Logo Background RSS

» Blogging Tips

  • Baca dulu sebelum jadi Blogger
    February 5th, 2010 | 5 Komen5 Comments Comments

    Hari ini saya ingin kongsikan sedikit tips ringkas sebelum anda terjun ke dalam bidang blogging.

    Kenal pasti kebolehan anda. Apakah kepakaran anda? Apa yang boleh anda tawarkan kepada pembaca blog anda?

    Pilihlah topik yang sesuai. Tulis topik yang mana anda mempunyai kepakaran tentangnya. Cari topik yang mendapat sambutan hangat (high demand). Anda perlu melakukan sedikit keyword research untuk ini.

    Blogging adalah suatu proses yang memakan masa. Ia akan memakan masa yang agak lama untuk blog anda ditemui oleh pelayar internet. Saingan sekarang adalah jauh lebih tinggi. Jadi jangan terlalu cepat berputus asa.

    Persiapkan diri anda dengan belajar kemahiran baru. HTML, PHP, SEO, pemasaran online, dan cara-cara edit gambar. Paling tidak pun perlu tahu asasnya.

    Hentikan blogging jika ia membuatkan diri anda tertekan. Tiada gunanya anda terus berblogingg jika anda sudah hilang minat padanya.

    Jika anda sudah mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas…Insya-Allah anda akan berjaya dengan blog anda. Mungkin boleh buat duit daripada blog anda nanti…siapa tahu kan? :D

  • Bagaimana Membuat Posting Yang Baik
    March 9th, 2009 | 4 Komen4 Comments Comments

    1. Pilih tajuk posting yang bagus
    Anda mungkin baru dalam arena blog. Jadi sedikit sebanyak tidak tahu bagaimana menghasilkan satu posting yang baik. Tajuk adalah perkara utama dalam menarik pembaca mengunjung blog anda. Tajuk yang baik mestilah tidak terlalu direct kepada topik yang dibincangkan. Walaupun mungkin isi posting anda tidak hebat, tetapi tajuk yang kreatif akan menarik pembaca untuk terus membaca posting yang anda tulis.

    2. Mesti berisi
    Tidak dapat tidak jika anda menulis, anda mesti mempunyai isi penting atau maksud yang anda ingin sampaikan kepada pembaca. Jadi pastikan anda membuat posting, mempunyai isi untuk informasi pembaca. Posting tanpa isi hanya membuat pembaca boring untuk terus membuka blog anda.

    3. Posting perlu sederhana
    Sekalipun anda terror dalam menulis blog, jangan terus syok sendiri dengan menulis sepanjang yang anda suka kerana bukan semua pembaca nak baca semua yang anda tulis. Lebih-lebih lagi apa yang anda tulis hanyalah tentang diri anda. Anda perlu pandai menyimpan aset untuk posting anda. Jangan laburkan semua idea untuk satu-satu posting kerana idea hebat tidak selalu datang juga.
    Memadai posting sederhana dan padat dengan informasi yang dikehendaki.

    4. Jangan hanya tulisan
    Ops! perlu diingat, ayat power tapi hanya tulisan yang ada di posting anda juga tidak dapat menarik pembaca untuk menghabiskan bacaan tentang apa yang anda tulis. Posting perlu juga gambar-gambar dan hiasan sebagai satu altenatif memudahkan pembaca lebih memahami maksud posting anda. Atau juga mungkin video atau bahan-bahan yang lain sebagai sokongan kepada posting anda.

    5. Sertakan sedikit rujukan
    Perlu diingat juga, sekiranya anda menulis sesuatu yang akademik perlu disertakan sekali rujukannya. Nampaklah anda seorang yang penulis yang educated serta study sebelum membuat posting.

    6. Gunakan ayat yang mudah difahami dan santai
    Pembaca di dunia tanpa sempadan ini adalah dari pelbagai tahap pemikiran dan umur. Jadi, gunalah ayat yang mudah serta jelas maksudnya. Jangan terlalu banyak menggunakan ayat-ayat yang berbunga-bunga kerana kadang-kadang maksud yang anda ingin sampaikan tidak jelas dan kabur.

    7. Mesti idea luar biasa
    Dan yang paling penting, anda perlu memikirkan kelainan posting anda berbanding posting orang lain kerana itu adalah aset utama untuk pembaca menjadi peminat setia kepada blog dan posting anda. Maklumlah, bukan anda je yang menulis di blog. Jadi jangan hanya meniru posting orang lain. Perlu keluarkan idea dan kepakaran untuk menjadikan posting anda diminati ramai.

