Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
Invisible Mode adalah berguna bagi mengelakkan kita diganggu oleh orang yang tidak dikehendaki atau semasa sibuk.Tetapi tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mengesan bawah pengguna itu sedang online biarpun dia mengguna mode invisible.
Caranya mudah sahaja. Berbekalkan dengan aplikasi web pihak ketiga (3rd party), anda mampu untuk melihat seseorang itu sama ada di luar talian ataupun sengaja menginvisiblekan diri mereka. Anda hanya perlu letakkan ID pengguna tersebut untuk mengetahui status seseorang pengguna itu. Kesemua servis yang akan saya kongsikan ini percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau pembayaran.
Y-Detector
![]()
Y-Detector memeriksa status Yahoo. Berkesan dan selalunya menunjukkan keputusan yang betul.
Status Detect

Status detect ini dikatakan mampu berfungsi dengan baik dan mempunyai antaramuka yang menarik.
Scan YM
ScanYM ini boleh mengesan status YM seseorang, avatar dan sedikit servis yang berguna dan selalunya memaparkan keputusan yang betul.
Y-Status

Selain menunjukkan keputusan yang betul, anda boleh menghantar mesej, melihat profil dan memuat turun avatar melalui Y-Status.
Yahoo! Messenger Invisible Detector
Hantar SMS secara Percuma!!
Salam. Saya terjumpa satu website nie yang membolehkan kita hantar SMS secara percuma. Saya sudah buat percubaan terhadap dua nombor henset saya; Maxis & Celcom. SMS yang dihantar ke kedua-dua nombor tersebut sampai. Ini bermakna sistem SMS pada laman web tersebut memang betul-betul working. Jadi apa tunggu lagi cepatlah manfaatkannya sebelum terlambat.
Step 1:
Buka laman web ini:
http://freesms.cloudapp.net (Note: Ditukar ke link baru..klik link di bawah)
http://for-ever.us/

Step 2: Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor henset kepada siapa yang anda hendak hantar SMS. Pastikan bermula dengan kod negara. Contohnya jika Malaysia, kod negara Malaysia ialah 60. Tulis 60 di depan kemudian baru masukkan nombor henset.
Step 3: Pada ruangan Message, tulis SMS yang anda hendak hantar.
Step 4: Pada ruangan Verify, tulis balik Verification Number. Ini bagi mengelakkan SMS ini dihantar secara automatik.
Untuk menguji keberkesanannya, anda cuba hantar pada nombor anda sendiri dahulu.
Jadi gunakanlah perkhidmatan ini dengan berhemah yer! Jangan melakukan SPAM pulak.

