Harga minyak dunia turun lagi

Harga minyak sedunia turun
Kerajaan perlu mengotakan janji mereka, kerana sebelum ini Dato’ Shahrir Samad sendiri pernah berjanji akan menurunkan harga minyak berdasarkan harga minyak dunia. Jika saya tidak silap harga minyak di Singapura telah pun diturunkan beberapa kali dalam tahun ini walaupun Singapura itu sebuah negara pengimport minyak. Namun, Malaysia yang berstatus negara pengeluar minyak atau negara Opec masih tidak mampu melaksanakannya. Tidak ke pelik namanya tu. Itulah keajaiban Malaysia, apabila minyak naik kata Menteri-menteri ikut harga pasaran minyak sedunia. Tetapi apabila harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia pun tak turun-turun juga.

Selanjutnya boleh baca di sini.

Be the first to comment - What do you think?

Akhirnya Anwar umum bertanding


KULIM 27 Julai- Dalam satu ceramah di Bandar Kulim yang di adakan di dewan Kelab Hiburan Cina Kulim dan dihadapan lebih 10,000 hadirin yang memenuhi dalam dan luar dewan. Dato Seri Anwar Ibrahim memulakan dengan menyatakan bahawa beliau akan bertanding di Kulim sekiranya tidak ada aral melintang dan di izinkan Allah.

“Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru ini.Terima kasih kepada saudara YB Zulkifli Nordin yang menawarkan kawasan ini.Beliau adalah contoh anak muda yang faham akan erti perjuangan ini ” demikian jelas Anwar lagi.


YB Zulkifli memenangi dengan majority 5583 dimana beliau memperolehinya sebanyak 22255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672. Kulim Bnadar baru mempunyai 67.93 % undi Melayu,21.135 cina dan 11.48% undi India dimana jumlah keseluruhan pengundinya ialah sebanyak 51444 pengundi yang berdaftar.
Read more…

2 comments - What do you think?