For Your Info

Pejuang Golongan Kiri yang dilupakan

Sambungan daripada posting saya sebelum ini: Shamsiah Fakeh meninggal dunia. Al-Fatihah!

” Tarikh 31 Ogos yang disambut saban tahun itu merupakan perayaan berhubung dengan kemerdekaan Malaya dari tangan Inggeris sebagai sebuah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.

Perjuangan kemerdekaan bukan bermula dengan perjuangan UMNO menentang Malayan Union pada tahun 1946. Sebenarnya, perjuangan kemerdekaan telah bermula lama sebelum itu, sejak zaman para ulama, pembesar dan pahlawan Melayu yang menentang penjajahan.

Ketika Melaka diserang dan ditawan Portugis pada tahun 1511, muncul Bendahara Tepok yang tampil ke hadapan menentang serangan itu, walaupun tidak berjaya.

Pada abad ke-19 penjajah Inggeris mula bertapak di semenanjung. Penentangan berlaku di Perak, Pahang, Kelantan dan di negeri-negeri lain.

Di Perak, Dato’ Maharajalela memimpin penentangan rakyat terhadap Inggeris. Tentangan itu mencapai kemuncaknya dengan pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875. Dia ditetak oleh Seputum ketika sedang mandi sungai.

Akibatnya, Dato’ Maharajalela dihukum gantung (Dua tahun lalu Sultan dan Kerajaan Perak telah membawa pulang jasad dua orang pahlawan Melayu, Tengku Menteri Ngah Ibrahim Long Jaafar dan Laksamana Muhammad Amin Alang Duakap yang dituduh Inggeris terlibat dalam pembunuhan Birch, dari sebuah perkuburan di pulau Singapura untuk disemadikan di Perak dengan penuh penghormatan).

Di Pahang pula, Dato’ Bahaman telah memimpin gerakan penentangan rakyat terhadap Inggeris. Bersamanya, ialah Tuk Gajah dan Mat Kilau. Di Kelantan pula Tuk Janggut memimpin penentangan rakyat terhadap cubaan Inggeris mahu mengenakan cukai terhadap rakyat.

Kini Dato’ Bendahara, Dato’ Maharajalela, Datuk Bahaman dan Mat Kilau dan Tuk Janggut telah menjadi legenda. Sungguhpun buku-buku sekolah cuma ada menyebut sedikit mengenai mereka, tetapi perjuangan mereka itu dinafikan. Mereka dinafikan daripada menjadi pejuang kemerdekaan negara. Sejarah itu yang cuba dinafikan oleh mereka yang menjadi petualang bangsa.

Di antara tahun 1941 hingga 1945, Jepun menduduki Tanah Melayu setelah berjaya menghalau Inggeris. Namun kedatangan Jepun itu juga turut mendapat tentangan rakyat negara ini. Ia dipelopori oleh gerakan anti-Jepun yang berpusat di dalam hutan dengan dibantu oleh unit-unit rahsia di seluruh kawasan pinggir bandar dan kampung.
Read more…

37 comments - What do you think?

Fenomena ajaib Azan

Lihat video mengenai fenomena azan di bawah ini. Ianya merupakan satu kekuasaan Allah yang sama sekali kita tidak terfikirkannya barangkali. Lihatlah perancangan Allah yang sedia tersusun. Menetapkan waktu solat berdasarkan pergerakan bumi yang sentiasa berputar dan silih berganti siang dan malam. Ini semua merupakan perancangan yang maha hebat daripada Allah Taala kepada hamba-Nya.

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

3 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »