Adakah Wajib Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat?
Setiap kali tibanya hari raya baik Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada hari Jumaat, masing-masing tertanya-tanya tentang kewajiban solat Jumaat pada hari tersebut. Kebetulan tahun 2010 ini hari raya jatuh pada hari Jumaat. Saya ingin berkongsi satu artikel yang insya-Allah memberi manfaat kepada semua.

Soalan:
Sejauh mana kekal hukum pengguguran solat Jumaat apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat. Sebabnya masih ada yang keliru dan mengambil langkah memilih untuk hadir salah satu daripada solat tersebut?
Jawapan:
Dalam persoalan ini para ulama berselisih pendapat dalam menentukan kefardhuan Jumaat.
Jumhur ulama bersetuju untuk tidak menggugurkan kefardhuan Jumaat walaupun hari raya jatuh pada hari Jumaat yang telah dituntut oleh Allah SWT.
Imam Ahmad bin Hambal r.a berpendapat bahawa solat Jumaat gugur sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Ini kerana sudah ada solat yang menghimpun manusia seumpama dengan solat Jumaat dan tujuannya juga sama. Ditambah lagi, hari raya kebiasaannya orang sibuk dengan aktiviti khusus hari raya.
Imam Ahmad juga berhujah bahawa Saidina Uthman bin Affan mengizinkan penduduk kawasan tinggi di Madinah supaya tidak datang bersolat Jumaat.
Akan tetapi jumhur ulama menolak bahawa amalan seorang sahaja dari kalangan sahabat tidak boleh dijadikan hujah dalam persoalan pengguguran solat Jumaat. Hal ini juga tidak disepakati oleh jumhur ulama.
Read more…
Masa yang berlalu pergi…begitu singkat

Daripada Anas bin Malik R.A. berkata : Rasulullah S.A.W bersabda; “Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api”.
Keterangan Hadis :
Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah berlalu begitu sahaja, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita di buru masa dan ia berlalu dengan tidak ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.
Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yuang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat.
