Spyware adalah perisian kecil (small software) untuk mencari maklumat di dalam pc melalui sambungan internet tanpa pengetahuan mangsa, lazimnya dalam bentuk iklan popup. Spyware biasanya terselit bersama perisian Freeware atau Shareware yang boleh di muat turun melalui internet. Kadang2 terdapat juga di laman2 web yang kita lawati dan dimuat turun tanpa pengetahuan kita. Spyware dapat mencuri maklumat melalui memori komputer dan bandwidth internet. Ia mirip Trojan Horse. Oleh sebab itu, spyware boleh menyebabkan sistem komputer rosak (crash) atau sistem menjadi tidak stabil. Lebih membahayakan lagi ia juga dapat mencuri password account kita. Kebanyakan spyware tidak dapat di kesan oleh kebanyakan perisian anti-virus biasa.
Untuk mencegah PC kita daripada dihinggapi oleh Spyware ini, kita memerlukan anti-spyware. Kebanyakan anti-spyware yang popular seperti Webroot Spy Sweeper tidak diberikan secara percuma kepada pengguna. Pengguna perlu membayar atau melanggan terlebih dahulu sebelum menggunakannya (Jika anda melanggan Spy Sweeper lagi bagus. Recommend!). Di bawah saya senaraikan anti-spyware yang free dan berkesan untuk menghapuskan spyware dan adware. Kepada kaki-kaki internet tu tidak keterlaluan saya katakan anda WAJIB mempunyai anti-spyware di dalam komputer anda. Beringat dulu sebelum kena. Sediakan payung sebelum hujan ;)
SPYWARE TERMINATOR
Site: http://www.spywareterminator.com
Saiz : 8,311 KB
Nilai : 
Spyware Terminator ialah perisian percuma yang mempunyai ciri Perlindungan Masa Sebenar (Real-Time), HIPS dan Antivirus. Membuang secara efektif sebarang spyware, adware, trojans, keyloggers, lamanweb jahat dan ancaman malware – malah ancaman seperti Look2Me, BetterInternet, VX2, dan CWS. Spyware Terminator mudah untuk digunakan, memerlukan sumber PC yang kecil dan mengimbas dengan cepat.
Selain melindungi komputer dengan perlindungan masa sebenar pengimbasan sistem lanjutan dan kuarantin dilakukan untuk spyware yang ditemui. Ia melakukan pengimbasan yang amat terperinci ke atas cakera keras komputer kita, memori, proses, registry dan cookies untuk mengesan dan menghapuskan semua spyware yang dikenali. “Real-Time Protection” mengawal komputer anda pada masa komputer digunakan, kerahsiaan, dan maklumat peribadi dari ancaman yang tersembunyi sebelum ianya dijalankan, memberhentikan ancaman sebelum ianya terpasang, dan membantu mengawal sebarang perlanggaran ciri keselamatan.
Real-Time Protection’s Internet, System, dan Application Guards memantau lebih 50 tempat keselamatan untuk mengenalpasti aktiviti yang tidak diketahui. Apabila anda melayari lamanweb atau memuat-turun dan memasang perisian baru, Spyware Terminator memantau komputer anda dan akan memberi amaran jika spyware ditemui. Spyware Terminator versi 1.8 memuatkan pelbagai ciri lanjutan.termasuklah “Spyware Terminator self-protection” yang menghalang spyware dari merosakkan atau menyah-aktifkan Spyware Terminator itu sendiri dan membolehkan anda melakukan System Restoration (Pemulihan Semula Sistem) yang akan memulihkan sistem operasi di titik sebelum berlakunya masalah. Perisian ini juga didatangkan dengan Clam Antivirus siap terbina (pemasangan adalah opsyenal) menjadikan ia satu-satunya Ati-Spyware yang amat efektif dan berguna dan yang bagusnya ia boleh mengimbas di latarbelakang tanpa mengganggu sebarang tugas yang anda lakukan samada melayari web atau melakukan kerja-kerja menaip.
Ulasan beberapa pakar mendapati Spyware Terminator ini diberikan taraf 5 bintang contohnya http://www.softsea.com dan www.freewaregenius.com, manakala vnunet dan ZDNET Review memberikan nilaian EXCELLENT kepada perisian ini.
(more…)
Incoming search terms for the article:
Peng’Komen’ Berani Mati