Isu Semasa

Malingsia OR Indonsial?

Tajuk jer bikin panas…sebenarnya takde apa-apa. Tengok video dibawah…hujah daripada Pak Remy berkenaan isu ciplak-menciplak nie. So selepas ini kita janganlah terlalu emosi. Warga Malaysia pun kena cool juga. Asalkan ade fakta, kita tak payah buang masa nak berlawan perang mulut ngan dia orang.
You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

2 comments - What do you think?

Terlampau..Memalukan Terengganu!!

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

AWAS…..Video ini adalah sebagai pengajaran kepada semua perempuan dan muslimah. Sebagai sesuatu perkara yang kita perlu fikirkan dan bertindak dengan realistik. Bagaimana anak-anak gadis kita pada masa-masa akan datang? Saya tidak tahu dimana lokasi tempat berlaku adegan ini, tetapi berdasarkan loghat mereka yang terlibat…semuanya ORANG TERENGGANU. Astaghfirullahal ‘alazim.

RUGINYA ORANG YANG MINUM ARAK
Abul Laits mengatakan, “ Jauhilah minum arak, kerana di dalamnya mempunyai 10 perkara yang tercela:
1- Apabila seseorang itu minum arak maka kedudukannya seperti orang gila, akhirnya di menjadi bahan ketawa kanak-kanak. Dan tercela ia bagi orang yang berakal.
2- Arak itu boleh menyebabkan hilang dan menyebabkan musnahnya wang ringgit.
3- Minum arak boleh menyebabkan timbulnya permusuhan antara sahabat.
4- Minum arak akan menghalangi seseorang itu ingat atau berzikir kepada Allah S.W.T. dan akan menghalangi dia dari mengerjakan solat.
5- Minum arak akan mendorong perbuatan zina. Sebab seseorang yang minum arak mungkin denggan mudah menceraikan isterinya tanpa dia sedari.
6- Minum arak adalah anak kunci segala perbuatan jahat, orang yang minum arak mudah sekali melakukan perbuatan terkutuk.
7- Minum arak boleh menyakiti keluarganya dan teman-temannyan kerana mengiringi ketempat fasik.
8- Orang yang minum arak wajib dihad, di hukum dengan 80 sebatan, kalau ia tidak dipukul di dunia dia akan di pukul di akhirat dengan cemeti api neraka di hadapan orang ramai dan disaksikan oleh bapa dan teman-temannya.
9- Minum arak itu menyebabkan pintu langit ditutup baginya, kerana semua amal baiknya dan doa-doanya tidak diterima selama 40 hari.
10- Minum arak itu menyebabkan dikhuatiri dicabut imannya.

Kesemua akibat ini adalah di dunia sebelum dia mati setelah itu dia akan menghadapi pula siksa akhirat nanti.

Siti Aisah R.A. berkata, Rasulullah telah bersabda:
“Orang yang minum arak, maka janganlah kamu kahwini. Kalau sakit janganlah kamu ziarahi dan bila mati janganlah engkau solati. Demi Allah yang mengutus saya sebagai nabi dengan membawa agama yang benar, tidak akan mahu minum arak kecuali orang-orang yang terkutuk, baik diterangkan di dalam kitab Taurat, Injil, zabur dan Furqan.

Barang siapa yang memberi makan kepadanya meskipun sesuap sahaja, maka Allah S.W.T. akan membelitkan ular dan kala jengking pada badannya. Barang siapa yang melaksanakan keperluannya, maka bererti dia menghancurkan agama Islam. Barang siapa meminjamkan wang ringgit kepadanya bererti dia membantu membunuh seorang mukmin. Dan barangsiapa mempergauli dia, maka akan dihalau oleh Allah dalam keadaan buta tanpa ada hujjah baginya.”

Wallahua’lam..

16 comments - What do you think?

« Previous PageNext Page »