Antara Suka dan Duka
September 1, 2008 – 2:10 amTentu ramai blogger-blogger di luar sana ingin berjaya di dalam ‘blogging’ bukan? Satu aspek penting pada blog adalah adanya trafik (pelawat/visitor) yang ramai, jika tidak anda akan mendapat hasil yang kurang memuaskan. Buat apa buat blog atau web yang cantik-cantik jika tiada pelawat.
Trafik yang tinggi = Pendapatan yang memuaskan. Ya betul! Memang memuaskan. ![]()
Apa kena mengena tajuk di atas pulak Izo? Sebenarnya saya sedang mengalami dilema. 31 Ogos 2008, semua orang gembira menyambut hari kemerdekaan dan bersiap-siap untuk menyambut kedatangan Ramadhan keesokan harinya. Lain pula terjadi pada saya. Ketika tengah bersantai-santai dan bergembira dengan kedatangan Ramadhan, saya dapat surat cinta daripada Exabytes. Rujuk surat di bawah. Klik untuk besarkan.

Faham apa maksud email tersebut? Sebenarnya salah satu website saya mengalami kebanjiran pelawat yang melampau-lampau. Siapa tak gembira jika websitenya dikunjungi ramai pelawat. Saya pun turut gembira (memang gembira pun). Tapi yang tak gembiranya saya tak dapat lagi meneruskan operasi saya pada server Semi-Dedicated yang digunakan sebelum ini. Company Exabytes memberi kata putus sama ada upgrade kepada Dedicated Server atau web tersebut akan terus di block.


Saya memang takut dengar istilah Dedicated Server
Ya…bukan apa sebenarnya…Jika upgrade ke Dedicated Server bermakna kos sewa hosting setiap bulan mungkin akan bertambah. Sebelum ini untuk Semi-Dedicated saya bayar RM300 sebulan pun sudah rasa cukup banyak. Untuk yang Dedicated Server, yang paling koman sekali pun dah RM500. Memang saya akui Dedicated Server ini power dan banyak kelebihannya. Sesuai untuk laman web yang bertrafik tinggi. Tetapi buat masa ini saya saya rasa belum bersedia lagi nak bayar RM500 setiap bulan. Tu belum campur segala jenis bil dan minyak kenderaan. Orang dulu-dulu cakap ukur baju di badan sendiri!
Sebagai alternatifnya, mungkin saya akan mencari server daripada company lain yang harga Dedicated Servernya lebih murah. Murah-murah pun makan beratus-ratus jugak tiap-tiap bulan. So…tak dapat tidak dapat tidak kena gandakan usaha lagi ler… ![]()
Dalam perniagaan untuk mendapatkan keuntungan berganda anda perlu tanggung risiko. To win you must stay in the game.
GAMBATE!!!
Sponsor:












7 Responses to “Antara Suka dan Duka”
Graf tu di snap start daripada 1-31 Ogos 2008, lebih kurang sebulan. akhir bulan tu graf kelihatan semakin mencanak ke atas sehingga hampir 30,000 Unique Visitors sehari!
By Izo
on Sep 1, 2008
Itu petanda baik dan sesuatu yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah. Kalau dah mencapai ke tahap 30,000 dalam sehari, memang tidak tertampung pada server Semi-Dedicated. Walauapapun, kuatkan semangat. Usahalah dengan sebaik mungkin. Buatlah keputusan dengan bijaksana kerana ini adalah sesuatu yang tidak dijangka-jangka. Mungkin ini adalah satu ujian untuk menuju ke tangga kejayaan. Ujian dari-Nya adalah nikmat!!
p/s: Melampau-lampau peminatnya tu. Mana tidak aweknya cemburu sampai berikan surat cinta, minta kata dua pula tu.
Pada hemat saya, ambillah kata awek yang pertama tu. Satu perlaburan. 
By Muslimah
on Sep 2, 2008
sedak dh rase..
By irsyad
on Sep 16, 2008
melimpah ke ladang gandum~~~
apapon sy support ko ,izo…
cayok~~!!
By EzAM
on Sep 16, 2008
By Syaf Sp
on Sep 26, 2008
Banyak cara…salah satunya dengan cara join dengan syarikat pengiklanan seperti Nuffnang (rujuk contoh di atas).
By Izo
on Sep 27, 2008