Logo Background RSS

» Tips Komputer

  • Memulihkan Semula Regedit atau TaskManager
    By Izo on October 30th, 2007 | 5 Comments5 Comments Comments

    Seringkali berlaku mutakhir ini beberapa komputer dan laptop menghadapi masalah apabila Regedit atau TaskManager telah tidak berfungsi.

    Hal ini disebabkan oleh sejenis worm bernama W32.Yautoit.N. Ia ialah worm yang disebarkan melalui Yahoo! Messenger. Seterusnya pengguna akan memindahkan worm tersebut kepada pengguna lain melalui pendrive dan disket. Hal diperburukkan lagi apabila komputer tidak mempunyai perisian anti-virus dan anti spyware terkini.

    Tulisan ini cuba membantu untuk anda memahami dan menyelesaikan masalah ini.

    error

    Virus/worm ini telah menyekat program tersebut dari dilaksanakan… (rvhost.exe, sohanad/yautoit, fujacks, bro-act dan sebagainya yang mengganggu setting)…
    Adakah laptop atau PC anda dijangkiti RVHOST?

    (more…)

  • Ketagihan Internet
    By on July 15th, 2007 | 3 Comments3 Comments Comments

    Menurut satu kajian daripada Center For Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh dikategorikan kepada lima kategori utama iaitu seperti berikut:

    1. Ketagihan mendapatkan maklumat.
    Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
    2. Ketagihan menggunakan komputer.
    Ia merujuk kepada individu-individu yang menggunakan komputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
    3. Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet.
    Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet. Misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.
    4. Ketagihan hubungan siber.
    Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik berbual seperti IRC, ICQ, forum dan kumpulan-kumpulan diskusi peribadi.
    5. Ketagihan Seksual siber.
    Ia merujuk kepada individu-individu yang gemar meneroka ruangan lucah serta ruangan berbual dewasa yang membincangkan hal-hal seperti seks secara terbuka.

    Tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan

    Berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:

    1.Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yng berlaku di dunia siber dan merasa rugi atau kecewa sekiranya tidak dapat menggunakannya.
    2. Merasa gelisah atau tidak ketentuan sekiranya tidak dapat menggunakan internet.
    3. Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet, walaupun telah menggunakannya untuk tempoh masa yang begitu lama.
    4. Mengalami gangguan psikomotor. Misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.

    Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan. Menurut Dr. Kimberly Young, (pakar psikologi) menerusi kajiannya mendapati bahawa pesakit ini biasanya mengalami masalah yang sama seperti mereka yang mengalami penyakit ketagihan arak. Contohnya seperti masalah keruntuhan rumahtangga, kemerosotan pelajaran dan juga masalah sosial.