Biar Mati anak, Jangan Rosak BMW
-
Kisah ini saya dapat daripada Yahoo groups. Kesahihannya wallahu a’llam. Tetapi penulis asal memberitahu yang kisah yang dia tulis ini merupakan pengalaman sebenar yang dialami oleh isterinya sendiri. Ikutilah sketsa menarik ini :D
*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.
Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.Car park yang mengadap DEMC tu..
Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis…alahai kesiannya…
Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur 1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).
Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci anak dalam kereta rupanya …
Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu…
Pompuan A: umpil aje la pintu kereta ni
Mak Budak tu: tak boleh …(sambil menangis)…nanti suami saya on the way balik ambil kunci spare…
Pompuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati ke?
Mak budak tu: (sambil menangis)…nanti suami saya marah…
Pakcik B: Isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni…
Pakcik C: “Mana bapaknya???”
Mak Budak tu: “Dia balik Meru ambil kunci”
Semua orang: “Apa! Meru!!!”
Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram…
Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata…”saya takut suami saya marah” “Tunggu suami saya datang”…Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil kapak, pecahkan cermin kereta ni… biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak sayang nyawa anak ke?
Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin kereta, beberapa orang pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu…
Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik memberi komen ” aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru boleh masuk!”
Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin tepi sebelah pemandu…praannng….!!!! Selesai masalah…
Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan…kesian baby tu..berpeluh-peluh dengan kulit pun pucat dah naik biru….
Seorang lagi lelaki menjerit “biar saya periksa dia…. saya doktor”. Si doktor mendukung bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu…
Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC…bapak dia masih tak muncul-muncul …ye la Meru tu kan jauh…. mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu…
P/S: Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Ye betul ..orang melayu Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih compassionate berbanding orang KAFIR. Kononnya lebih mulia daripada bangsa-bangsa lain yang tak Islam.
Syabas Malaysia Boleh!!
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.











February 9th, 2008 at 1:03 pm
Sketsa yang menarik perhatian saya. Artikel yang baik untuk dijadikan ikhtibar buat semua.
Tidak semua juga pasangan Islam bersikap begitu. Yang ada sanggup tergadai nyawa kerana anak mereka. Sketsa di atas ini adalah pasangan Islam yang matrex. Gila dunia. :D BMW tu diibaratkan anak sulung dia. Apa boleh diungkapkan lagi kalau dah memang Cinta pada Dunia. ;)
p/s: Kereta boleh dicari ganti tetapi zuriat bukan boleh dijual beli. :(
February 10th, 2008 at 4:55 am
This thing hapened once in my husband’s BMW. Thank God, the air-cond was on..my 3 yo kid accidentally pushed the auto lock button..
Nasib ada Cina kunci yg boleh meddle with the keys, and tak perlu pecahkan cermin pun..
February 10th, 2008 at 4:59 am
Uish..susah gak ngan BMW nie yer. Baru fikir nak pkai BMW :( Tak jadi balik ler..
February 10th, 2008 at 11:00 am
Eh, boleh jer naik BMW. Take a Bus, Mrt or Walk. :) Jimat duit… ;)
February 10th, 2008 at 4:05 pm
ad jugak manusia camni…
February 13th, 2008 at 4:42 pm
lor..syg sgt kt bmw tu lebih drp syg kat anak
March 5th, 2009 at 4:49 pm
:em51: :em51:
ishk3 sedih btl klau ada mak ayah cm2…
trgmak mrk tngk ank trseksa sbb lbh syngkn kebendaan
klau jd benda buruk kat ank 2 bru mnyesal x sudah :em25:
March 5th, 2009 at 10:31 pm
:em30: lol…artikel nie setahun lpas~ apasal sy x prsan eh~ :em41: :em41:
March 6th, 2009 at 2:02 pm
eeeeeeee sdihnye… :em51:
ade jgak ibu bpk cm2..
walaupun sy blum kwin tp ade la jgk cfat ksihan kt baby 2..
sybas bt msyarakat y prihatin 2..smoga usaha kalian mndpat ganjaran yang setimpal..salam… :em47:
August 5th, 2009 at 4:59 pm
:em38: Sengal betoi…..
npe la ad owg cm2 lam dunia ini…
August 27th, 2009 at 2:13 am
he he he mcm cerita aku jer.. mujo ler x jauh sgt nak ambik kunci spare…selamat baby ngan kreta aku…pastu baru ler buat kunci spare banyak2…pengajaran tu…ingat wat kunci spare banyak2 dan bawa kemana anda pergi…