Logo Background RSS

Ubat selsema Original & yang tak Original

  • Written by IzoIzo 10 Comments10 Comments Comments
    Last Updated: October 24th, 2009

    Hari ni badanku rasa kurang sihat. Selsema. Mungkin disebabkan terpaksa bertugas sebagai urusetia di padang bola selama 3 hari pagi dan petang + memikirkan assignment maktab yang tak siap-siap lagi. :D Kepada ahli kumpulan BA2 jika ada yang baca blog nie, nak pesan sikit…jangan tangguh-tangguh buat assignment yer. Nanti kepala jadi berserabut.

    Melihat selsemaku semakin teruk, aku pergi ke farmasi yang berdekatan.

    Aku: Assalamualaikum, ubat selsema ada tak?
    Jurujual Farmasi: Hidung berair ke berhingus?
    Aku: Nak yang pil!!
    (Dengan selamba jer aku jawab. Silap dengar…ingat dia tanya nak yang cecair..tu ler sapa suruh cakap pelahan sangat) :D

    Jurujual Farmasi: Saya tanya untuk hidung berair ke atau berhingus?
    Aku: OoO..untuk hidung berair.

    Aku: Berapa harga ubat selsema tu?

    Sambil mencari ubat selsema di dalam almari…
    Jurujual Farmasi: Satu biji RM1.20

    Terfikir juga aku…uish mahalnya. Biasanya aku beli kat klinik Nabilah dalam RM2.00 jer satu papan. Aku bayangkan mesti ubat tu sebesar Panadol Soluble. Atau mungkin lebih besar lagi…kerana Panadol Soluble yang sebesar itu pun harganya baru RM0.60

    Jurujual Farmasi: Nah!! ambil ni… sebiji RM1.20, 10 biji RM12.

    Aku belek-belek sekejap sambil mulut tercengang..ingatkan dia nak bergurau. Tapi muka dia nampak cam serius jer.

    Aku: Betul ke harga ubat ni RM1.20 sebiji.
    Jurujual Farmasi: Yer betul.

    Aku ternganga..terus tercengang. Aku rasa kalau anda sendiri yang beli pun mesti tercengang juga. Yerlah…ubatnya terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan biji kuaci. Nasib baik besar sikit daripada Pil Chi Kit Teck Aun.

    Aku: Biar betul RM12 sepapan..Kenapa mahal sangat?
    Jurujual Farmasi: Ubat selsema ni yang Ori. Pasal tu mahal. Ke nak yang tak Ori? Yang tak Ori ada… RM2 jer sepapan.

    Aku: Ada juga yang Ori dengan yang tak Ori ek? Baru kali pertama nie dengar. Apa bezanya?
    Jurujual Farmasi: Ubat yang Ori ialah ubat yang diimport. Yang tak Ori tu buatan tempatan jer..

    Aku: Mana satu yang lebih power?
    Jurujual Farmasi: Rasanya sama jer kesan dia.

    Aku terus ambil yang RM2 tu dah terus buat pembayaran.

  • Add to Yahoo Add to Digg Add to Stumble Upon Add to Technorati
    Add to Del.icio.us

    Mahu saya hantar update blog ini terus ke email anda? Apa yang perlu anda buat cuma masukkan email pada ruangan di bawah! Privasi anda terpelihara dan saya TIDAK SEKALI-KALI berkongsi email anda dengan orang lain.


    //Saya akan menghantar satu email untuk confirmation. Jangan lupa untuk confirm email tersebut dengan mengklik link confirmation yang diberikan. Jika tidak anda tidak akan dapat menerima update dari blog ini.
  1. #1 lembayungpagi
    October 24th, 2009 at 11:56 pm

    Oooo belajo lagi si izo ni.Bulan depan dah nak masuk Maktab balik, elok la buat assignment tu awal2….Maktab mana?

    Post ReplyPost Reply
  2. #2 hashim habeed
    October 25th, 2009 at 1:33 am

    Bukan saja ubat selsema tapi panadol pun ada yang palsu …. pastikan beli kat farmasi sahaja … kalau kedai kedai biasa tu jaga jaga skit kerana iaanya bukan ori …. Ini dari salah seorang kawan dari jabatan kesihatan Kemaman
    Posting terkini di blog hashim habeed: Tip bagaimana untuk email File 500 Mb ? My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  3. #3 yieever
    October 25th, 2009 at 2:03 am

    ciannya kat izo..
    SYAFAKALLAH ~ moga-moga cepat sembut

    Post ReplyPost Reply
  4. #4 Izo
    October 25th, 2009 at 8:41 am

    @lembayungpagi: Saya belajar balik untuk mendapat diploma perguruan :em62:

    @hashim habeed: Buatan tempatan tak semestinya palsukan? Tak tahu ler plak saya. Kena g balik tanya adik nie..dia pegawai farmasi. Kemaman duk maner?

    @yieever: Shukran.

    Post ReplyPost Reply
  5. #5 beliamuda
    October 25th, 2009 at 11:36 am

    pernah juga beli ubat selsema kat farmasi.. yg mahal tu besenya tak menyebabkan mengantuk dan yang murah tu la biasanya akan menyebabkan mengantuk..

    rasanya, istilah betul dia bukan ori tak ori, ubat yg ditiru daripada ubat asal dipanggil ubat generik… byk sebab kenapa tiru ubat asal sebenarnya.. yg ni kena tanya orang farmasi la.. ubat generik ni tak semestinya tak elok…
    Posting terkini di blog beliamuda: Secebis kesibukan yang bermakna My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  6. #6 Izo
    October 25th, 2009 at 10:00 pm

    @beliamuda: Tapi dia cakap kedua2 ubat selsema tu akan menybabkan mengantuk.

    Post ReplyPost Reply
  7. #7 MalaysiaTanah tumpah darahku, Ibu 3gadis
    October 27th, 2009 at 10:38 am

    Ini ada petua untuk org yg nak kena selsema.
    hehe..Kalau dah nama petua tuh berarti ia menjadiwalau tak dapat nak di relatekan rationale nya. Nah ini dia; Kalau hidung dah mula rasa gatal2 dan bersin berulang kali, harus jer ke dapur, ambil kunyit hidup (kunyit segar), potong dua hingga menampakkan bahagian tengah kunyit yg berwarna kuning oren.. tenyehkan di batang hidung anda. Memang nampak semacam laa, Klaka sbb batang hidung warna kuning tapi, berkesan! Bersin pun berhenti.
    Takyah susah2 nak cari yg mana ubat selsema tulen atau palsu.

    Post ReplyPost Reply
  8. #8 Motivasi Kerja
    October 27th, 2009 at 10:44 am

    Ada je ubat selesema tak mengantuk makan limau banyak2.
    Posting terkini di blog Motivasi Kerja: Peluang Dalam Kesukaran My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  9. #9 hashim habeed
    November 4th, 2009 at 4:35 pm

    Kalau panadol tempatan banyak yg campur tepung ….
    kena jaga jaga weh….
    Duk Geliga je….
    Posting terkini di blog hashim habeed: Tip bagaimana untuk email File 500 Mb ? My ComLuv Profile

    Post ReplyPost Reply
  10. #10 alie
    December 30th, 2009 at 1:47 am

    salam…aku rasa ubat tempatan pun ok gak cuma beza harga je lah yer…emmm kalau nak yang ori…mungkin ada ori malaysia dan ori overseas kot…

    Post ReplyPost Reply
Tinggalkan komen/pendapat
Website ini menggunakan gravatar (globally-recognized-avatar) untuk memaparkan avatar anda di setiap komen. Untuk mendapatkan gravatar anda, sila register di Gravatar.com

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: