Logo Background RSS

Antara Ramadhan di Mesir dan Ramadhan di Malaysia

  • Written by IzoIzo 12 Comments12 Comments Comments
    Last Updated: September 30th, 2007

    Petang tadi pergi Mydin jap cari barang2 keperluan harian. Kat Mydin penuh sesak dengan pengujung. Tingkat atas tok sah kater lah…lagi ramai dengan pengunjung yg mencari pakaian untuk raya nanti. “Uish! Ramainya yg tak sabar2 nak sambut raya.” Terdetik dalam hati saya. Lebih ramai yang nak menyambut tibanyanya Syawal jika nak dibandingkan dgn sedihnya untuk meninggalkan Ramadhan. Saya masih ingat lagi..3 tahun saya menetap di Mesir, takde satu pun baju raya baru yang saya beli. Ini kerana suasana di sana tidak melebih-lebihkan sangat sambutan hari raya. Pasal tu baru2 nie mak saya terkejut bile saya cakap taknak baju raya baru :D . Tapi setelah dipaksa…akhirnya tempah gak satu.

    Mungkin ada sedikit perbezaan kalau bulan ramadhan di Mesir dan Malaysia. Perbezaan bulan Ramadhan di Mesir memang cukup meriah. Ada majlis berbuka secara percuma di masjid2 (Maidatul Rahman), solat terawih yang boleh tahan panjangnya (8 rakaat satu juzuk). Tapi walaupun panjang..masjid2 penuh dgn orang ramai.

    Suasana kat Malaysia pula apabila tiba bulan puasa masa tu lah bercambahnya pasar2 ramadhan yang menjual bermacam-macam juadah dan kuih muih. Memang seronok walaupun tak kita tak membeli, tetapi hanya sekadar melihat juadah yang disediakan. Seolah2 apabila tiba Ramadhan, ia seperti pesta makan dan minum. Sembahyang terawih kat Malaysia, biasanya orang akan cari masjid mana yg abis paling cepat. Kalau yg panjang2 mmg takde org ler..usahkn nak baca satu juzuk. :)


    Sambutan Ramadhan di Mesir

    Di Mesir makanan arab yang hanya ada di bulan Ramadhan bolehlah dianggap spesial bagi masyarakat tempatan. Saya masih ingat sewaktu detik-detik akhir saya di Mesir (2006) apabila kawan saya mengajak untuk makan malam di sebuah restoran yang menyediakan menu roti arab. Roti itu kami pesan bersama Firakh Mashwi (Ayam Panggang). Makan roti arab di restoran itu (Malaysia) tidak sama dengan makan roti arab di tanah arab (Mesir).

    Di Mesir roti dipelbagaikan dengan beberapa nama. Antaranya ‘ish (sejenis roti yang diperbuat daripada gandum jenis murah) juga disebut khubz dalam bahasa arab fushah. Fino (roti panjang) dan sebagainya. Khubz atau ‘ish ini amat terkenal dengan harganya yang murah dan menjadi makanan asasi kepada masyarakat arab Mesir.

    Untuk makan ‘ish boleh dicecah dengan kuah kacang yang dipanggil ful atau berintikan sejenis masakan tempatan berbentuk ‘cucur’ yang disebut sebagai to’miah. Masa saya mula datang ke mesir dulu saya ingat to’miah itu adalah ‘naget’ kerana bentuknya hampir serupa bentuk ‘naget’ di KFC. Saya tertipu.

    To’miah diperbuat daripada adunan tepung, bahan-bahan yang tersendiri dan sebagainya yang saya sendiri tidak pasti. Bentuknya apabila digoreng seperti ‘masalodeh’ (sejenis makanan kaum India di Malaysia).

    Masyarakat arab lebih sukakan ‘hagah’ yang dianggap spesial tadi. Antaranya ialah qutaiyyaf (tepung yang dimasak di atas kuali tanpa minyak berbentuk bulat dengan rasa tawar tanpa gula), kunafah (sejenis makanan seperti bihun tetapi berasaskan tepung dengan rasa tawar). Yang mengeronokkan ialah kunafah diperbuat dengan menggunakan kuali khas berserta mesinnya yang tersendiri. Mesin itu bergerak membentuk bulatan dan cairan tepung dituangkan bersejat membentuk garis panjang yang membulat dan akhirnya membentuk kunafah yang seperti bihun itu. Tetapi kunafah bukan bihun yang boleh dimakan bersama sup atau digoreng… kunafah disesuaikan dengan cairan air gula, kismis dan kelapa parut di dalam loyang. Memakannya dengan memotong mengikut kesesuaian dan dijadikan ‘halwa’ (makanan manis) selepas iftar (berbuka).

    Kedai-kedai yang menjual kedua-dua makanan tersebut pula mengunakan sistem timbang. Ini bermakna kita membeli dengan menyuruh si penjual menimbang banyak kadar yang dikehendaki. Tetapi harganya murah dan berpatutan. Meskipun banyak premis yang dibuka untuk menawarkan kedua-dua jenis makanan tradisi Mesir ini namun permintaan dari penduduk tempatan juga amat tinggi sehingga menyebabkan ada yang sanggup beratur untuk mendapatkan makanan tersebut.

    Berlainan halnya dengan di Malaysia. Mungkin orang akan sanggup beratur untuk mendapatkan bubur lambuk di masjid-masjid yang menawarkannya. Sebagaimana bubur lambuk akrab dengan suasana puasa di tanahair begitulah juga qutaiyyaf dan kunafah akrab dengan suasana puasa di Mesir. Selain dua makanan tersebut yang menjadi tradisi istimewa di Mesir, rakyat Mesir juga apabila masuknya Ramadhan menyambutnya dengan pelbagai situasi. Anatara yang istimewa ialah: fanus (sejenih lampu yang dirumahkan dengan rumah yang pelbagai bentuk digantuang di antara bangunan dengan bangunan atau di balkoni rumah). Bentuknya ada mirip seperti ‘tanglong’ masyarakat Cina di tanahair. Akan tetapi fanus di Mesir telah diislamikkan dengan bentuk-bentuk masjid antaranya dan pelbagai bentuk lain. Diperbuat dengan pelbagai saiz dan rupa yang menarik.

    Selain itu, ajwa’ Ramadhan (merupakan kertas-kertas yang diukir dan digantung di antara gantungan fanus di bangunan-bangunan) memeriahkan lagi suasana Ramadhan di Mesir. Tetapi kertas-kertas itu setelah habisnya Ramadhan akan menjadi sampah pula bersepah di antara jalan dan bangunan.

    Berbuka puasa di Mesir tidak merunsingkan. Ini kerana banyak masjid yang menawarkan ‘maidah rahman’ jamuan (iftar) berbuka puasa. Kebiasaan makanan yang disajikan ialah makanan tradisi masyarakat Arab. Saya pernah menghadiri majlis berbuka bersama orang-orang Arab di sini banyak kali. Anatar menu yang disajikan ialah firakh mashwi (ayam panggang) di makan dengan ‘ish (roti), atau urz (nasi) berserta salatoh, tohainah, turshi dan halawa (manisan) sebagai pencuci mulut. Selain itu ada juga yang menyediakan hawashi (roti berintikan daging kibash mirip murtabak di Malaysia), daging masak bersama kentang, dan beberapa menu lain lagi.

    Sebelum saya terlupa, satu lagi tradisi masyarakat sini yang saya terkejut ialah tradisi kejut sahur. Ini dinamakan ‘musahharati’. Biasanya musahharati akan bertugas mengejutkan sahur (memaksak sahur) dengan mengetuk-ngetuk kompang atau tin dengan ketukan yang boleh mengganggu tidur. Ketukan akan bermula sekitar jam 1.30-2.00 pagi kebiasaannya.

    Pelbagai peristiwa sebenarnya berlaku di Mesir sepanjang permukiman saya di sana. Bermula dengan tidak tahu apa-apa sehinggalah sekarang saya seperti sedih andai suasana yang pernah saya kecapi di sana dulu hanya akan menjadi nostalgia hidup saya.

    Saya terkenangkan sebuah hadis Rasulullah saw yang bermaksud: “Dua kegembiraan bagi orang yang berpuasa iaitu apabila sewaktu hendak berbuka dan kedua apabila bertemu dengan Allah SWT.

    Banyak lagi peristiwa yang sepatutnya saya tulis tentang Ramadhan di Mesir. Kalau di Mesir ada hagah helwa (benda istimewa) tentu di Malaysia juga begitu bukan? Lain tempat lain halnya. Jauh mengembara luas pandangan. Luas pandangan tambah pengalaman. Banyak pengalaman menambah kematangan.

    Andai dipanjangkan umur oleh Allah untuk Ramadhan2 akan datang, ingin rasanya saya merasa berpuasa di sana sekali lagi. Kalaupun sepuluh tahun akan datang tulisan ini masih kekal, saya harap kenangan saya akan berulit semula dan nostalgia Ramadhan di Mesir bermain di ruang mata.

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 abdfatah
    September 30th, 2007 at 5:27 am

    wah… menarik. nice blog… good info… selamat maju jaya. perbezaan puasa ramadhan antara malaysia dan negara lain memang takleh lari dari bazar ramadhan yang perlu direbut peluang oleh ramai orang untuk mmbeli juadah berbuka puasa… itulah dia senario yang akan kita dapati setiap tahun…

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 Izo
    September 30th, 2007 at 7:21 am

    Malaysia mmg tak leh lari dr bazar ramadhan. Kalau nk cari duit lebih untuk raya nanti, time bazar tu ler bleh rebut peluang. Tapi yg sedihnya ramai yg lebih tumpu pada bazar ramadhan drpd meng’imarah’kan bulan ramadhan tu sendiri.

