Kira-kira pukul 10 malam pada 31 Oktober 2009, member serumah dengan saya menyuruh saya keluar melihat bulan di langit. Kerana katanya ia merupakan satu fenomena luar biasa; bulan seolah-olah dikelilingi oleh bulatan yang cantik. Member saya tu bagitau kelmarin(30 Oktober) perihal fenomena bulan nie ada keluar dalam surat khabar. Saya cuba keluar melihat fenomena itu. Saya ingatkan member saya tak pernah lihat bulan sebelum ini :D Selepas tengok fenomena bulan tersebut, Subhanallah begitu cantik sekali.


Fenomena ni di panggil HALO. Bukan nama games atau movie yer! Nama jer sama. Bagi yang tak tahu apa dia fenomena ini bolehlah rujuk wikipedia.
http://en.wikipedia.org/wiki/Halo_%28optical_phenomenon%29
Cuba anda keluar rumah dan tengok bulan malam nie. Untung-untung fenomena ini masih ada lagi. Saya yakin anda mesti takjub dengan kebesaran Allah.
Peng’Komen’ Berani Mati