Ubat selsema Original & yang tak Original
Hari ni badanku rasa kurang sihat. Selsema. Mungkin disebabkan terpaksa bertugas sebagai urusetia di padang bola selama 3 hari pagi dan petang + memikirkan assignment maktab yang tak siap-siap lagi. :D Kepada ahli kumpulan BA2 jika ada yang baca blog nie, nak pesan sikit…jangan tangguh-tangguh buat assignment yer. Nanti kepala jadi berserabut.
Melihat selsemaku semakin teruk, aku pergi ke farmasi yang berdekatan.
Aku: Assalamualaikum, ubat selsema ada tak?
Jurujual Farmasi: Hidung berair ke berhingus?
Aku: Nak yang pil!!
(Dengan selamba jer aku jawab. Silap dengar…ingat dia tanya nak yang cecair..tu ler sapa suruh cakap pelahan sangat) :D
Jurujual Farmasi: Saya tanya untuk hidung berair ke atau berhingus?
Aku: OoO..untuk hidung berair.
Aku: Berapa harga ubat selsema tu?
Sambil mencari ubat selsema di dalam almari…
Jurujual Farmasi: Satu biji RM1.20
Terfikir juga aku…uish mahalnya. Biasanya aku beli kat klinik Nabilah dalam RM2.00 jer satu papan. Aku bayangkan mesti ubat tu sebesar Panadol Soluble. Atau mungkin lebih besar lagi…kerana Panadol Soluble yang sebesar itu pun harganya baru RM0.60
Jurujual Farmasi: Nah!! ambil ni… sebiji RM1.20, 10 biji RM12.
Aku belek-belek sekejap sambil mulut tercengang..ingatkan dia nak bergurau. Tapi muka dia nampak cam serius jer.
Aku: Betul ke harga ubat ni RM1.20 sebiji.
Jurujual Farmasi: Yer betul.
Aku ternganga..terus tercengang. Aku rasa kalau anda sendiri yang beli pun mesti tercengang juga. Yerlah…ubatnya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan biji kuaci. Nasib baik besar sikit daripada Pil Chi Kit Teck Aun.
Aku: Biar betul RM12 sepapan..Kenapa mahal sangat?
Jurujual Farmasi: Ubat selsema ni yang Ori. Pasal tu mahal. Ke nak yang tak Ori? Yang tak Ori ada… RM2 jer sepapan.
Aku: Ada juga yang Ori dengan yang tak Ori ek? Baru kali pertama nie dengar. Apa bezanya?
Jurujual Farmasi: Ubat yang Ori ialah ubat yang diimport. Yang tak Ori tu buatan tempatan jer..
Aku: Mana satu yang lebih power?
Jurujual Farmasi: Rasanya sama jer kesan dia.
Aku terus ambil yang RM2 tu dah terus buat pembayaran.
Ucapan Selamat Hari Raya 2009
Background Credit to: Aiman Studio | Software: Sothink SWF Quicker
Dikesempatan ini saya ingin memohon…
Ampun dan maaf andainya saya ini…
Terkasar bahasa dalam berbicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya anda terima (terutamanya subscriber)
Termacam-macam yang kena-mengena..
Di hari yang mulia sepuluh jari saya hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana saya masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin
Kullu ‘Am Wa Antum Toyyibiin.
كُلٌّ عَامٍ وَ أَنْتٌمْ بِخَيْر
كُلُّ سَنَة وَ أَنْتٌمْ طَيِّبِيْن
Psst…takde idea nak kasi SMS Ucapan Selamat Hari Raya kepada teman sempena hari raya nie? Jangan risau…anda boleh cari idea di sini.
Atau anda hendak antar kad raya digital kepada teman2 di Friendster, Myspace, Hi5, Blogspot dll.. Anda boleh layari di sini.
Sempat lagi promote tu..hehe :D
