Logo Background RSS

» My Online Marketing

  • Senarai 50 Internet Marketer Muda (Bawah 30)
    By Izo on April 27th, 2008 | 2 Comments2 Comments Comments

    Saya sungguh teruja apabila melihat senarai 50 IM (Internet Marketer) muda yang berumur bawah 30 tahun. Yang paling muda dalam senarai tersebut ialah 17 tahun! Oh… saya yang dah berumur 25+ ni sungguh ‘jealous’ sekali apabila melihat senarai tersebut. Namun saya ambil dari sudut positif dan menggunakannya sebagai pembakar semangat untuk meneruskan usaha saya dengan tekun lagi. Doa-doakanlah supaya saya pun berjaya juga ya ;) .

    Untuk senarai lengkap 50 IM muda tersebut, sila lawati blog tersebut dengan KLIK DI SINI.

  • Kisah usahawan internet di akhbar tempatan
    By Izo on April 3rd, 2008 | No Comments Comments

    Irgan Khairi

    Tiga tahun RM satu juta
    Bekerja hanya dari rumah dan berupaya mendapat pulangan yang besar sehingga mampu bergelar jutawan, begitulah yang dapat digambarkan tentang kerjaya seorang usahawan Internet. Benarkah ia semudah yang disangka?

    Baca artikel penuh di sini

    Tidak ada rugi
    Dengan modal yang terlalu sedikit, kita tidak akan rugi. Bahkan, margin keuntungan kita (perbezaan antara modal dan keuntungan) boleh jadi lebih tinggi daripada syarikat-syarikat besar.

    Baca artikel penuh di sini

    IzoBlog: Next 5 tahun saya plak hehehe…

  • 2 Berita gembira untuk usahawan Internet Malaysia
    By Izo on October 1st, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments


    Baru-baru ini Google telah melancarkan kemudahan Western Union untuk pengguna2 mereka drpd Malaysia. Ini memudahkan usahawan2 internet Malaysia, penggiat2 Adsense terutamanya, mengeluarkan duit drpd account adsense mereka. Tidak perlu lagi tunggu Google post cheque ke rumah kita seperti kebiasaan. Dan menunggu sebulan atau lebih untuk cheque di’cash’kan (Maybank sebulan jer) ke dalam account bank. Dengan Western Union, duit drpd account adsense anda akan di cash ke dalam account bank anda dalam masa yang singkat. Ini berita baik buat penggiat2 adsense.

    Untuk berita lebih lanjut:
    http://www.yugatech.com/blog/adsense/adsense-payouts-thru-western-union/


    Belum lagi kegembiraan itu reda, PayPal pula mengumumkan yg pengguna2 mereka dapat mengeluarkan duit melalui Kad Kredit/Debit. Rasanya berita ini lagi HOT. Pasal kita dah sedia maklum yang PayPal tidak dapat access secara direct kepada bank2 di Malaysia. Tidak seperti pengguna PayPal di Singapura yg dapat memindahkan duit PayPal mereka secara direct ke dalam account bank mereka. Ini kadang kala menyukarkan usahawan2 internet di Malaysia untuk mengeluarkan duit drpd PayPal. Sehingga ada yg mengcadangkan supaya usahawan internet di sini membuka satu account bank di Amerika ataupun Singapore. Dengan alternatif terbaru ini saya harap kita dapat memanfaatnya dgn sebaik mungkin.

    Keterangan lanjut:
    http://aycu32.webshots.com/image/28031/2000867637130384769_rs.jpg