Logo Background RSS

» Daily Tips

  • Masalah Streamyx lagi…
    October 1st, 2009 | 4 Komen4 Comments Comments

    Dah lama blog ini tak berupdate. Pertamanya saya sibuk nak siapkan satu website yang ditempah pelanggan. Website produk kesihatan wanita. Alhamdulillah berjaya juga siapkan walaupun terdapat banyak halangan.

    Anda pengguna Streamyx perasan tak..start minggu nie internet jadi lambat gile. Saya pon turut mengalami masalah ini. Hampir semua website saya tak dapat di akses. Kalau dapat pun mengambil masa yang begitu lama untuk loading. Hinggakan menyukarkan saya untuk menyiapkan tugasan website klien sepertimana dateline yang telah ditetapkan.

    Bayangkan…website yang saya dapat siapkan dalam masa 3 hari, menjadi hampir seminggu untuk disiapkan. Dan masa yang diambil pulak bukannya sedikit. Banyak kerja lain tergendala disebabkan masalah streamyx ini.

    Sebenarnya saya ada jugak cita2 nak tukar kepada ISP lain..ingatkan nak cuba Time Broadband pula. Nak juga cuba kepantasan Fiber Optic. Tapi takde pula coverage kat tempat tinggal saya. Fuuh…Kalau tak dah lama saya ucapkan selamat tinggal kat streamyx. Streamyx nie dah ler bayar mahal, kualiti pulak hampeh! Bayaran yang dikenakan tak munasabah dengan servis yang diberi.

    Perkhidmatan Internet kat Singapore lebih maju lagi jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Oooh!! alangkah malunyer…

    Oklah..malas nak berleter panjang. Ada kelas plak.

  • 60 Tips Mendapat Jodoh
    April 22nd, 2009 | 22 Komen22 Comments Comments

    Tentu  seronok bila difikirkan… seorang lelaki bujang atau duda kalau boleh mahukan isteri yang ‘ideal’ pada pendapat mereka walaupun mereka sendiri pun jauh dari bersifat sebagai lelaki ‘ideal’. Begitu jugalah bagi seorang dara atau janda, juga mahukan lelaki ‘ideal’. Secara asasnya ia adalah satu kemahuan yang baik. Adalah lebih baik memilih pasangan yang bagus budipekertinya, bukan sebaliknya. Namun, pernahkah kita berfikir bahawa untuk mendapatkan jodoh yang baik, budi pekerti atau tatasusila kita sendiri perlu bagus terlebih dahulu?

    tips-mendapat-jodoh

    1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

    2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

    3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

    4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

    5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
    (more…)

  • Periksa Celcom Coverage di tempat anda secara online!
    September 23rd, 2008 | 17 Komen17 Comments Comments

    Ramai yang bertanya pada aku, “Izo..aku nak pakai Celcom Broadband ler.. Tapi kat tempat aku ok ker? Ada coverage tak?”

    Tension jugak nak jawab. Soalan itu sepatutnya mereka tanya pada Staff Celcom. Tanya kat aku manalah kutahu. Tetapi baru-baru ini aku jumpa satu website daripada Celcom yang boleh check Celcom Broadband Coverage.

    Anda  boleh cuba check Celcom Broadband Coverage ditempat anda melalui website ini:
    http://202.190.116.141/CelcomCoverageIIPub/

    Check Celcom Coverage

    Check Celcom Coverage

    Selepas ini tak perlu ler tanya aku lagi ek. :D

  • TIPS block akses kepada telefon yang dicuri
    July 12th, 2007 | 4 Komen4 Comments Comments

    Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain. Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

    Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini,tekan simbol dan nombor berikut : * # 0 6 # tanpa ruang kosong. (star hash kosong enam hash) Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telefon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

    Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

    Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.

    Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijualdan digunakan. Lakukan sekarang dan sebarkan kepada orang lain.