Streamyx Yang Mengecewakan!
September 3, 2008 – 7:16 amAda beberapa kepelikan yang aku rasakan dengan Streamyx kebelakangan ini. Sebelum ini aku ada buat posting berkenaan laman web Malaysia Today yang di block oleh TMnet. Pertama sekali terlintas di fikiran aku TMnet block website tersebut disebabkan motif politik. Tetapi disebabkan beberapa kepelikan yang aku nampak pada Streamyx kebelakangan ini menyebabkan aku berfikir dua kali. Adakah betul-betul disebabkan motif politik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak atau ada masalah lain yang cuba disembunyikan oleh TMnet.
Kepelikan ini berlaku tak silap aku hampir sebulan yang lepas; sebelum daripada Streamyx rumah aku buat hal lagi. Ketika itu connection ke internet aku rasa terlalu lambat tidak seperti hari-hari lain sebelum itu. Aku tak kata hari lain tu sangat laju, tapi sebulan kebelakangan ini aku rasa begitu lambat sekali.
Perkara pertama yang membuatkan aku rasa pelik ialah setiapkali aku tinggalkan komen di blog dia akan keluar bendera Australia. Untuk pengetahuan semua, aku pakai plugin Firestat pada blog aku. Plugin ini ada fungsi IP to country membolehkan kita mengetahui daripada mana pelawat-pelawat ke blog kita berada. Berdasarkan IP ini dia akan keluarkan bendera negara berkenaan.
Cuba tengok dua perbezaan komen aku di bawah.

Yang nie keluar bendera Australia. Ramai orang ingat aku berada kat Australia. Sebenarnya bukan. Aku berada kat Malaysia. Untuk pengetahun, bendera tersebut boleh berubah jika kita gunakan Proxy. Bendera akan keluar berdasarkan Proxy negara mana yang kita pakai. Start dia keluar bendera Australia nie ler aku perasan Streamyx jadi lambat giler.

Komen sebelum ini keluar bendera Malaysia. Ok jer…
Masalah kedua banyak laman-laman web yang aku selalu buka tidak boleh dibuka. Lebih-lebih lagi laman-laman web yang di host pada server luar negara. Mula-mula itu ingatkan masalah dengan server diorang. Tapi bila aku buka menggunakan TOR atau Google Translate, laman web tersebut tiada masalah pun untuk dilayari. Jadi bermakna bukan masalah dengan server diorang. Antara laman web tersebut:
http://www.malaysia-today.net
http://www.warez-bb.org [aku selalu donlot di sini]
http://www.whypark.com [tempat aku parking domain]
dan ada beberapa lagi lah… Di atas tu sekadar contoh. Cuba korang buka bleh ke tak? Tinggalkan komen yer!
Masalah ketiga download rate aku menggunakan Rapidshare tidak sepantas sebelum ini. Jika sebelum ini mudah-mudah jer dapat 200KB/s bagi line Streamyx 1MB. Aku pakai Streamyx 1MB. Tapi sekarang speed download takpernah melebihi 80KB/s. Tengok screenshot di bawah.

Biasanya kalau speed 200KB/s saiz file 100MB yang kat atas tu dapat download dalam masa 7-8minit jer. Bayangkan perbezaannya dengan speed sekarang.
Kalau dulu TMnet telah mengambil langkah drastiknya menyekat akses untuk memuat-turun bahan atau perisian yang dinamakan torrrent - yang berasaskan peer to peer (P2P). Ramai pengguna-pengguna Streamyx yang melenting termasuk jugak aku. Tetapi aku jumpa alternatif baru menggunakan Rapidshare Premium Accouunt yang jauh lebih best daripada download menggunakan torrent. Tetapi sekarang TMnet seolah-olah mahu memblock sekali Rapidshare.
TMnet akan terus menipu begini selagi mana tidak ada persaingan. Jika di negara lain Internet Provider berebut-rebut memberi servis terbaik kepada pelanggannya tetapi di negara kita Malaysia, TMnet berebut untuk mengaut untung yang besar daripada pelanggannya. Hampeh!
Anda boleh jugak baca tulisan Mantan Presiden TMnet Users Group Malaysia yang pertama berkenaan Streamyx. Dia pun tak berpuas hati juga dengan TMnet.
Sponsor:












12 Responses to “Streamyx Yang Mengecewakan!”
By kamitaken
on Sep 3, 2008
By Izo
on Sep 3, 2008
By Maliki xp
on Sep 4, 2008
By Izo
on Sep 5, 2008
By Maliki xp
on Sep 6, 2008
Ngejas laptop murah2 se ke kawe
By Izo
on Sep 6, 2008
By Maliki xp
on Sep 6, 2008
By Izo
on Sep 6, 2008
1) 123kb/s - waktu 1-2am, lepas sahur…
2) 79kb/s - dalam pukul 8am, 10-11pm…
3) 45kb/s - 12-1 tengah hari
4) 7kb/s - 2-8pm (paling geram sbb tme ni je lar yang aku selalu surf internet)
skrg ni sllu dpt mcm tu lar… adakah effect dgn sharing internet sbb kt area umah aku ada cybercafe…kau rs np yer? dulu aku igtkn ada effect dgn kje pemulihan kabel.. sbb dulu kabel kena curi. kau rs sbb tu ker ataupun…hrp bantu yer
*1 lg aku nk tny kt kau Izo, sebelom streamyx diorang baiki ni aku pnh pkai celcom broadband jap. Cume yg aku leceh, time download rapidshare lar.. rapidshare ble nk download dia detect ip address kn? lps download, aku disconnect-connect balik lar buat mcm streamyx… jd ip sme gk.. nk download pny le lmbt kdg2 kena tggu next week baru rapidshare refresh balik ip address braodband aku.. tu la aku nk tny ko, ko tahu x nk change ip address celcom broadband…
p/s: tq kt kongsiblog krn aku terjumpa blog kau yg agk menarik juga. dia htr dlm email aku katanya “blog yang rajin aku kunjungi” dan aku tertarik dgn blog kau n terus je click. harap ko reply yer… klu boleh aku mtk² sgt reply kt email aku pun xpe.. sng ckit.. k assalamualaikum..
By Syaf Sp
on Sep 26, 2008
Berkenaan Celcom Broadband…
Sebenarnya streamyx dia gunakan Dynamic IP Address. Bermakna setiap kali kita on modem IP kita akan bertukar kpd IP lain. Tujuan Dynamic IP Address nie sebenarnya adalah untuk menjimatkan penggunaan IP disebabkan pertambahan user2 di internet. Pasal tu setiap kali anda restart modem streamyx IP akan bertukar. Maka anda tak perlu menunggu download Rapidshare.
Bagi Celcom Broadband saya rasa mungkin dia guna Static IP Address kut. Pasal tu anda restart tak betukar ke IP lain. Saya tak pernah pkai Celcom Broadband nie
Ada cara nak tukar IP menggunakan Proxy, tapi kadang2 susah jugak klau nak gunakan cara nie untuk bypass Rapidshare limit. Coz proxy nie ramai yang guna. Mungkin dalam masa yang sama user lain guna juga proxy utk download file di Rapidshare.
Satu sulotion… Purchase jer account Rapidshare Premium.
By Izo
on Sep 27, 2008