Adakah Wajib Solat Jumaat Jika Hari Raya Jatuh Pada Hari Jumaat?
Setiap kali tibanya hari raya baik Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada hari Jumaat, masing-masing tertanya-tanya tentang kewajiban solat Jumaat pada hari tersebut. Kebetulan tahun 2010 ini hari raya jatuh pada hari Jumaat. Saya ingin berkongsi satu artikel yang insya-Allah memberi manfaat kepada semua.

Soalan:
Sejauh mana kekal hukum pengguguran solat Jumaat apabila hari raya jatuh pada hari Jumaat. Sebabnya masih ada yang keliru dan mengambil langkah memilih untuk hadir salah satu daripada solat tersebut?
Jawapan:
Dalam persoalan ini para ulama berselisih pendapat dalam menentukan kefardhuan Jumaat.
Jumhur ulama bersetuju untuk tidak menggugurkan kefardhuan Jumaat walaupun hari raya jatuh pada hari Jumaat yang telah dituntut oleh Allah SWT.
Imam Ahmad bin Hambal r.a berpendapat bahawa solat Jumaat gugur sekiranya hari raya jatuh pada hari Jumaat. Ini kerana sudah ada solat yang menghimpun manusia seumpama dengan solat Jumaat dan tujuannya juga sama. Ditambah lagi, hari raya kebiasaannya orang sibuk dengan aktiviti khusus hari raya.
Imam Ahmad juga berhujah bahawa Saidina Uthman bin Affan mengizinkan penduduk kawasan tinggi di Madinah supaya tidak datang bersolat Jumaat.
Akan tetapi jumhur ulama menolak bahawa amalan seorang sahaja dari kalangan sahabat tidak boleh dijadikan hujah dalam persoalan pengguguran solat Jumaat. Hal ini juga tidak disepakati oleh jumhur ulama.
Read more…
