Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa!
September 1, 2008 – 1:06 am
Tanggal 31 Ogos 2008 ini adalah hari cuti umum untuk kita sama-sama meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51 tahun. Hari tersebut amat bermakna bagi kita sebagai rakyat Malaysia untuk mengimbas serta mengenangkan jasa pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu yang bermati-matian menuntut kebebasan negara kita daripada cengkaman penjajah. Oleh itu marilah kita mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas suasana harmoni yang telah dikurniakan-Nya. Kita juga perlu mengekalkan keharmonian untuk kebahagiaan bersama. Sama-samalah kita mempertahankan kemerdekaan ini sehingga generasi kita seterusnya.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak terutama kepada semua pelawat-pelawat IzoBlog yang sentiasa memberikan sokongan. Mudah-mudahan Ramadhan ini akan memberikan makna yang tersendiri untuk diri kita semua. Untuk itu marilah kita sama-sama menghayati ayat Allah tentang kewajipan berpuasa:
Firman Allah SWT:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Surah Al-Baqarah: 183]
Sponsor:











