Farah Fauzana Bertudung?

Sungai Petani: 3 Julai – Alhamdulillah, itu saja ucapan yang mampu diucapkan apabila kali pertama terpandang sebuah billboard baru di hadapan Kompleks SP Plaza di sini petang tadi. Kenalkah wajah siapa yang dipamerkan pada billboard di atas. Tidak lain dan tidak bukan itulah imej terbaru Cik Farah Fauzana, penyampai radio terhangat di Malaysia. Imej menutup aurat personaliti wanita terkenal itu turut diperlengkap lagi dengan tulisan jawi pada papan iklan tersebut. Kita harap selepas ini papan iklan yang sudah tamat tempoh diganti dengan imej baru sebegini sekiranya pengiklan masih berminat untuk menggunakan imej wanita sebagai daya penarik. Kita tidak mahu wanita diekspoitasikan seperti sebelum ini dan kita tidak berniat untuk merendahkan kaum wanita. Cuma lengkapkan sedikit penampilan imej dengan menutup aurat, sudah tentu akan menepati cita rasa sebuah negeri yang diterajui oleh sebuah parti islam.


IzoBlog: JANGAN hanya bertudung dalam iklan sahaja tetapi di luar iklan hampeh. Sebenarnya, wanita apabila bertudung lebih manis kelihatan. Ayu sekali wajah dan riaknya. ;)

9 comments - What do you think?

Projek baru dengan Fitrah Power

Assalamualaikum…
Sorry to all… Hampir seminggu juga blog ini tak berupdate. Saya sekarang ni sibuk dengan projek baru, redesign web FitrahPower milik Ustaz Ahmad Shukri Yusoff di samping sibuk dengan tugas harian saya. Web tu dah hampir siap dan dalam proses upload ke server. Jadi mohon maaf kepada pengunjung jika melawat blog ini tanpa update-update terbaru daripada saya.  Siapa tak kenal Ustaz Ahmad Shukri Yusoff? Korang pernah tengok Halaqah TV9 tak? Dia biasanya keluar kat TV dan radio dalam program berbentuk keagamaan. Anda boleh lihat rakaman siaran Halaqah secara online di sini.

Be the first to comment - What do you think?