Video Montage untuk Hari Guru
Nak tengok lebih jelas, lawat link di bawah:
http://www.facebook.com/IzoBloG?v=app_2392950137&ref=profile#!/video/video.php?v=1457328471663
Selamat Hari Guru 2010

Sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita merenung dan menghayati pepatah Melayu “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain”. Pengertian ini sangat mendalam. Ia bermakna, guru sedia berkorban, masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya. Sama ada di dunia dan akhirat.
Oleh itu, wajarlah seorang guru itu perlu dihormati dan disayangi. Tetapi sejak kebelakangan ini, rasa hormat dan sayang terhadap guru semakin terhakis. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga menunjukkan sikap angkuh dan rendahkan guru.
Boleh dikatakan 99 peratus daripada lebih 360,000 guru di Malaysia adalah mereka yang sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dan detik hati kecil untuk membantu anak didiknya berjaya.
Tidak ada guru yang akan berfikiran sebaliknya malangnya masyarakat suka dan cepat melihat keburukan daripada kebaikan dengan memberi tumpuan kepada kejadian yang dilaporkan media mengenai keburukan dan menghukum dengan pandangan serong serta prasangka, khususnya ibu bapa.
Keadaan ini membimbangkan kerana kerap berlaku ibu bapa tanpa usul periksa hanya mendengar sebelah pihak dan menyerang guru dengan mengambil tindakan yang menjejaskan kewibawaan mereka.
Oleh itu, amatlah wajar sekali kita mengembalikan rasa hormat kepada guru dalam apa cara sekalipun di Hari Guru ini untuk mengenang jasa mereka kita.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru” kepada semua guru-guru yang pernah mengajar saya sejak peringkat rendah sehinggalah sekarang. GURU….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga anda BAHAGIA dan diRAHMATI Allah SWT selalu.
