Logo Background RSS

Letupan Misteri Gemparkan Terengganu

  • Written by IzoIzo 6 Comments6 Comments Comments
    Last Updated: November 24th, 2007

    Gegaran dirasai hingga ke Marang, Dungun dan Besut

    KUALA TERENGGANU: Bandar Kuala Terengganu semalam dikejutkan dengan gegaran seperti bunyi letupan bom yang kuat kira-kira satu atau dua saat hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk di bandar ini.

    Dentuman yang turut menghasilkan gegaran selama kira-kira satu hingga dua saat itu mengejutkan sebahagian pengunjung pusat beli-belah di negeri ini dan difahamkan turut dirasai hingga ke Marang, Dungun dan Besut.

    Tinjauan Berita Harian di beberapa lokasi di sini mendapati penduduk yang ditemui merasai gegaran selepas letupan walaupun singkat.

    Malah, beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan bunyi yang mereka dengar dan gegaran yang dirasai seperti bunyi bom dari dasar laut.
    Pengarah Urusan Pasaraya Besar Mydin di sini, Murad Ali Mydin, berkata dia terkejut apabila mendengar bunyi letupan kuat ketika baru turun dari kapal terbang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini, kira-kira jam 4 petang.

    "Saya hairan juga mendengar bunyi letupan itu dan turut dimaklumkan pekerja di pasar raya merasakan gegaran kecil pada masa sama," katanya ketika ditemui, semalam.

    Suri rumah dari Kampung Pengadang Baru, Fatimah Embong, 50, berkata dia mendengar bunyi letupan kuat kira-kira jam 4 petang dan pada masa sama merasai gegaran.

    "Saya bertanya jiran sama ada mereka turut mendengar dentuman sama dan mereka memaklumkan turut mengalami gegaran," katanya.

    Seorang kakitangan kerajaan, Shuhaimi Ahmad, 40, berkata dia mendengar bunyi letupan kuat dan berlaku gegaran kecil ketika berada di bandar Kuala Terengganu.

    Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Ayob Yaakob ketika dihubungi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar letupan kuat itu.

    "Kami menghubungi Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan beberapa agensi lain bagi mengenal pasti bunyi itu.

    "Saya turut mendengar bunyi letupan itu dan sudah menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen bagi memaklumkannya dan meminta siasatan dijalankan segera," katanya.

    "Bagaimanapun sehingga kini kami masih belum dapat memastikan sama ada ia letupan atau sebaliknya," katanya.

    Bagaimanapun katanya, rakyat di negeri ini diminta bertenang dan tidak panik kerana siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca letupan itu dan tidak menolak kemungkinan ia berpunca dari dasar Laut China Selatan.

    Jurucakap Bilik Gerakan Petronas di Rantau Petronas, Kerteh ketika dihubungi berkata, tiada sebarang laporan diterima berhubung bunyi itu tetapi ada menerima maklumat daripada Institut Teknologi Petronas (Instep) berhubung gegaran yang dirasai di Kuala Terengganu.

    Di KUALA LUMPUR, Jabatan Meteorologi mengesahkan tiada gempa bumi berlaku berdekatan Terengganu mahupun di negara jiran berdekatan.

    Jurucakap jabatan itu yang mengakui menerima laporan berlaku gegaran berkenaan bagaimanapun berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang gegaran bawah tanah mahupun di dasar Laut China Selatan.

    Sumber: Berita Harian

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 Izo
    November 24th, 2007 at 2:11 pm

    Saya tgh tidur masa tu. Tiba2 jer terkejut coz terdengar bunyi satu letupan yang kuat berserta gegaran. Rumah saya pun turut bergegar. Tak tahu ler letupan apa yer.

    Ada sapa2 yang tahu? :D

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 eddyra
    November 24th, 2007 at 7:00 pm

    apa sebenarnya yang berlaku.. weii kapong aku tuh..

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 ApeK
    November 24th, 2007 at 8:51 pm

    ahak~
    aku dengor gop…
    aku tgoh chatting..
    tibe2.. bunyi adew benda netup atah tap..
    aku tgk.. adop benda..
    sedor2 ari nieh.. aku bce surat khabor…
    adew kemungkinanG Gempe Bumi kt Sumatera…
    debor aku weisssss~

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Izo
    November 24th, 2007 at 10:45 pm

    Saya terbaca kat satu web dia cakap TUDM buat latihan pesawat terbaru SUKHOI.
    Pesawat itu terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang akan menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) yang kuat di udara.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 Izo
    November 25th, 2007 at 9:00 am

    Saya ada jugak wat posting kat forum nie:
    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=7904

    Leh tgk apa pendapat user lain. Macam2 pendapat. :D

    Post ReplyPost Reply
  • Trackback: Sukhoi punca ‘letupan’ misteri di Terengganu Trackbacks
  • Tinggalkan komen/pendapat
    Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

    CommentLuv Enabled
    :alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: