Logo Background RSS

» Gambar Menarik

  • Gerhana Matahari…
    July 22nd, 2009 | 6 Komen6 Comments Comments

    Japan Eclipse

    Gerhana matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

    Hari ini berlakunya fenomena gerhana matahari. Walaupun di Malaysia tidaklah nampak ketara sangat, tapi saya nak kongsikan gambar menarik yang sempat diambil di serata tempat seluruh dunia. Teruskan bacaan..
    (more…)

    Incoming search terms for the article:

  • Gundam kini jadi realiti
    July 20th, 2009 | 5 Komen5 Comments Comments

    gundam-rx-78Gundam, siapa yang tidak mengenalnya??? Serial anime bergenre mecha ini memang sangat dikenal oleh semua orang di seluruh dunia. Daripada kanak-kanak hingga orang dewasa; bahkan ada yang tergila-gilakannya. Dari sekadar melihat anime dan komiknya atau sehingga tahap mengumpul koleksi model kit-nya.

    Apa itu gundam?

    Gundam (ガンダム, Gandamu) ialah salah satu siri anime berlarutan yang menampilkan robot gergasi atau mecha, yang direka oleh Sunrise. Gundam ialah nama am bagi siri Universal Century (UC) seperti Mobile Suit Gundam dan siri-siri di jalur masa alternatif seperti Gundam Wing. Nama “Gundam” berasal daripada beraneka sumber bersifat teori, dan paling kerap dianggap berpunca daripada perlunya untuk berselaras dengan kebiasaan menamakan robot gergasi pada 1970-an.

    Gundam kini jadi realiti!

    Akhirnya, Jepun berjaya juga membina robot Gundam (RX-78 Gundam) dengan saiz berskala 1:1 di Tokyo. Ini merupaka kali pertama Gundam dibina dengan skala 1:1. Ketinggiannya mencecah 59 kaki. Khabarnya 50 titik pada robot Gundam ini dapat mengeluarkan cahaya dan 14 titik dapat mengeluarkan kabut/asap. Kepalanya juga dapat bergerak.

    life-sized-gundam-1

    life-sized-gundam-2

    Pergh!! Besarnya. Cuba bayangkan jika terhempap atas rumah korang...

    Bandingkan gambar pekerja dengan Gundam. Besarkan!!

    Bandingkan gambar pekerja dengan Gundam. Besarkan!!

    life-sized-gundam-rx-78

    Lihat gambar lain di: [ Danny Choo | Mainichi Daily News | Assembled Life Sized RX78 Gundam Part 1 | Assembled RX78 Gundam Part 2 ]

    Youtube Video
    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Incoming search terms for the article:

  • Durian Istimewa: Kulit Kuning, Isi Merah
    July 17th, 2009 | 15 Komen15 Comments Comments

    Sempena musim durian ini saya mahu berkongsi dengan pelawat IzoBlog, durian istimewa berisi merah. Jangan ingat ini durian versi Photoshop pula. Ini durian betul-betul punya nie :D

    Siapa tidak kenal durian.. Durian adalah raja kepada buah, kulitnya yang berduri dan isinya sedap dimakan. Sama ada makan begitu atau pun dibuat bubur, lempuk, dan wajik.

    Berbeza pula dengan durian merah seperti di bawah. Durian Merah merupakan durian liar yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Durio graveolens Becc. Di Sabah durian ini juga dikenali sebagai durian dalit.

    Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat khas dan menyengat. Rasa durian ini tidak sama dengan durian yang biasa dan rasanya lebih lemak.

    Durian Merah ini durian eksotik karena buahnya berwarna merah darah. Makan durian ini tidak memabukkan karena kandungan alkoholnya relatif rendah. Durian Merah (Durio Graveolens) banyak terdapat di Kabupaten Kutai, hidup di hutan, ladang dan tepian sungai Mahakam.

    Durian Merah ini oleh masyarakat Dayak Kenyah disebut durian daun. Mungkin disebabkan lebar daunnya hampir selebar telapak tangan orang dewasa. Tanaman ini menyukai jenis tanah endapan lumpur (alluvial) untuk tempat pertumbuhannya, dengan ketinggian 50 – 200 m.

    durian-isi-merah-1

    durian-isi-merah-2

    durian-isi-merah-3

    Durian berisi merah ini merupakan durian liar yang ditemui di hutan Kalimantan. Sama halnya dengan durian lainnya, durian ini mempunyai kulit berduri dan aroma durian yang sangat khas dan amat enak. Yang membuatkannya berbeza adalah warna isi buahnya yang berwarna merah. Daripada cerita yang saya baca di internet, isi durian ini lebih enak daripada durian biasa ;)

    Incoming search terms for the article:

  • Basuh dulu epal sebelum makan!
    February 27th, 2009 | 6 Komen6 Comments Comments

    Hati-hati semasa memakan kulit epal. Kadang-kadang kulit epal dilapisi oleh lilin(wax). Wax ini digunakan dengan tujuan untuk menjaga kualiti makanan sebelum dimasukkan ke tempat sejuk. Epal yang setahun masih kelihatan segar daripada luar disebabkan oleh Wax yang melindungi epal tersebut daripada bakteria. Bakteria  tidak dapat menembusi bahagian dalam epal disebabkan Wax ini.

    epal-1

    epal-2

    epal-3

    Jika beli buah-buahan di supermarket, jangan lupa BASUH dulu sebelum makan ;)

    Incoming search terms for the article:

  • Hati-hati sebelum melepas
    February 17th, 2009 | 11 Komen11 Comments Comments

    Anda rasa gambar sebelum ini sudah cukup bahaya? Cuba perhatikan gambar ini pula.

    ular-dalam-tandas-1

    ular-dalam-tandas-2
    (more…)

    Incoming search terms for the article: