Logo Background RSS

» My Diary

  • Video Montage untuk Hari Guru
    May 18th, 2010 | 3 Komen3 Comments Comments

    Nak tengok lebih jelas, lawat link di bawah:
    http://www.facebook.com/IzoBloG?v=app_2392950137&ref=profile#!/video/video.php?v=1457328471663

    Incoming search terms for the article:

  • Selamat Hari Guru 2010
    May 15th, 2010 | 1 Komen1 Comment Comments


    Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.

    Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.

    Boleh dikatakan 99 peratus daripada lebih 360,000 guru di Malaysia adalah mereka yang sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dan detik hati kecil untuk membantu anak didiknya berjaya.

    Tidak ada guru yang akan berfikiran sebaliknya malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa.

    Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.

    Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun di Hari Guru ini untuk mengenang jasa mereka kita.

    Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya sejak peringkat rendah sehinggalah sekarang. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga anda BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT selalu.

    Incoming search terms for the article:

  • Bertemu kembali….
    April 18th, 2010 | 7 Komen7 Comments Comments

    Sekira anda selalu melayari blog ini, anda akan sedari lebih sebulan ia ditinggalkan. Tidak aktif.
    Kali terakir saya masukkan post ialah pada 15 Mac 2010 lalu.

    Saya amat sibuk atas beberapa sebab:

    Pertama: Saya dalam waktu praktikum. Kalau orang yang bakal jadi cikgu tentu tahu macam mana sibuknya time praktikum. 16 April sudah tamat waktu praktikum.

    Jika ingin diibaratkan riak muka bakal guru yang sedang praktikum mengikut hari, mungkin inilah sinopsis terbaik.

    Hari Ahad, muka cikgu-cikgu yang sedang praktikum bukan setakat monyok semonyok-monyoknya. Nak kena siapkan RPH, ABM, Jurnal dll. Riak wajah mungkin macam gambar ini…

    Hari Isnin, monyok sudah berkurangan sikit…

    Hari Selasa, sudah bisa tersenyum…

    Hari Rabu, senyuman makin melebar…

    Hari Khamis! Konfirm pensyarah tak mari observed keesokan hari coz esok cuti hujung minggu. Ah…hari penuh dengan senyuman! Paling manis & paling indah!

    Jumaat & Sabtu pulak….

    Ya, memang tepat sekali! :biggrin:

    Kedua: Saya baru berpindah hosting. Posting saya sebelum ini yang bertajuk Time to say goodbye… itu bukanlah bermaksud saya yang akan berpindah ke US. Tetapi hosting saya yang berpindah lagi. Kali nie berpindah ke US pula. Kalau anda rasa loading blog ini agak perlahan berbanding sebelum ini harap dapat bersabar yer. Maklumlah server US. Sebelum nie server Malaysia.
    :cwy: Terima kasih kepada yang bagi sokongan untuk saya terus berkarya di alam maya ini.

    Ketiga: … agak-agaknya apa sebab seterusnya. Mahukan clue? Flippa.
    Yer!! Saya ingin mencuba nasib dengan Flippa pula. Bagi yang belum tahu, Flippa ini merupakan sebuah web untuk menjual beli website. Sebelum ini saya aktif dengan adsense. Tetapi selepas jer Google mengganas baru-baru ini (2account kena banned), saya sudah tawar hati dengan Google. Ini antara satu-satunya sebab saya berpindah hosting. Sebelum nie pakai dedicated hosting Exabytes.

    Insya-Allah kita bertemu lagi di lain post. :smile:

    Incoming search terms for the article:

  • Time to say goodbye…
    March 15th, 2010 | 13 Komen13 Comments Comments

    happy
    Rasanya bulan nie kena pindah lagi.
    Time to say goodbye…It’s been a great moment, but sometimes good thing must come to an end.
    Bulan depan mahu pindah ke US.
    Selamat tinggal Malaysia!!!
    :pouty: :pouty:

  • Selamat Tahun Baru Hijriyah
    December 17th, 2009 | 2 Komen2 Comments Comments

    maal-hijrah
    Salam Maal Hijrah (1431H)