda dapat capai semasa memandu kereta?
    - Aku paling laju pun 150km/h. Masa tu pandu Myvi. Pastu tak berani lagi nak nak bawak laju2 sangat..

    Soalan 2:
    Jika anda diberi peluang berada di dalam kereta yang dipandu oleh orang buta. Diulang sekali lagi…dipandu oleh orang buta, sanggupkah anda berada satu kereta dengannya?
    - Haa…mesti dah ada yang konfius nak jawab. Tapi aku konfirm mesti ramai yang cakap tak sanggup.

    Soalan 3:
    Jika soalan 2 tadi anda jawab sanggup, terus ke soalan 3. Berapakah had kelajuan yang anda benarkan orang buta itu pandu?
    - 10km/h atau 20km/h atau 100km/h atau anda tentukan sendiri jawapan.

    Cukup 3 soalan tu…teruskan membaca.

    World land speed record for the blind | Rekod Memandu Paling Laju (Bagi Orang Buta)

    hein-wagner-record
    Rekod ini telah dibuat oleh Hein Wagner. Lelaki daripada Afrika Selatan ini telah membuat satu rekod dunia bagi kategori pemandu buta paling laju yang bertempat di Upington, pada hari Selasa lalu. Dia menggunakan kereta Mercedes-Benz SL 65 Black series.

    Hein Wagner, yang dilahirkan buta merupakan seorang perunding motivasi yang berasal daripada Durbanville.
    Ooops..lupa nak bagitau.. Anda rasa berapa speed kereta yang dipandunya? 322.5km/h Ya kelajuan yang berjaya dicapai olehnya ialah 322.5km/h!

    Rasanya anda dapat challenge dia tak? :D

    Next challenge

    According to him, “you’re stupid if you aren’t scared” when tackling such a record. He is already preparing for his next challenge: flying a Boeing – passengers and all – from London to Johannesburg.

    Wagner has many adventures under his belt. In 2006 he completed the New York City Marathon in 4 hours and 27 minutes. He also performed his first skydive in 2005, from a height of 10 000ft (3km).

    He completed a cycling race, the Construction du Cap, as a solo cyclist. He also participated in the Cape-to-Rio yacht race and climbed the ten highest mountains in the Western Cape.

  • Apa itu H1N1
    August 29th, 2009 | 1 Komen1 Comment Comments

    Apa itu H1N1?
    viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dr virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yg sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dlm rantaian makanan @ manusia. dan semasa di dlm badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan menjangkit dr manusia kpd manusia.

    jangka hayat virus
    Oleh kerana ia adalah viurs yg air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. jika selepas tempoh tersebut ia idak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati.

    Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik….akan ‘bersih’ dr virus tersebut.

    swine-flu

    Apa yg perlu tahu ?

    Asal virus ini
    Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di mexico tp tidak dilaporkan kpd WHO. kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di mexico.
    (more…)