    Terima kasih kerana melawat. :)

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 irsyad
    October 5th, 2007 at 12:32 am

    woh, mntang2 ye blajo mesir.. sedak lalu komen care malaysia..
    ngehehehe. ambe puah ati shoping g ipoh baru2 ni..

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 amboh_kabo
    October 7th, 2007 at 9:16 pm

    bagus entri ni..blh la tau sikit2 pengalaman puase kat mesir..

    tp kn, puasa kat mana2 pun sama je..
    pahala pun x beza ikut tempat.. insya Allah.

    yg jd byk peseng ceritanya sbb perbezaan budaya..
    semua budaya ah.. makanan nye.. peel nye.. terawihnya.. mcm2

    kesimpulannya,
    renungkan kembali hikmah disebalik ibadah puasa tu..
    ia bukan pasal makanan.. bukan fasal ketentuan jenis juadah, minuman dan manisan..
    tp, erm.. x yah citer lah.. sbb korang pun tau kan.. kan.. uhuhu
    selamat berpuasa kepada semua saudaraku sekaliang..
    dan selamat berhari raya. Maaf zahir dan batin

    p/s: sek2 tukang komen ni x leh ltk smiley ke? huhu

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Izo
    October 8th, 2007 at 1:31 am

    Set tukang komen buleh jer letak smiley. Pakai code dia ah..sama macam code YM (Tgk kt YM dakpe). Dia akan tukarkan automatik kepada smiley.

    Masa duk Mesir aritu rasa lebih seronok bulan puasa drpd sambut raya. Sini lebih seronok raya pulak drpd bulan puasa. Kena rasa sendiri baru tau. :D

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Muslimah
    October 11th, 2007 at 11:24 pm

    Yang sebenarnya Raya yang kita sambut selalu pada tiap-tiap tahun di negeri kita terikat pada adat. Hari Raya dimeriahkan… Kalau tidak silap, zaman dulu-dulu Ghayeerrr pertama mereka penuh di pangung wayang. :lol: Lohni, alhamdulillah, nampaknya dah ramai yang sedar pun apa erti sambutan Aidilfitri yang sebenar-benarnya. ;) Walau apa sekali pun, saya ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Mohon Maaf Lahir & Bathin andai kata saya ada beri komen-komen yang mengandungi bahasa yang kurang elok. Harap dimaafkan yer. :)

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 rosita
    November 23rd, 2007 at 12:53 am

    uuh .. asyik sungguh membaca tulisan ustaz diblog ini. saya pun ada seorg anak sedang menuntut di Cairo, tak lah pula diceritakan perihal juadah org2 arab ni waktu Ramadhon. agaknya pasal dia tak balik Malaysia lagi kut…
    bagus le juga boleh la saya tahu apa yg dia makan kat sana dan keadaan berpuasa dan sambutan hari raya dia disana.

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Eidruz
    June 18th, 2009 at 4:48 pm

    Sbrnya itulah tempat kita..kalau dTV baru bermula Ramadan tapi ambang Syawal dah iklankan..takda yang memeriahkan Ramadan dgn beribadat..apa yg kita nampak kemeriah ghairah menyambut kedatangan Syawal.. Pengalaman saya sewaktu di Tanah Suci di bulan Ramadan. Masa siang berikthikaf didalam masjid dan malam berterawih dan sholat malam..mmg meriah di bulan Ramadan. Tapi bila di hari raya taklah semeriah di Malaysia..mmg amat berbeza dgn budaya kita..

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 unstoppable001
    August 29th, 2009 at 12:27 pm

    Salam… sahabat2 semua, alhamdulillah, syukur kita kpd Allah SWT krn dpt bertemu lagi dgn Ramadan..,tahun ini amat beerti bg saya dan group2 yg lain, boleh mengenali kami dan seluruh warga northernbionaf
    Posting terkini di blog unstoppable001: NORTHERNBIONAF OFFICIAL CAR STICKER My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 Izo
    August 29th, 2009 at 2:15 pm

    Nie posting lama.. bulan puasa tahun 2007 aritu lagi.. Tapi takpe, bleh ambik pengajaran :em32:

    Post ReplyPost Reply
  11. #11 ummu masyitah
    August 31st, 2009 at 12:19 am

    assalamualaikum.dah lama pun tak pe kan kalu saya beri komen :em62: …saya tertarik dgn entry nih.dapatlah saya gambaran sambutan Ramadhan seperti yang kawan2 ceritakan di Mesir/negara Arab tak sama kat Malaysia.
    Posting terkini di blog ummu masyitah: Dia. Aku dan Kamu My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  12. #12 ayunni
    February 18th, 2010 at 11:57 pm

    salam..saya seronok baca blog ni..
    sy juz nak tanya 1 soalan berkenaan dgan masyarakat arab di bumi anbia ini..
    hurmm…pasal cara masyarakat arab di mesir bermuamallah dari segi perniagaan@segi lain..
    bukan ape,sy kna bt asgnment on cara masyarakat arab bermuamallah..
    sy xtaw nak rujuk dari mane..
    sy harap awak dapat bg respon yg baik untuk saya..salam

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: