
Kebelakangan ini selepasa hebohnya isu muzakarah antara Pas dan Umno(tentang Pas nak masuk Umno), kita telah mendengar pelbagai tulisan di blog-blog dan laman-laman web yang mengutuk dan mengaibkan beberapa pimpinan Pas dengan tuduhan yang agak melulu. Islam mengajar kita menyelidik dahulu sesuatu berita sebelum mempercayainya. Apatah lagi menyebarkan berita yang kurang tepat. Apa salahnya kita berlapang dada sedikit mendengar pula apa kata pimpinan Pas yang terlibat dalam muzakarah tersebut.
Klik Button Download di bawah untuk download video:

GOMBAK: Hajat seorang pemandu bas ekspres untuk membuang air kecil bertukar tragedi apabila dia menemui ajal selepas terjatuh ke gaung sedalam lebih 50 meter di tepi lebuh raya yang disangkakannya hanya kawasan semak.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam, mangsa, Tamil Selvan Kandasamy, 36, dikatakan memanjat tembok konkrit sebelum tergelincir dan jatuh ke dasar gaung berhampiran Kilometer 35.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Sumber polis berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama isteri dan ibunya dikatakan dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir isterinya di Genting Highlands.
Bagaimanapun isteri mangsa yang berada dalam kenderaan langsung tidak menyedari kejadian itu sebelum menghubungi keluarga terdekatnya di Kuala Lumpur untuk mendapatkan bantuan.
Pengajaran: Jangan buang air kecil merata-rata, tak kira tempat.