Logo Background RSS

» Berita

  • Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia
    March 10th, 2010 | 2 Komen2 Comments Comments

    Innalillahi wainna ilaihi Rajiun :pouty:

    tantawiSyeikhul Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

    Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh – ibu negara Arab Saudi – selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

    Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.

    Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar – pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

    Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

    Sementara itu, agensi berita AFP melaporkan, anaknya, Amr Tantawi, berkata kematian bapanya merupakan satu kejutan yang tidak dapat digambarkan.

    “Ahli keluarga allahyarham sudah membuat keputusan, Allah sudah memilihnya meninggal dunia di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, di Madinah, tanah suci kedua umat Islam,” katanya.

  • Presiden PAS selamat orang lemas
    February 17th, 2010 | 10 Komen10 Comments Comments

    MARANG, 17 Februari: Bukan sahaja menyelamatkan aqidah umat tetapi sudah sampai kepada menyelamatkan nyawa manusia. Itulah yang dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama keluarganya apabila menyelamatkan nyawa seorang yang lemas di berhampiran rumahnya.

    haji-hadi-selamat-orang-lemas1

    haji-hadi-selamat-orang-lemas2 (more…)

  • Intipati Bajet Belanjawan 2010
    October 24th, 2009 | 5 Komen5 Comments Comments

    bajet-belanjawan-2010
    Intipati Bajet Belanjawan 2010

    KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini.

    * Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

    * Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

    * penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

    * pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

    * TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

    * Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

    * 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti msyarakat.

    * Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

    * Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

    * Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

    * Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

    * Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

    * Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

    * Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

    * Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

    * Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

    * Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.
    (more…)

  • Ayat al-Quran pada kulit bayi
    October 22nd, 2009 | 4 Komen4 Comments Comments

    ayat-quran-di-kulit-bayi-1MOSCOW – Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

    Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

    Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

    Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.

    Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

    Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi

    ayat-quran-di-kulit-bayi-2

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

  • Hadiah kerajaan sempena Hari Kemerdekaan ke-52
    August 31st, 2009 | 3 Komen3 Comments Comments

    Terbaca dekat internet tadi..harga minyak naik tengah malam ni. Baca lebih lanjut:
    Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?
    RON95 – RM1.80 per liter from 1st September
    minyak_jb_1

    1Monggolia 1Malaysia – Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan

    Betul lah kata Mahathir, UMNO tak pandai berpolitik pasal kenaikan minyak..
    Masa zaman Mahathir, mana ada minyak naik sekali sampai 30 sen, 70 sen..