TMnet Streamyx buat hal lagi
August 28, 2008 – 2:15 am
2 hari lepas Streamyx aku bermasalah dan tidak dapat connect ke internet. Dia mula buat hal tengah hari Selasa. Lampu ASDL dia tu asyik duk berkelip-kelip jer! Sekejap OK sekejap KO. Nak kata tak aku bayar bil, bil yang sampai tu tak sampai lagi sebulan
Ikut pengalaman yang lepas-lepas walaupun aku tak bayar sebulan pun Telekom masih lagi tak potong line. Dia akan masukkan bayaran tersebut ke dalam tunggakan untuk bil bulan seterusnya. Maka aku pun terus menelefon TMnet Support di talian 130088951. Terdapat pengumuman perkhidmatan Streamyx dibeberapa kawasan di Utara Malaysia, Sabah dan Sarawak mengalami gangguan dan sedang dibaiki. Aku terfikir, mungkin disebabkan masalah yang ini kut…tapi aku berada di sebelah timur(Terengganu). Tak mungkinlah. Tiba-tiba ada awek yang angkat… ![]()
Awek tu tanya nama aku pastu tanya id untuk login account streamyx. Aku bagi. Pastu dia mintak nombor henset aku…aku bagi. Untuk pengetahuan semua ini bukan kali pertama aku berurusan dengan TMnet Support. Tapi aku dah dapat agak apa yang diorang akan cakap selepas itu. Ayat yang sama jer…
“Encik sekarang sedang berada di depan komputer? Sila pastikan yang semua kabel-kabel disambung dengan sempurna.”
Aku jawab, “Sebelum nie takde masalah pon. Tadi ok lagi…ini takde kena-mengena dengan kabel. Tiba-tiba jer lampu ADSL berkelip-kelip”
“oOo dia berkelip yer? Encik ada pakai splitter tak? Kalau macam itu cuba encik buat direct connection tanpa menggunakan splitter. Pastikan kabel-kabel dipasang dengan sempurna.”
Pastu bermacam-macam lagi dia tanya dan suruh aku buat.
Kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas tak sempat TM staff tu nak bercakap, aku cepat-cepat potong cakap diorang. Aku ikut apa yang kawan aku cakap. Kawan aku(bekas technician Streamyx) cakap jangan bagi TM staff tu cakap apa-apa, ko yang cakap dulu masalah ko(jika kita pasti masalah itu bukan daripada kita). Kalau tak memang dia akan suruh wat perkara2 camtu. Tapi entahlah…kali nie tak jadi guna trik nie.
Lepas jer letak telefon, sampai reminder daripada Celcom berkenaan baki topup henset aku. Ada ler dua ringgit lagi.
“Aiik…TMnet Support pun charge jugak ke aku telefon diorang,” cakap aku dalam hati. Dah ler aku tengah tension giler nie, sempat lagi mereka wat bisnes terhadap pelanggan-pelanggan mereka yang menghadapi masalah dengan service mereka.
Aku buat apa yang awek tu suruh…walaupun dalam hati aku dah agak masalah tu daripada service diorang. Lepas buat tu, masalah sama tetap timbul. Lampu ADSL masih berkelip-kelip. Aku telefon balik. Kali ni pakai telefon rumah. Takkan nak pakai henset kut…kredit aku tinggal dua ringgit lagi.
Lepas dail nombor kat atas tu kali ni TM staff yang lelaki pula angkat. Seperti biasa..dia mintak nama, nombor telefon dan login id. Pastu dia dah start nak bersyarah. Aku cepat-cepat potong dia cakap. “Saya dah telefon tadi!” Kalau tak syarahan yang sama pulak aku dengar. Cam skrip dah diorang pulak.Pastu dia cakap dia akan buat report…suruh aku tunggu jap. Part nie paling ler aku bengang! Aku rasa ada dekat 15 minit aku pegang ganggang telefon. Dalam 15minit tu aku rasa tak sampai 3 minit aku bercakap. Yang lain menunggu dia siapkan report. Cam-cam masalah. Komputer hang lah..Komputer lambatlah. Aku kalau telefon tu free, tak kisah sangat. Kalau telefon kena bayar mana tahan beb!
Pastu dia bagi nombor report kat aku, dan berharap aku contact balik jika ada sebarang masalah. Dia cakap kalau tak ok jugak dalam 2 hari telefon TMnet Support balik.
Keesokkannya bangun pagi-pagi aku tengok modem Streamyx..lampu masih kelip-kelip lagi. Aku pun boring-boring layan Prison Break. Dah abes tengok sebenarnya tapi saje ulang balik. Dengar citer Prison Break nak sambung balik sesaon 4 bulan September nie atas permintaan peminat. Eh…eh..sempat lagi kempen tu. Selepas tengok citer Prison Break aku masuk tido balik dengan harapan bangun nanti blehlah online. Bangun tido tengah hari tu intai modem Streamyx lampunya masih kelip-kelip. Aku pun dah rasa marah nie. Chakra aku dah membuak-buak ni.
Aku telefon balik TMnet Support. Bagitahu nombor report. Pastu dia cakap dalam report tu technician cakap akan check pencawang streamyx berdekatan hari ini(Rabu) jugak. “Technician tak datang ke?” tanya dia lagi. Aik…tanya aku pulak. Macam aku tunggu 24 jam kat pencawang streamyx tu. Dia cakap suruh aku tunggu sehingga pukul 5.00PM, kalau tak ok jugak telefon balik. Masa tu baru pukul 3.30PM. Dalam hati aku sabar-sabar.
Pukul 5.30PM aku lihat balik Streamyx aku, kali nie dah ok. Lampu ADSL tak berkelip-kelip lagi. Aku buka komputer dan online. Alhamdulillah dah boleh online.
Sebenarnya ada beberapa sebab menyebabkan aku tension time tu:
1- Hari tu berlansungnya Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Ingat nak online baca update-update terkini. Nak harap TV hampeh.
2- Nak update web dan blog aku. Kebetulan Design yang aku tempah baru sampai.
3- Biasanya dekat akhir bulan nie Google dah issued nombor MTCN Western Union kepada sesiapa yang join Google Adsense. Tak dapat nombor tu, tak bleh ler keluarkan duit melalui Western Union.
4- Kebetulan salah seorang designer aku bagitau dia akan send design yang aku tempah pada 26 Ogos lepas.
5- Aku ada buat report kat Exabytes untuk tutup salah satu account hosting aku. Susah nak reply kalau tenet takde.
6- Nak renew beberapa kerat domains yang dijangka tamat tempoh akhir bulan depan.
Apa pun internet dah ok…Dapat buat kerja seperti biasa. Gambate!
Sponsor:












12 Responses to “TMnet Streamyx buat hal lagi”
By kamitaken
on Aug 28, 2008
Dang agi malah ngajo. Aku hok duk rumah nie tiba-tiba datang perasaan boring melanda, rasa nak ngajo pulok. Tahun depan kalu ade rezeki aku start ngajo.
By Izo
on Aug 28, 2008
By Maliki xp
on Aug 28, 2008
By Izo
on Aug 28, 2008
By johnny stanfet
on Aug 28, 2008
By irsyad
on Aug 28, 2008
By Izo
on Aug 28, 2008
“Diari Izo”…hehehe
By EzAM
on Sep 16, 2008
By Izo
on Sep 16, 2008