Kata-kata Hikmah (Part2)
-

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.
Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.
Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.
Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.
Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.
Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.
Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.
Incoming search terms for the article:
Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.
//Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.









June 29th, 2009 at 11:24 am
safar’s last blog post..wanita tunjuk ketiak sebab banyak deodoran
October 26th, 2009 at 2:50 pm
Termaktub dalam sepucuk surat khalifah Umar kepada Abu Musa Al Asyaari: “Milikilah sifat sabar. Sifat sabar itu ada dua. Sabar yang pertama lebih afdhal dari sabar yang kedua iaitu sabar dalam meninggalkan larangan Allah SWT dan sabar dalam menghadapi musibah. Ketahuilah bahawa sabar itu sangkutan iman (orang yang bersabar akan mendapat iman) kerana kebajikan yang paling utama adalah taqwa dan taqwa hanya dapat dicapai dengan sabar.”
salam ukhuwah sekencang dakwah… 
July 28th, 2010 at 7:40 pm
Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam permasalahan seseorang adalah ibarat kepala kpd sesuatu tubuh. Jika kepalanya hilang, maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. sama halnya, jika kesabaran itu hilang, maka permasalahan akan bertambah buruk( riwayat Saidina ‘Ali bin Abi Talib)- sekadar Renungan bersama….