    Sumbangan daripada: Along Wairnazz

    Incoming search terms for the article:

  • Cara terbaik dapat ramai visitor
    October 8th, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    Sebenarnya ada banyak cara yang boleh digunakan untuk membawa visitor ke blog atau website kita. Antaranya ialah:

    Letak Link Blog Atau Text Ads Di Signature Forum
    So, setiap kali kita post kat forum orang akan nampak link tersebut dan jika mereka berminat atau ada perasaan ingin tahu, mereka akan klik ads atau link tersebut.

    Komen Pada Blog Orang Lain
    Bila kita komen tentang sesuatu perkara,kita diminta meletakkan url blog. So, secara tak langsung, bila komen kita best ker atau menarik, orang akan masuk ke blog atau website kita.

    Buat Banner
    Anda juga boleh buat banner dan letakkan di signature. Senang jer nak buat banner free. Nak tahu? Boleh klik sini…FREE SOFTWARE

    Exchange Link
    Boleh juga lakukan pertukaran link suka sama suka. Dengan syarat kena sama-samalah letak link pada blog masing-masing. Ini dinamakan ‘win-win situation’.

    Nanti aku akan ulas semua ini. Tak cukup masa hari nie… :D

  • 10 perkara berkenaan blog
    September 27th, 2008 | 15 Komen15 Comments Comments

    I Love BloggingKali ini posting saya berkisar berkenaan blog. Mengikut bancian saya, ramai visitor-visitor saya mempunyai blog mereka masing-masing. Jadi di sini saya kongsikan 10 perkara berkenaan blog.

    1. Jangan tidak berblog sebab blogging itu membina brand anda dan lambang kredibility. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang gemar menulis. Jangan sia-siakan bakat anda.

    2. Banyak guna short form di dalam blog. Kalau sikit-sikit tu boleh dimaafkan lagi. Bimbang nanti orang tak faham apa yang kita tulis.

    3. Guna image bersaiz lebih dari 400kb untuk satu post. Yang ini ramai yang tak ambil berat. Saiz image yang besar mempengaruhi loading website kita. Jangan ingat semua visitor kita mempunyai line internet yang laju. Cuba bayangkan kalau satu post lebih daripada 400kb. Kalau anda mempunyai 4 post pada muka depan(homepage) maka sudah jadi 1.6MB. :D Besar tu!

    4. Lupa buat komen di blog orang lain untuk mendapatkan pelawat PERCUMA. Jangan berlengah lagi…mulakan komen anda di blog ini.

    5. Tidak bagi tahu orang lain tentang blog anda. Maksud bagitau di sini adalah promote. Jika blog anda merupakan private blog itu cerita lain.

    6. Mencarut dan menulis kata-kata lucah di dalam blog anda. Ia melambangkan hati anda. Termasuk juga di dalam kategori ini adalah membenarkan komen berunsur lucah daripada pelawat-pelawat lain. Selalu periksa komen yang ditinggalkan pelawat.

    7. Membiarkan blog anda “berpuaka” (biarkan kosong tanpa update dalam tempoh terlalu lama)

    8. Memberikan maklumat (yang terlampau) peribadi, seperti alamat rumah dan nombor telefon di dalam blog.

    9. Tidak tahu siapa PEMBACA setia anda.

    10. Tidak “track jumlah pelawat” ke blog anda.

    Setakat ini dulu. Lain kali saya akan hurai lagi satu persatu. Posting yang ini ringkas sahaja…sekadar test market sahaja. Nak tengok respon daripada pembaca.

  • Tips Meningkatkan Komen Di Blog!
    July 11th, 2007 | 21 Komen21 Comments Comments

    Assalamulaikum..

    Lama tak ber’update’ blog nie. Tgh sibuk ngan projek web terbaru sekarang nie. ;) Kalau boleh nak siapkan projek tu secepat mungkin. Projek apa yer? hehe…rahsia. :D Kali ini ada satu artikel yg ingin saya kongsikan bersama pelawat2 blog ini. Berkenaan tips bagaimana mendapatkan komen dari pembaca-pembaca blog anda. Teruskan bacaan.

    Shrinking Self Esteem (more…)

    Incoming search terms for the article: