“Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…
Awal-awal pagi lagi, aku sudah dapat satu call dari kampung. Mak yang telefon. Mak duk tanya pergi ke tak ke KL nung. Aku jawab pergi jer. Mak bagitau kat TV dah ada larangan jangan pergi. TV kata perhimpunan itu HARAM. Pesan mak lagi, jangan nanti malukan keluarga (jika ditangkap dan sebagainya). Tidak lupa mak mengingatkan yang tarikh kenduri sudah hampir. Kata mak, jangan kenduri nanti biarkan si dia keseorangan.
Aku senyap jer mula-mula. Aku faham hati mak. Mak memang lembut jiwanya. Sebab itu aku amat jaga hati mak. Sebelum letak telefon, aku sempat ucapkan kalimah, InsyaAllah takkan ada apa-apa…
“Dan ketahuilah Bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan Sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” Al-Anfal: 28
Sedikit terkesan di hati bila mak telefon. Aku ingat, inilah yang dikatakan ujian dalam keluarga. Sebagai seorang anak lelaki, keterikatan dengan mak amat dirasai. Apa-apa tindakan memang akan dirujuk kepada mak terlebih dahulu.
Jauh terdetik dalam hati aku selepas metakkan gagang. Namun aku kuatkan hati. Mak tak larang pun! Yang larang hanyalah TV. Aku tidak wajib mentaati TV yang saban hari berkata nista dan dosa.
Mak bukan tak tahu, apa yang aku buat ini bukan akan memalukan keluarga. Aku nak banggakan mak yang melahirkan aku. Biarlah dalam ramai-ramai anak mak yang lahir itu, ada juga yang kental hatinya. Walau jauh disudut hati aku sudah mula dilanda serba salah. Aku pergi sebagai pejuang. Namun bukan mahu menentang dan berperang. Pergi dengan aman. Berjuang dengan cara Muwajahah Silmiyyah. Memang mak tidak faham. Sebab itu mak bimbang, tetapi tidak larang.
Aku akan banggakan mak sebagai seorang yang jika ditangkap sekalipun kerana perjuangan. Bukan ditangkap kerana DOSA dan MAKSIAT. Aku bukan pencuri, bukan juga penagih, jauh sekali pemberontak bersenjata. Pergi dengan aman. Tangan kosong!. Itu serlahkan niat aku bukan untuk berkasar. Apatah lagi menimbulkan huru hara yang sia-sia.
Mak bimbang jika kenduri kahwin aku awal bulan depan tanpa aku. Biarlah kenduri itu tanpa aku. Biar kawan-kawan mak tahu betapa JAHATNYA manusia yang menangkap aku. Biar kawan-kawan mak tahu betapa mereka hidup di dunia yang tidak demokrasi walau mereka tidak tahu apa itu demokrasi. Biar mereka sedar yang orang tidak bersalah pun turut disalahkan di negara ini. Biar mereka tahu!
(more…)







Peng’Komen’ Berani Mati