Profile Facebook aku kena disabled!

Masuk bulan baru 1 Mac 2011, Facebook telah disabled aku punya account.
Semasa disable…aku mempunyai lebih kurang:
Friends: 500 orang
Fanpage (Owner): 20
Groups (Owner): 3
Mafia War: Level 250, Friends 300++
Aku ada email Facebook team…bertanya apa sebab mereka disabled profile aku. Tapi sampai sekarang masih tidak berbalas.
Kawan(friends) boleh dicari…tetapi bagaimana mana nak kumpul balik beribu-ribu orang yang like fanpage aku yer! Sebelum nie pun ambik masa berbulan2 untuk kumpul semua itu.
Tetapi jika difikir secara positif, bagus juga. Sekurang-kurangnya aku mempunyai banyak ruang masa untuk update blog. Sebelum nie masa banyak terbuang di Facebook.
Ucapan Selamat Hari Raya 2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tidak lama lagi, kita akan menyambut kedatangan syawal. Oleh itu, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan
“Selamat Hari Raya Aidilfitri” kepada semua pelawat IzoBlog.com.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika terdapat kesalahan yang mungkin tidak disedari sepanjang saya berblog di alam maya ini. Mungkin ada sesetengah post atau perkataan saya yang telah menyinggung atau melukakan hati anda tanpa disedari.
Saya mohon kemaafan dengan sepenuh jiwa, seikhlas hati.
Ramadhan mubarak sampai ke penghujungnya,
Sinar Syawal mula menjelma,
10 jari disusun maaf dipinta,
Mudah-mudahan amalan diterima Yang Maha Esa.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Sekian.
