Jika kita lihat pada video di bawah, putaran angin puting beliung itu hanya singgah sekejap sahaja dan betul-betul melalui bazar ramadhan tersebut. Putarannye kena tepat pada bazar ramadhan itu..hanya Allah yg tahu kenapa dan mengapa hanya tempat itu sahaja yang disinggah. Lihat video di bawah.
Tragedi Bazar ramadhan Jasin 2010
Berita TV3: 3 Terbunuh Khemah Bazar Ramadhan Jasin Runtuh
Suasana di tapak kejadian selepas ribut melanda
Musibah ini meragut 3 nyawa dan 18 lain yang cedera. Blogger Muslimeen United ada bercerita lebih lanjut tentang musibah ini:
Musibah Bazaar Ramadhan – Amaran Allah !
Pada ruangan page Facebook KBSB pun ada menceritakan hal yang sama.

Kejadian mengajar betapa besarnya kuasa Allah, Yang Maha Pencipta yang memberikan rezeki dan menurunkan bala diatas kehendak-Nya. Kita yang masih hidup jangan setakat hanya melahirkan simpati malah perlu bermuhasabah diri di atas kesilapan yang berlaku. Puasa penting, solat 5 waktu pun penting.
Solat jangan sesekali ditinggalkan walaupun kita berlumba-lumba mencari rezeki kerana kita WAJIB YAKIN semua rezeki datangnya daripada Allah. Semua diatas ketentuan-Nya. Jangan kita leka tugas kita sebagai khalifah di bumi ini. Sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya untuk kita fikirkan bersama. Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk pada kepada kita semua. Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban.



Peng’Komen’ Berani Mati