Warta Perdana beberapa hari lepas menyiarkan seorang ibu membuat laporan dan menuntut diambil tindakan kepada guru agama yang menayangkan filem 18PL yang ditontonkan kepada murid sekolah rendah ketika mengikuti program Bestari Solat.
Filem yang ditayangkan oleh ustazah tersebut ialah tentang azab siksa bagi orang yang meninggalkan solat. Filem tersebut menunjukkan bagaimana mayat yang berada dalam kubur didatangi ular besar yang menyiksa mayat tersebut .
Dalam warta perdana itu ibu-bapa tersebut menuntut agar tayangan seumpama itu tidak dibenarkan didalam sessi pengajaran. Ini kerana dakwa mereka , selepas menyaksikan filem tersebut anak mereka berubah sama sekali. Mereka juga minta supaya disiasat pengeluar filem tersebut.
Apa nak jadi dengan orang yang mendakwa beragama Islam di Malaysia sekarang ni? Mereka seolah-olah tidak memahami Islam . Malang lagi mereka ini berusaha untuk menyekat generasi muda dan kanak-kanak Islam memahami dan menghayati ajaran Islam. Mungkin juga ada pihak-pihak tertentu yang memainkan peranan di belakang mereka ini. Mereka tidak mahu anak mereka berfikir dan membayangkan tentang dosa dan pahala, nikmat dan siksa, syurga dan neraka. Sebaliknya mereka tidak kisah sekiranya anak-anak mereka dihidangkan dengan hiburan yang melampau.
Menurut ibu tersebut kononnya tayangan itu menganggu emosi anak di bawah usia 18 tahun. Uish…Malaysiaku, apa nak jadi.
Apakah pengharaman lagu selimut putih suatu ketika dahulu akan berulang? Tidakkah mengajar anak menjadi takut meninggalkan solat kerana azab kubur itu sesuatu yang baik? Atau mungkin ada ibu bapa yang ditegur oleh anak kerana tidak solat dan menutup aurat rasa tercabar. Penyelesaiannya meminta tayangan itu dihentikan. Apapun kita menanti reaksi dari kementerian Pelajaran.








Peng'Komen' Berani Mati