Penjelasan Cakra Alam di dalam Rancangan 360
Sebelum ini saya ada buat posting berkenaan pendedahan Korean TV Channel. Anda boleh di lihat di sini. Ini pula penjelasan pusat cakra alam dalam rancangan 360 TV3. Supaya tidak berat sebelah, kita perlu mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan yang terbaik!
Apa komen orang ramai yang telah melihat rancangan 360 ini.
Komen 1: org menipu senang nk detect…i noticed die gosok hidung…cara percakapan gagap…
Komen 2:
ada 8 tanda am yang mungkin dilakukan oleh orang yang sedang cuba menipu tanpa disedarinya;
1) mengusap kawasan mulutnya ketika bercakap,
2) menyentuh hidungnya,
3)menggosok matanya,
4)menarik cuping telinganya,
5)menggaru tengkuknya,
6)menarik kolar bajunya
7) memasukkan jari ke dalam mulutnya.
Komen 3:
huhu aku x puas ati setkt ckp mulut je… kalo dia leh buktikan blk..prove blk aksi tu…. dengan pemantauan ketat.. secara live..nk lagi gempak jemput pakcik randi tu face to face ngan dia……..
Komen 4:
if sesapa kat sini ada belajar pasal human behavior, maybe korang bleh nmpak cara pernafasan..cara pergerakan tangan n cara bercakap dia, menunjukan yg dia ni bercakap bohong..in my observation..he is lying..sorry for those yg dah kene tipu..biar lah dia menerima balasan dari Allah..wallahualam..
Komen 5:
Assalamuailaikum ustaz, Untuk membuktikan Ustaz tidak menipu rakyat malaysia.. saya cabar ustaz menjemput James Randi dalam satu rancangan tv sama ada tv1, tv2 atau tv3 untuk ustaz memberi penjelasan dan bukti.MOHON TV1/2 atau TV3 dapat mangatur pertemuan kedua mereka. Untuk pengetahuan Yayasan James Randi menawarkan usd 1juta kepada sesiapa yang boleh menunjukkan bukti paranormal.(James Randi adalah tetamu jemputan Tv Korea yang telah mengkantoikan Cakra Alam..yang macam santa claus tu)
Apa pula komen anda?
Perubatan CAKRA ALAM Penipu Besar?
Just nak share apa yang saya jumpa dalam youtube. Anda tengok dulu video di bawah sehingga habis, kemudian baru buat kesimpulan. Jangan lupa tinggalkan komen. Seingat saya sudah lama perubatan Cakra Alam ini bertapak di Malaysia.
Part 1
Part 2
Di interview dalam rancangan 360
Kalau betullah Si Arif(tak nak panggil Ustaz, memalukan je) ini menipu, memang HARAM hasil duit dia dapat daripada kegiatan tersebut. Kalau punca rezeki sudah jadi HARAM, hidup memang tidak akan dapat berkat.
Bab telur tu memang betul ada perubatan tradisional menarik bisa daripada dalam badan dengan cara melayarkannya ke atas badan pesakit. Tetapi mengikut kajian dan pengalaman saya termasuk juga bertanya kepada yang mahir, telur itu mestilah dibawa oleh pesakit itu sendiri dan bukannya daripada pengamal perubatan tersebut. Telur itu kalau boleh mestilah cari telur ayam kampung baru, tak lebih dari 2-3 hari selepas bertelur.
Biasanya kalau bisa telah dialirkan ke dalam telur, dan apabila dipecahkan selalunya tidak pernah nampak warna merah mengalir macam darah seperti telur si Arif itu. Ia akan berupa beberapa bintik-bintik merah atau hitam bila telur dipecahkan, dikuning dan putih telur.
Akhir sekali perubatan tradisional yang baik ilmunya selalu tidak akan meletakkan harga. Cukuplah si pengamal perubatan mengatakan terpulanglah kepada keluarga pesakit atau ikhlas. Kalau sudah letak harga itu sudah merapulah nama ilmunya. Wallahuallam !
Apapun kita patut berterima kasih kepada Korean TV Channel yang membantu rakyat Malysia membongkar kegiatan penipuan ini. Alangkah baiknya kalau James Randi dapat datang menyamar bertemu secara bersemuka dengan Ariff sendiri.
