Logo Background RSS

» Tutorial

  • Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
    January 20th, 2010 | 10 Komen10 Comments Comments

    Invisible Mode adalah berguna bagi mengelakkan kita diganggu oleh orang yang tidak dikehendaki atau semasa sibuk.Tetapi tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mengesan bawah pengguna itu sedang online biarpun dia mengguna mode invisible.

    Caranya mudah sahaja. Berbekalkan dengan aplikasi web pihak ketiga (3rd party), anda mampu untuk melihat seseorang itu sama ada di luar talian ataupun sengaja menginvisiblekan diri mereka. Anda hanya perlu letakkan ID pengguna tersebut untuk mengetahui status seseorang pengguna itu. Kesemua servis yang akan saya kongsikan ini percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau pembayaran.

    Y-Detector
    ym_thumb
    Y-Detector memeriksa status Yahoo. Berkesan dan selalunya menunjukkan keputusan yang betul.

    Status Detect
    ym-statusdetect
    Status detect ini dikatakan mampu berfungsi dengan baik dan mempunyai antaramuka yang menarik.

    Scan YM
    ScanYM ini boleh mengesan status YM seseorang, avatar dan sedikit servis yang berguna dan selalunya memaparkan keputusan yang betul.

    Y-Status
    ystatusinvischecker
    Selain menunjukkan keputusan yang betul, anda boleh menghantar mesej, melihat profil dan memuat turun avatar melalui Y-Status.

    Vizgin Scanner
    ym-vizgin

    Yahoo! Messenger Invisible Detector

  • Hantar SMS secara Percuma!!
    November 4th, 2009 | 19 Komen19 Comments Comments

    Salam. Saya terjumpa satu website nie yang membolehkan kita hantar SMS secara percuma. Saya sudah buat percubaan terhadap dua nombor henset saya; Maxis & Celcom. SMS yang dihantar ke kedua-dua nombor tersebut sampai. Ini bermakna sistem SMS pada laman web tersebut memang betul-betul working. Jadi apa tunggu lagi cepatlah manfaatkannya sebelum terlambat.

    Step 1:
    Buka laman web ini:
    http://freesms.cloudapp.net (Note: Ditukar ke link baru..klik link di bawah)
    http://for-ever.us/
    sms-percuma
    Step 2: Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor henset kepada siapa yang anda hendak hantar SMS. Pastikan bermula dengan kod negara. Contohnya jika Malaysia, kod negara Malaysia ialah 60. Tulis 60 di depan kemudian baru masukkan nombor henset.

    Step 3: Pada ruangan Message, tulis SMS yang anda hendak hantar.

    Step 4: Pada ruangan Verify, tulis balik Verification Number. Ini bagi mengelakkan SMS ini dihantar secara automatik.

    Untuk menguji keberkesanannya, anda cuba hantar pada nombor anda sendiri dahulu.
    Jadi gunakanlah perkhidmatan ini dengan berhemah yer! Jangan melakukan SPAM pulak.

  • Yahoo Mail: Email Filter Tutorial
    October 22nd, 2009 | 11 Komen11 Comments Comments

    Saya buat tutorial ini bagi menjawab pertanyaan daripada masyafinas :

    salam..saudara izo blh tlg saya tak? mcm mn nk kumpulkan semua email dr sender yg sama dlm satu folder secara automatik..(email guna Yahoo mail) tenkiu byk2..

    Anda pengguna Yaho Mail? Kebiasaannya e-mail yang di hantar kepada anda secara default akan masuk ke dalam inbox. Jadi bagaimana anda nak set supaya semua email daripada sender yang sama dimasukkan ke dalam satu folder secara automatik? Begini caranya:
    [Klik image untuk paparan lebih BESAR]
    yahoomail folder-filter-1
    Step 1: Tengok pada ruangan Folder. Kemudian klik Add.

    yahoomail folder-filter-2
    Step 2: Buat satu folder untuk anda masukkan email nanti. Anda boleh guna apa sahaja nama yang anda suka.

    yahoomail folder-filter-3
    Step 3: Kemudian ambil Mail Options.
    (more…)

  • Cara download lagu daripada IMEEM
    May 11th, 2009 | 26 Komen26 Comments Comments

    Siapa tidak kenal Imeem? Imeem merupakan Online Community dimana anda dapat berkongsi dan mencari lagu, video dan artist favorit anda. Malah anda juga dapat menyusun lagu-lagu dalam bentuk playlist dan memainkannya secara online. Ada yang bertanya kepada saya bagaimana ingin mendownload lagu daripada Imeem. Ada banyak cara hendak download lagu daripada Imeem tetapi kali ini saya ingin kongsikan cara yang selalu saya gunakan.

    Untuk tugasan ini kita memerlukan beberapa software. Berikut software yang kita akan gunakan:
    1- Free Music Zilla
    2- Freez FLV to MP3 Converter

    Download kedua-dua software di atas dan install ke dalam komputer anda. Jika sudah selesai download kita terus dengan Step seterusnya.

    Step 1: Buka software Free Music Zilla yang telah di install tadi. Secara default Free Music Zilla akan monitoring file-file di Internet Explorer dan FireFox. Untuk browser lain anda boleh mengubah settingnya.
    download-imeem-01

    Step 2: Lawat laman web IMEEM.com dan mainkan lagu pilihan anda di laman web IMEEM. Lagu yang anda mainkan akan dikesan oleh Free Music Zilla:
    download-imeem-02

    Step 3: Pilih lagu yang terpapar pada Free Music Zilla dan kemudian klik butang ‘Download’. Lagu yang anda pilih akan di download terus ke dalam komputer anda. Sila download sebelum ‘Leech Timeout’ menunjukkan angka 0. Biarkan lagu pilihan anda tadi terus dimainkan sehingga selesai kerja-kerja download selesai.
    download-imeem-03

    download-imeem-04
    Secara default, file yang anda download akan di save di dalam C:\downloads.

    Okey…selesai satu kerja. File lagu yang anda download tadi akan di save di dalam format .FLV Anda dapat memainkan file tadi dengan menggunakan FLV player atau Windows Media Player Classic.

    Step seterusnya… Bagaimana ingin menukarkan format .FLV tadi kepada format .MP3 supaya boleh dimainkan oleh Winamp dan program seangkatan dengannya. Ingat lagi tak Freez FLV to MP3 Converter yang kita download di awal step tadi? Inilah waktunya.
    (more…)